Tuesday 20 May 2014

Doktor Asing: Ma Haite


Tokoh bernama 馬海德 Ma Haite ini sebenarnya seorang keturunan Arab Lebanon... Beliau bukan Muslim sebaliknya seorang Nasrani jemaah Gereja Katolik Maroni seperti puan Magda el-Roumi. Puan Magda el-Roumi adalah salah seorang penyanyi kegemaran saya, dari Lebanon. Nama betulnya ialah George Shafiq Hatem.


Beliau mengamalkan perubatan di Shanghai. Pada 1936, beliau menyampah melihat ketidakadilan yang melanda Shanghai. China ketika itu diperintah Guomindang. Dunia ketika itu menurut pandangannya pula mencondong kepada fahaman fascisme. Beliau memilih untuk bersama Komunis China dan berkhidmat untuk tentera Presiden Mao di ibu pejabat Bao'an.

Selepas perang taun 1949, beliau menjadi doktor dan pejawat awam Republik Rakyat China (PRC). Beliau menjadi orang asing pertama menerima kewarganegaraan Republik Rakyat China. Beliau terkenal sebab usaha membanteras penyakit kusta. Beliau meninggal pada 1988, dikebumikan di Perkuburan Revolusi Babaoshan di Shijingshan, Beijing.

Orang Lebanon bagi mata kami merupakan orang pesisiran pantai. Suku kaum di Lebanon seperti suku kaum Finniqi (Phoenicia). Tulisan mereka ini diguna dalam bentuk tulisan Rumi kita guna kini. 

Oh ya, saya seorang berketurunan peranakan Arab Yaman dan nama saya, 馬天寧 Ma Tianning. Banyak orang kutuk kita sebagai bangsa bodoh suka berperang dan saya sudah tidak sedih lagi. Saya tahu diri saya tak suka mencari gaduh dengan orang dan akan bermuhasabah memperbaiki diri supaya Allah memberi belas kasihan kepada saya : )

Sejarah Orang Uighur


Fasa Sejarah

Sejarawan membahagikan sejarah orang Uighur kepada lima fasa zaman:
  • Sebelum penjajahan dinasti purba (300 SM - 630 M).
  • Zaman penjajahan dinasti purba (630 - 840 M).
  • Zaman Idiqut (840 -1200 M).
  • Zaman Mongol (1209 - 1600 M).
  • Zaman moden bermula selepas Laluan Sutera menjadi laluan sunyi (1600 - kini).
Ringkasnya, sejarah ini merujuk kepada satu puak nomad dari pergunungan Altai yang bersaing dengan kuasa-kuasa lain di Asia Tengah. Mereka ini termasuk dalam kalangan suku-suku kaum Altai, empayar-empayar Kaukasus dari selatan dan barat, serta empayar-empayar Cina-Tibet di timur. Selepas keruntuhan Khaqan Uighur sekitar 840 M, orang Uighur ditempatkan semula dari Mongolia ke Lembah Tarim. Di situ, mereka bercampur dengan penduduk Kaukasus, yang sebelumnya sering diganggu oleh puak Xiongnu. Kemudian, orang Uighur di Xinjiang dan di barat China pun banyak menjadi pegawai kerajaan empayar Mongol di China, dinasti Yuan.

Perbincangan Sejarah

Sejarah menyentuh Uighur sebagai asal-usul etnik masih lagi dalam perdebatan antara pemerintah China dengan nasionalis Uighur. Sejarawan Uighur memandang penduduk asal di Xinjiang dengan sejarah yang lama. Sejarawan dan ahli politik Uighur, Muhemmed Imin Bughra menulis bukunya mengenai sejarah Turkestan Timur, menekankan ciri-ciri Turki dalam bangsanya. Beliau menyatakan sejarah bangsa Turki sudah 9000 tahun. 

Sejarawan Turgun Almas pula mengaitkan penemuan mumia-mumia Tarim itu dengan kesimpulan bahawa sejarah Uighur itu sudah 6400 tahun. Kongres Uighur Sedunia pula mendakwa sejarah mereka mencecah 4000 tahun. Sejarawan Cina pula umumnya mengesan asal-usul orang Uighur melalui puak Tiele, Dingling dan Guifang. Pegawai-pegawai Cina menekankan asal-usul orang Uighur itu kepada puak Tiele. Mereka cuma terlibat dalam sosio-politik di Xinjiang semasa kurun ke-9 M selepas berhijrah ke Xinjiang dari Mongolia bila Khaqan Uighur runtuh. Mereka menggantikan kependudukan bangsa Han (Cina) yang didakwa sudah ada di situ semenjak dinasti Han.

Ramai cendekiawan Barat pula tidak menganggap orang Uighur moden ini sebagai keturunan terus dari orang Uighur lama dari Khaqan Uighur di Mongolia. Sebaliknya nenek moyang dari Khaqan Uighur itu cuma salah satu saja nenek moyang mereka. Setengah nasionalis Uighur pun mendakwa diri mereka keturunan orang Tocharian (salah satu bangsa India purba). Penemuan mumia Tarim menunjukkan bentuk muka orang Kaukasus memberi gambaran penghijrahan orang Kaukasus ke Tarim pada permulaan zaman gangsa sekitrar 2000 SM. Penduduk itu kemungkinan bercakap bahasa Tochara, dan setengah catitan Cina lama mungkin merujuk mereka sebagai persekutuan Yuezhi. Mereka mengasaskan empayar Kushan yang memerintah beberapa rantau di India Utara, China Barat di Turfan serta Kashgar.

Dakwaan nasionalis Uighur itu sebahagiannya berdasarkan satu perkataan yang dihujahkan oleh mereka sebagai sebahagian bahasa Uighur, dijumpai tertulis di teks yang menyebut mengenai mumia-mumia tersebut walaupun ahli linguistik menjangka perkataan itu merupakan perkataan bahasa Sogdia yang diserap ke bahasa Uighur.

Kemudian berlaku perpindahan penduduk dari barat ke barat laut Xinjiang terjadi, kemungkinannya penutur pelbagai bahasa jenis Parsi seperti puak Saka. Orang purba lain di situ tersebut dalam teks Cina lama seperti Xiongnu, yang berperang untuk berkuasa di situ. Mereka memerangi orang Cina selama beberapa ratus tahun. Jadi, setengah orang Uighur pun mendakwa diri mereka berketurunan Xiongnu (berkait dengan orang Hun Putih). Namun, cendekiawan Cina moden menolak dakwaan ini. Dakwaan keturunan Xiongnu ini sebenarnya berasal dari kitab sejarah Wei yang menyebut pengasas bangsa Uighur itu keturunan pemerintah Xiongnu.

Zaman Pra-Penjajahan

Ramai sejarawan mengesan keturunan puak Uighur ini dari pengembala di Altai digelar Tiele (Uighur: Tura). Mereka pernah tinggal di lembah selatan Tasik Baikal dan sekitar Sungai Yenisei. Istilah Tiele muncul mula-mula dalam tahun 375 M, dengan sebutan Gaoche (Uighur: Qongqil), merujuk kepada kereta lembu beroda tinggi untuk membawa yurt. Wilayah Tiele ini sebelum itu pernah dihuni orang Dingling, penduduk Siberia purba. Setengah mereka pun diserap masuk menjadi orang Tiele. Puak Tiele ini mengamalkan pertanian kecil-kecilan dan mempunyai kemahiran membentuk besi sebab bijih besi mudah diperolehi sekitar Sungai Yenisei.

Puak Tiele kemudian dikalahkan oleh orang Xiongnu pada 300 SM, dan mereka diperhamba jadi pembuat senjata pedang dan lain-lain. Selepas kejatuhan empayar Xiongnu, mereka kemudian diserahkan menjadi hamba tukang besi kepada Rouran dan negeri-negeri Heftalit (Hun Putih). Puak Tiele mempunyai 12 suku, 副伏羅 Fufulo, mengumpulkan cukup kekuatan untuk membuat kerajaan, iaitu kerajaan Afuzhiluo di Dzhungaria (481-520 M). Fufulo ini selalunya tersenarai dalam nenek moyang orang Uighur mengikut buku sejarah Cina dinasti Sui. Ketua puak Tiele pula keturunan Xiongnu, dengan pengikut yang ramai sekali. Mereka memenuhi lembah-lembah, dan bertebaran merentasi rantau luas di Laut Barat (Laut Hitam). Di sebelah utara Sungai Duluo (Sungai Tuul), terdapat puak Pugu, Tonglo, Veihe (Orkhon Uighur), Bayegu, Fulo (Fufulo) yang terkenal dengan panggilan Sijin (Irkin). Puak-puak lain pula seperti Mengchen, Turuhe, 思結 Sijie, Hun (Hunyu), Hu, Xue (Huxue), dan lain-lain pun duduk di situ. Tentera gagah mereka seramai 20,000 orang. Semua puak ini pun keturunan Tiele. Tiele tidak mempunyai ketua, jadi mereka tunduk dengan arahan Tujue Barat dan Tujue Timur (Göktürk). Mereka hidup berpindah randah seperti orang badwi.

Ciri-ciri umum mereka seperti:
  • Sangat garang tetapi bertoleransi.
  • Cekap menunggang kuda dan mahir memanah.
  • Tamak tidak reti menyembunyikannya lagi sebab mereka sudah biasa hidup menyamun.
Puak yang berpindah ke barat mula menetap dan menternak lembu serta kambing biri-biri tetapi mempunyai kuda sedikit saja. Sebab bangsa Tujue (Turki) sudah bernegeri, mereka pun dilatih menjadi tentera bantuan empayar serta menakluki timur dan barat, selain menundukkan negeri-negeri utara benua. Buku sejarah dinasti Sui ms. 84 menyebut, budaya Tiele dengan Tujue hampir serupa. Cuma kaum lelaki Tiele akan tinggal di rumah keluarga isterinya sehingga anak sulung lahir. Selain itu, Tiele mengebumikan mayat mereka yang mati.

Pada 546 M, suku Fufulo mengetuai puak-puak Tiele menentang puak Türk ketika negeri Rouran berpecah tanpa pemerintah. Kesannya mereka kalah lalu diperhamba lagi. Insiden ini menjadi petanda kemunculan pertelingkahan orang Turk dan puak Tiele dalam sejarah Khaqan Göktürk. Pada suatu tahap dijajahi itu, sembilan puak Tiele membentuk perikatan Sembilan Puak Toqquz-Oghuz melibatkan puak Xueyantuo (Tardush), Basmyl, Oghuz, Khazar, Alan (Saka), Kyrgyz, Tuva dan Yaqut. Mereka diketuai puak Xueyantuo.

Pada 600 M, dinasti Sui (Cina) bersekutu dengan seorang Bey puak Uighur, Erkin Tegin, melawan empayar Göktürk. Musuh mereka sama, sebab itu bersekutu. Perikatan ini merupakan sebutan bersejarah pertama menyentuh puak Uighur, iaitu semasa mereka tinggal di Lembah Sungai Tuul dengan populasi 10,000 yurts (sekitar 40,000 orang). Pada 603 M, perikatan ini pecah selepas kekalahan Tardu Khan. Tiga puak kemudian dikawal oleh puak Uighur iaitu puak Bayirqu, Bugut dan Tongra.

Pada 611 M, puak Uighur mengetuai Seyanto (Xueyantuo) menentang penaklukan Göktürk. Namun, pada 615 M, mereka dikuasai Göktürk semula menerusi Shipi Qaghan. Pada 627 M, mereka diketuai oleh Pusa Yilteber. Mereka menyertai pemberontakan Toquz-Oghuz menentang empayar Göktürk. Pemberontakan tercetus oleh puak Seyanto. Pada 630 M, Khaqan Göktürk kalah teruk dengan maharaja Tang Taizung (dinasti T'ang). Puak Uighur kemudian menduduki tempat kedua selepas Seyanto dalam Toquz-Oghuz. Namun, sekitar 646 M, Bey Tumitu Yilteber dari puak Uighur dilantik menjadi pengawas empayar Cina pula bergelar 刺史 cishi. Hal ini menjadi penguatkuasa pemerintahan puak Uighur. Beliau menggulingkan puak Seyanto, dan mendirikan negeri Uighur di padang rumput Mongolia untuk sekejap masa.

Dari 648-657 M, puak Uighur bawah perintah Bey Pojuan Yilteber (婆闰), menjadi tentera upahan untuk orang Cina menakluki Lembah Tarim. Pada 683 M, Bey Uighur, Tuchiyachi kalah dengan empayar Göktürk. Puak Uighur kena pindah ke Lembah Sungai Selenga. Dari situ, mereka menghantar serangan menghentam Göktürk Kedua.

Pada 688 M, puak Uighur diperintah oleh Göktürk. Selepas bebera pemberontakan dibantu juga oleh sekutu Cina mereka, puak Uighur naik semula menjadi pemimpin Toquz-Oghuz dan Tiele. Pada 744 M, mereka ambil kesempatan daripada peralihan kuasa sebab Perang Talas. Puak Uighur bersekutu dengan Qarluq dan Basmyl, diperintah oleh Qutlugh Bilge Köl mengalahkan Göktürk. Tahun berikutnya, mereka mengasaskan Khaqan Uighur di bukit suci, Ötüken. Bukit itu melambangkan kekuasaan seluruh Mongolia. Khaqan Uighur itu dikenali sebagai Khaqan Toquz-Oghuz On Uighur, merentasi Laut Caspia ke Manchuria dari 745-840 M. Ia ditadbir dari ibukota Ordu Baliq, salah satu ibukota purba terbesar di Mongolia. Semasa fasa menjajah itu, istilah Uighur ini merujuk sesiapa saja rakyat Khaqan Uighur tak mengira bangsa. Ia tak merujuk khusus untuk puak Uighur lagi.

Segerombolan besar pelarian Sogdia kemudian sampai di Ordu Baliq dari wilayah Sogdiana dalam empayar Persia. Mereka menyelamatkan diri daripada penaklukan dinasti Muslim di Samarkhand dan Bukhara. Mereka kemudian mengajar agama Mani kepada bangsawan Uighur. Jadi bangsawan Uighur meninggalkan ajaran Buddha memeluk agama Mani pula. Mereka turut menerima warisan budaya Sogdia. Orang Sogdia pun menjalankan pentadbiran sivil di empayar Uighur. Mereka sangat membantu dalam menangkis dasar diplomatik China yang pernah menggoncang Khaqan Göktürk sebelum itu.

Pada 840 M, berikutan perang saudara dan kebuluran, Khaqan Uighur dilanda oleh puak Kirgiz, sejenis bangsa Turki juga. Natijahnya, kelompok puak utama yang dulu dikawal oleh Uighur berpindah ke barat laut China kini, utamanya yang membentuk wilayah mandiri Uighur Xinjiang. Beberapa peraturan dikuatkuasa memisahkan orang asing dengan orang Cina pernah dikeluarkan oleh dinasti T'ang. Pada 779 M, dinasti Tang memerintahkan paksa etnik Uighur di ibukota Tang memakai baju suku kaum, dilarang menikah dengan orang perempuan Cina, serta dilarang meniru Cina. Orang Uighur masa itu dibenci oleh orang Cina sebab suka mengamalkan riba. Hakim Cina yang mengeluarkan perintah itu mungkin ingin memelihara "kesucian" adat-istiadat Cina dinasti T'ang.

Kerajaan-Kerajaan Uighur

Berikutan tumbangnya Khaqan Uighur, orang Uighur keluar dari Mongolia dan tersebar di wilayah Gansu serta Xinjiang. Pada 843 M, tentera Cina mengawasi saki-baki orang Uighur yang duduk di Shanxi semasa pemberontakan, sehingga sampai tentera tambahan.

Orang Uighur kemudian mengasaskan dua kerajaan...

Kerajaan Yugor

Negeri ini paling timur sekali, dibentuk puak Yugur (Uighur Kuning). Sebelum itu, ia adalah kerajaan Ganzhou (870-1036 M) beribukota di Zhangye kini, dalam wilayah Gansu. Orang Uighur itu bertukar agama lagi. Mereka meninggalkan agama Mani lalu memeluk ajaran Buddha Mahayana mengikut tradisi orang Tibet dan Mongol. Tidak seperti bangsa Turki di barat. Mereka tidak memeluk Islam. Keturunan mereka ini digelar Sariq Uighur. Berbeza daripada Uighur Xinjiang. Pada 1028-1036 M, orang Yugor kalah teruk. Mereka dipaksa menjadi negeri bagi kerajaan Tangut. Mereka kekal pengikut Buddha sehingga kini.

Kerajaan Qocho
 
Diasas ketika 856-866 M. Dipanggil juga negara Idiqut (Mewah Suci Murni). Ibukota di Qocho semasa musim sejuk dekat Turfan, dan musim panas beribukota di Besh Baliq selain di Kumul dan Kucha. Beragama Buddha sebagai agama rasmi tetapi turut menyokong agama Mani. Kerajaan ini boleh dianggap pusat budaya Uighur.

Mereka membiayai pembinaan kuil-kuil gua dekat Bezeklik. Orang Uighur berhenti memakai tulisan lama mereka, seterusnya mengguna tulisan tempatan yang menjadi tulisan mereka sendiri. Idiqut atau Qara Khoja memerintah sendiri sehingga mereka bersekutu dengan negeri Qara Khitan. Pada 1209, Qara Khoja bergelar Idiqut, Barchuq bersekutu pula dengan Genghis Khan dan menjadi sebahagian empayar Mongol sehingga 1335. Dalam empayar, orang Uighur berkhidmat kepada pemerintah Mongol sebagai birokrat, memberi kepakaran untuk kelompok kaum nomad Mongol. Orang Uighur di Qocho dibenar memerintah dengan autonomi oleh empayar Mongol tetapi negeri mereka pun hancur diserang puak Mongol Chagatai pada kurun ke-14 M.
 
Dinasti Qarakhan

Dinasti Qarakhan (Khan Hitam) kemudian membentuk persekutuan puak-puak Turki seperti Karluk, Chigil, Yaghma dan lain-lain. Setengah sejarawan berpendapat Qarakhan ini dihubungkan dengan Khaqan Uighur menerusi puak Yaghma, yang dikait dengan Toquz-Oghuz. Satuq Bughra Khan (920-956) dari dinasti ini memeluk Islam pada 934 M diikuti oleh rakyat pada 960 M. Beliau memakai gelaran Sultan. Ibukota pertama di Balasagun di Sungai Chu. Selepas itu pindah ke Kashgar.

Saturday 17 May 2014

Identiti Orang Uighur

Pic: Uyghur American Association

 

Jati Diri Uighur

Menerusi sejarah, istilah Uighur ini mengalami pengembangan takrif. Pada awalnya, istilah ini cuma merujuk persekutuan kecil puak-puak Tiele dari bangsa Turki di Utara China, Mongolia dan Pergunungan Altay di Rusia. Kemudian, ia merujuk pula kepada kerakyatan penduduk dalam Khaqan Uighur. Seterusnya, ia diperkembang untuk merujuk etnik yang keturunan mereka itu berasal dari Khaqan Uighur yang runtuh sekitar tahun 842 M, yang menyebabkan orang Turki Uighur berhijrah beramai-ramai dari Mongolia ke Lembangan Tarim. Penghijrahan ini menyerap dan menggantikan kependudukan Indo-Kaukasus di situ dan menghasilkan identiti tersendiri, disebabkan bahasa dan budaya penghijrah Turki itu akhirnya menindan pengaruh-pengaruh budaya orang Kaukasus di situ. 

Definisi longgar untuk istilah Uighur ini serta kepelbagaian keturunan orang Uighur moden ini menjadi penyebab kekeliruan mengenai etnografi sebenar Uighur serta etnogenesisnya. Sarjana moden menganggap orang Uighur moden itu berketurunan pelbagai jenis bangsa juga seperti orang Uighur purba dari Mongolia yang berhijrah ke Lembangan Tarim serta bangsa Kaukasus yang tinggal di situ sebelum ketibaan orang Uighur dari Mongolia. Bangsa Kaukasus itu seperti orang Saka dan orang Parsi. Penelitian DNA menunjukkan bahawa penduduk di Asia Tengah seperti etnik Uighur itu semuanya campuran orang Kaukasia dan Asia Timur.

Pejuang kebangsaan Uighur mengenalpasti identiti mereka dengan mumia-mumia yang ditemui di Tarim, tetapi pengkajian mengenai mumia-mumia itu serta kaitan mereka dengan orang Uighur masih lagi kontroversi, terutamanya pihak berkuasa China sangat berhati-hati dengan puak pemisah etnik, dan juga aktivis Uighur pun sebenarnya bimbang bahawa kajian tersebut boleh menjejaskan dakwaan bahawa mereka itu penduduk peribumi di lembah Tarim.

Asal-Usul Konsep Etnik Uighur Moden
"Orang Uighur dulu dipanggil oleh pengembara Russia sebagai sart (merujuk kepada semua orang berbahasa Turki di Asia Tengah yang menetap), sementara pengembara Barat memanggil mereka sebagai orang Turki mengikut bahasa mereka. Orang Han (Cina) pernah memanggil mereka, ch'an t'ou (serban), namun panggilan ini diubah sebab berbunyi kurang sopan. Kini mereka memanggil orang Uighur sebagai weivuer zu (etnik Uighur). Sebelum ini, beberapa lama mereka cuma dikenali sebagai orang Kashgar atau orang Turfan saja". - Owen Lattimore, "Return to China's Northern Frontier." The Geographical Journal, Vol. 139, No. 2, June 1973.
Istilah Uighur dulu cuma diguna untuk merujuk kepada orang purba. Bukan merujuk sebarang etnik yang masih wujud di kurun ke-19 M. Sebuah ensiklopedia kurun ke-19 M, berjudul, "The cyclopædia of India and of Eastern and Southern Asia" menyebut, "Uighur itu merupakan puak-puak Turki yang paling purba, yang sebelum ini menduduki Tartar China (Xinjiang), yang kini turut dihuni oleh populasi campuran Turki, Mongol, dan Kalmak".

Penduduk Xinjiang belum dikenali sebagai Uighur lagi sebelum 1921/1934. Orang Barat cuma kenal mereka sebagai Muslim berbahasa Turki di Oasis, dan Turki Muslim di Ili dikenali sebagai Taranchi. Orang Turki ini semua merujuk diri mereka mengikut tempat mereka berkampung, bukan mengikut etnik mereka. Contohnya, jika datang dari Kashgar maka rujukan diri mereka, Kashgarliq. Orang Turki di situ turut mengguna rujukan Musulman untuk diri mereka, bermaksud Muslim.

Istilah Uighur muncul semula selepas Soviet Union Russia mengguna semula nama etnik ini dari Khaqan Uighur serta merujuk semula kepada orang Turki Muslim di Xinjiang. Kemudian, sejarawan-sejarawan Russia mengutarakan pendapat bahawa orang Uighur moden berasal dari kerajaan Turpan da Khaqan Qara Khan, yang terbentuk selepas perpecahan Khaqan Uighur.

Sejarawan umumnya bersetuju penggunaan istilah Uighur itu berdasarkan keputusan dari persidangan 1921 di Tashkent yang dihadiri oleh perwakilan Turki Muslim dari Lembah Tarim, Xinjiang. Uighur dipilih untuk diri mereka serta etnik mereka walaupun perwakilan turut menyedari bahawa kumpulan Turki Uighur moden itu sudah tidak sama lagi seperti di Khaqan Uighur. Menurut Linda Benson, Soviet serta klien mereka, Sheng Shicai cuba untuk membuka semula cerita kebangsaan Uighur itu untuk memecahbelahkan umat Islam pelbagai bangsa di Xinjiang. Sebelum itu, penduduk pelbagai etnik Turki cuma merujuk diri mereka sebagai bangsa Turki dan Turkestani Timur atau Muslim saja.

Di samping itu, rejim pemerintah China ketika itu, Guomindang, menggolongkan semua Muslim tak mengira keturunan termasuk juga orang-orang berbahasa Turki di Xinjiang itu sebagai Hui (Muslim) saja. Dinasti Qing dan kemudian pemerintah Guomindang cuma merujuk Turki Muslim yang menetap di bandar-bandar di Xinjiang sebagai Chan Tou Hui (Muslim Berserban) saja untuk membezaka mereka dengan Muslim etnik lain di China.

Pengembara Barat di Xinjiang sekitar 1930an seperti George W. Hunter, Peter Fleming, Ella K. Maillart, dan Sven Hedin, semua merujuk kepada Muslim berbahasa Turki di Xinjiang sebagai Turki dalam buku-buku mereka. Bukannya Uighur. Istilah Uighur cuma dikenali di Xinjiang selepas 1934, bila gabenor Sheng Shicai berkuasa di situ. Sheng mengguna pengelasan etnik yang dipakai oleh Soviet berbanding mengguna istilah Hui yang diguna Guomindang. Jadi, dia menjadi pelopor utama untuk penggunaan Uighur dalam dokumen rasmi kerajaan untuk merujuk kepada Turki Muslim Xinjiang. Selepas Komunis menang di China, Pengerusi Mao Zedong cuma mengguna istilah Soviet itu untuk merujuk kumpulan etnik moden Turki di Xinjiang.

Selain itu, terdapat juga etnik Turki Yugur di negeri Gansu yang tetap dari dulu lagi menggelar diri mereka sebagai Säriq Uyghur (Uighur Kuning). Mereka bukan Muslim dan masih mengikut agama Buddha. Setengah cendekiawan berkata, budaya, bahasa dan keagamaan orang Turki Buddha ini lebih mendekati budaya asal orang Uighur sebenar di negeri Karakoram berbanding budaya orang Uighur di Xinjiang. Pengkaji linguistik dan ahli etnografi, S. Robert Ramsey menghujahkan juga untuk kedua-dua etnik Yugur dan etnik Salar di negeri Gansu itu sebagai cawangan kecil Turki Uighur menurut kepada asal-usul yang sama untuk etnik Yugur dan juga pemerhatiannya terhadap persamaan linguistik dengan etnik Salar. Kumpulan-kumpulan bangsa Turki ini dikenalpasti sebagai etnik yang berbeza oleh pemerintah China Komunis.

Pejuang kebudayaan Pan Turki Jadidi dan kebebasan Turkestan Timur, Muhammad Amin Bughra (Mehmet Emin) serta Masud Sabri menolak penggunaan klasifikasi Soviet untuk orang Turki di Xinjiang sebagai suku kaum Uighur. Mereka mahu dikenali sebagai etnik Turki (Tujue zu) untuk orang-orang berketurunan Turki di Xinjiang. Masud Sabri juga melihat orang Hui itu sebagai etnik Han Muslim, dan bukan sebahagian daripada bangsa Turki. Bughra menuntut istilah "Türk" atau "Türki" sebagai rujukan etnik mereka. Beliau mengkritik Sheng Shicai yang memecahbelah bangsa Turki Muslim dengan pelbagai jenis nama etnik.

Penggunaan terkini identiti Uighur, merujuk kepada penduduk urban Turki dan petani di Lembah Tarim dan Yili yang mengikut budaya hidup tradisional orang Asia Tengah, berbeza dengan populasi Turki nomad. Pemerintah Republik Rakyat China turut mengecap identiti Uighur kepada sesetengah puak yang berbeza sejarah dan nenek moyang dengan kelompok Uighur yang majoriti seperti puak Loplik dan puak Dolan yang difikirkan lebih rapat dengan orang Mongol Oirat dan orang Turki Kyrgyz.

Genetik

Orang Uighur di Xinjiang berketurunan Eurasia dengan campuran ciri-ciri bentuk muka orang Eurasia Timur dan Barat. Orang Uighur di Xinjiang boleh dianggap sebagai kelompok Eurasia Tengah. Ujian saintifik ini memberikan komponen berbeza mengikut tempat. Contohnya di Hotan saja, sekitar 60% orang Uighur di situ mempunyai nenek moyang dari benua Eropah dan baki 40% mempunyai nenek moyang Asia Timur.

Pengujian lebih lanjut menunjukkan komponen Eropah lebih besar dalam populasi orang Uighur di selatan Xinjiang (52% Europah), sedangkan di utara Xinjiang, penduduknya mempunyai lebih komponen Asia Timur (47% Europah). Pengkajian lain pula memperguna sampel-sampel pelbagai individu di rantau lebih meluas. Ditemui cuma 30% komponen genetik Eropah dalam mereka yang keturunan Eurasia itu.

Satu lagi pengkajian DNA mitokondrial (melihat sumbangan genetik sebelah) menemui kekerapan haplogrup orang Eurasia barat dalam sampel orang Uighur Xinjiang sebanyak 42.6 peratus. Percampuran itu mungkin kesan kepada aliran genetik turun-temurun dari populasi keturunan Eropah dan Asia, atau mungkin terbentuk dari percampuran yang satu dalam tempoh sekejap masa (model isolasi hibrid). Jika model isolasi hibrid ini diambil, boleh dianggarkan bahawa percampuran hipotetik terjadi kira-kira 126 keturunan dulu atau 2520 tahun lampau, dengan menganggar selama 20 tahun untuk satu generasi.

Li H. Cho dalam kertas kerjanya et. al menulis:
Struktur tak boleh membezakan percampuran kini daripada sebaris asal-usul lain. Penelitian ini semua tak boleh membuktikan campuran keturunan orang Uighur. Namun, rekod-rekod sejarah menunjukkan bahawa orang Uighur Xinjiang kini mungkin dibentuk oleh bangsa Tocharia (jenis Eropah) dari barat serta orang Uighur Orkhon (Wugusi Hwei Hu), dari timur sekitar kurun ke-8 M. Empayar Uighur sebenarnya terletak di Mongolia. Mereka berpindah ke Xinjiang dan menakluki bangsa Tocharia (jenis Parsi) di situ. Puak-puak seperti Kroran dari bangsa Tocharia yang ditonjolkan dari arkeologi menunjukkan genetik phenotype seperti orang Eropah Utara, manakala Uighur Orkhon memang jelas bangsa Mongolia. Dua kumpulan ini kemudian bercampur di Xinjiang, mewujudkan orang Uighur moden yang berbahasa Turki.

Friday 16 May 2014

Orang Uighur


Orang Uighur merupakan suku kaum terbesar di wilayah mandiri Uighur Xinjiang, Republik Rakyat China (PRC). Mereka ini etnik Turki yang tinggal di Timur dan Tengah benua Asia. Hari ini, mereka terutamanya tinggal di negeri Xinjiang (Turkistan Timur), dan diiktiraf dalam kelompok 56 etnik minoriti yang rasmi di China. Sejumlah 80% penduduk etnik Uighur tinggal rantau barat daya Lembangan Tarim. Di luar Xinjiang, komuniti terbesar mereka di mukim Taoyuan, selatan titik tengah negeri Hunan. Di luar negara, komuniti terbesar Uighur boleh ditemui di Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan. Semua negara itu pun bermajoriti bangsa Turki atau bertutur bahasa jenis Turki. Komuniti-komuniti kecil wujud di Afghanistan, Pakistan, Saudi Arabia, Turki manakala di Barat komuniti Uighur ditemui di Sweden, Norway, Russia, Kanada, Belgium, Belanda dan US. 

Rujukan Uighur

Maksud perkataan Uighur itu belum jelas lagi. Kebanyakan pakar linguistik dan sejarawan etnik Uighur sendiri mendakwa perkataan itu terbit dari perkataan uyughur (uyushmaq dalam bahasa Uighur moden), bermaksud "bersatu" atau "manusia yang cenderung untuk bersatu". 

Batu bersurat tulisan Runik Turki mencatit satu perkataan yang berbunyi Uyghur, yang ditranskripsi ke bunyi bahasa Cina sebagai 回紇 Hwei He dalam babad dinasti T'ang. Kemudian, seorang Turki Uyghur meminta supaya dinasti T'ang mengubah perkataan itu. Jadi ia berubah menjadi 回鶻 Hwei Hu pada 788 M atau 809 M. Syair Sejarah Cina, Jiu Wudai Shi mentafsir istilah Hwei Hu itu sebagai, "kelajuan orang Turki berpusing dan membelok seperti burung helang".

Etimologi moden pun mempunyai penjelasan istilah Uighur ini seperti....
  • Mengikut
  • Menyesuai diri
  • Tidak memberontak
Namun semua ini kurang bertepatan sebab bunyi yang diberi itu salah. Etimologi oleh itu, tidak boleh memberi pengertian tepat untuk makna kata. Kelompok Turki ini tidak dikenali begitu sebagai sejenis etnik pun tetapi lebih kepada rujukan untuk satu kelompok orang Turki yang menggelar diri mereka sebagai Toqquz Oghuz.

Rekod terawal orang Cina mengenai Turki Uighur ini dari dinasti Wei Utara (368-534 M). Ketika itu, mereka dikenali sebagai 高車 Gaoche (Qonqil). Kemudian disebut sebagai bangsa 鐵勒 Tiele (Tele) pula. Penggunaan pertama istilah Uighur untuk merujuk kepada bangsa mengikut politik muncul semasa zaman antara Khaqan Göktürk Pertama nak masuk yang Kedua (630-634 M). Istilah ini kemudian hilang dari rekod sejarah pada kurun ke-15 M. Kemudian, kelompok Bolshevik memperkenal istilah ini semula untuk merujuk orang Turki.

Penggunaan moden Uighur ini merujuk kepada orang Turki bandar dan petani di Kashgaria (Uyghurstan) yang mengikut amalan hidup menetap. Tak seperti orang Turki lain di Asia Tengah yang hidup dalam khemah berpindah randah (nomad).

Identiti Uighur
Sejarah Uighur



Thursday 15 May 2014

Raja Dinasti Huaxia


Tiga Yang Berdaulat

Rekod ini dari versi Shiji oleh Sima Zhen...

天皇, 伏羲 Tien Hwang, Fuxi
地皇, 女媧 Di Hwang, Nuiwa
泰皇 (神農) T'ai Hwang, Shennong

Rekod lain mempunyai pelbagai versi dan tokoh juga ikut lagenda kepercaan tradisional Cina, P'anku... Tokoh P'anku ini mati lepas itu mata kirinya jadi matahari, mata kanan jadi bulan. Bahagian-bahagian badan lain menjadi dunia. Penciptaan dunia melibatkan empat puak iaitu:

有巢 Youchao... Buat sarang atau rumah.
燧人 Suiren... Buat unggun api.
伏羲 Fuxi... Buat tulisan dan mengajar tamadun.
神農 Shennong... Buat pertanian.

Senarai Raja-Raja

公孫軒轅 Kungsun Xuanyuen, Maharaja Kuning, puak 有熊 Youxiong.
顓頊 (高陽) Zhuanxu (Kaoyang).
帝嚳 Di Ku Maharaja Ku, suku 高幸 Kao Xing.
伊祁放勳 (唐堯皇) Yiqi Fangxun (Raja Tang Yao), puak 陶唐 Tao Tang.
姚重華 (虞舜皇) Yao Zhunghwa (Raja Yu Shun), puak 有虞 Youyu.

Keluarga Xia

禹 Yu
啟 Qi
太康  Tae Kang
仲康 Zhung Kang
相 Xiang
少康 Shao Kang
杼 Zhu
槐 Hwei
芒 Mang
泄 Xie
不降 Pujeang
扃 Jeong
廑 Jin
孔甲 Kungjia
皋 Gao
發 Fa
桀 (履癸) Jie (Lu Kwei)

Sumber

Shiji oleh Sima Zhen
Shujing
Babad Jizhung (< 296 SM)
Meyer M. W. China Concise History, ms. 126.

Dinasti Xia: Pengajian Sejarah


Skeptik Moden

Pemikiran skeptik dalam sejarah awal China dimulai oleh Gu Jiegang pada 1920an. Beliau salah seorang kumpulan cendekiawan awal yang mempersoal riwayat tradisional dalam sejarah China purba.

Yun Kuen Lee (2002) dalam "Building the Chronology of Early Chinese History" menulis "zaman terkemudian, tempoh lagenda yang lebih dulu dalam sejarah awal... sejarah Cina awal merupakan riwayat yang dicerita dan dicerita semula untuk keturunan kemudian, kemudian ditambah tokok pula dengan unsur baru di pangkal penghujung cerita". Yun mengritik sentimen nasionalis Cina dalam memperkembang penjelasan mengena kronologi Tiga Dinasti yang menumpukan kepada bukti dikotomi yang disediakan oleh pengkajian arkeologi melawan kajian sejarah, khususnya dakwaan bahawa Budaya Erlitou itu dikira sebagai sebahagian daripada dinasti Xia. Persoalan beliau, "bagaimana boleh diselarikan pentarikhan arkeologi dengan tarikh-tarikh kajian sejarah tamadun awal semua?"

Dalam The Shape of the Turtle: Myth, Art and Cosmos in Early China, Sarah Allan mencatitkan banyak aspek dinasti Xia yang memang bertentangan dengan ciri-ciri yang dilambangkan oleh dinasti Shang. Dualisme yang dipaparkan oleh Sarah Allan itu menunjukkan bahawa dinasti Xia mewakili arah barat dan air. Manakala dinasti Shang mewakili api atau matahari, burung-burung dan arah timur. Perkembangan mitos dinasti Xia dalam pengajian sejarah didakwa oleh Sarah sebagai alasan untuk tindakan dinasti Zhou menakluki dinasti Shang. Kerana dinasti Shang pernah menindan dinasti Xia.

Penemuan-Penemuan Arkeologi

Pakar arkeologi menemui tapak-tapak bandar purba, bahan-bahan gangsa dan makam-makam yang memberi petunjuk kedudukan yang mungkin untuk dinasti Xia seperti yang disebut dalam teks-teks sejarah Cina purba.

Timbul perdebatan mengenai sama ada budaya Erlitou itu merupakan tapak untuk dinasti Xia. Pentarikhan radiokarbon menempatkan tapak itu sekitar kurun 2100-1800 SM, memberi bukti fizikal mengenai kewujudan suatu negeri yang bersamaan dengan dinasti Xia seperti karya babad Cina.

Pada 1959, sebuah tapak di kota Yanshi yang digali mempunyai istana-istana besar. Setengah ahli arkeologi mengaitkan tapak itu dengan ibukota dinasti Xia. Dari 1960an - 1970an, ahli arkeologi China menemui banyak lagi bahan sejarah di tapak-tapak seperti yang dicatit teks sejarah Cina. Sekurang-kurangnya dinasti Xia menjadi penanda evolusi antara budaya neolitik lewat dan tamadun perbandaran Cina dinasti Shang.

Pada 2011, ahli arkeologi China menemui tinggalan-tinggalan istana jajahan bertarikh kira-kira 1700 SM di Erlitou, negeri Henan. Jadi perbincangan akademik pun berlaku menyentuh dinasti awal ini.

Senarai Perkataan Asas 2


Satu Suku Kata

米 mi Beras
山 sharn Bukit
星 xing Bintang, Planet
牆 qiarng Tembok, Dinding
與 yu Sama dengan
村 tsun Kampung
椰 ye Kelapa, Nyiur
鹿 lu Rusa

Dua Suku Kata 

小舟 xiao zhu Tongkang
圖畫 tu huar Gambarajah
晒台 sai tai Batas
耳朶 arr duo Cuping telinga
肥皂 fei zao Sabun
戒指 ji zher Cincin
鋤頭 chutou Cangkul

Wednesday 14 May 2014

清寺短的教訓: 野獸的態度

السلام عليكم ورحمة الله


當真主不成爲生活的目體, 蛇與蠍的態度就出現吧... 

別人被射毒不知犯錯誤... 但是以爲那就是自己高興的方面。

當真主不成爲生活的目體, 獅子與狼的態度就出現吧...

別人被做肉不知犯錯誤... 但是以爲那就是自己满意的方面。

爲熄野獸的態度... 我們必要 :

1. 尋找智識

2. 對自己散发傳教訓

3. 記念真主... 心中有真主...

Senarai Perkataan Asas 1

Salam!


Saya tak mempunyai sukatan pelajaran tersusun. Mungkin saya akan poskan saja masukan yang saya teringat sepintas lalu dulu. Nanti baru susun semula...

Satu Suku Kata

鐵 tie Besi
糖 t'ong Gula
話 hua Cakap
'hu Pokok
釘 diĕng Paku
蛋 d'an Telur
ñu Lembu
名 miĕng Nama

Dua Suku Kata

桌子 zhuo zi Meja
生命 shĕng miĕng Hidup
牙齒 yā chĕr Gigi

Tuesday 13 May 2014

Orang Salar



Suku kaum minoriti ini sebenarnya berketurunan Turki Öghuz. Bilangan mereka sekitar 104,503 orang (bancian 2000). Mereka tinggal di negeri Gansu dan di Qinghai, di kedua-dua tebing Sungai Kuning. Daerah mereka dikenali sebagai Daerah Mandiri Saluhr Xunhua dan Daerah Mandiri Hui Hualong di Qinghai. Di Gansu, mereka berdiam di Daerah Mandiri Saluhr Jishishan Bonan, Dongxiang dan Saluhr Gansu. Yang lain ada di Ili Kazakh di negeri Xinjiang. Nenek moyang mereka ini berbangsa Turki Oghuz yang menikah campur dengan orang Han, Tibet dan Hui. Mereka mengikut keturunan bapa, terlibat dengan pertanian dan Muslim.

Saya rasa saudara-saudara Muslim (saya memang panggil mereka begitu pun) dari negeri Gansu dan Xinjiang yang bergaul dengan saya dulu mungkin berketurunan Salar walaupun mereka cuma reti bahasa Cina. Disebabkan saya pun berketurunan peranakan Arab-India yang sentiasa di pertengahan, jadi saya mudah untuk bergaul ke mana-mana pun kerana di India Utara dan Pakistan pun terdapat keturunan Turki dan Moghul (Mongol) yang memakai nama, Khan.

Cerita Penghijrahan

Menurut cerita mereka sendiri, mereka berketurunan puak Saluhr dari puak Turki Öghuz di Khaqan Turki Barat. Perkataan Saluhr bermaksud melambaikan pedang tombak dan penukul merata-rata. Semasa dinasti Tang, puak ini tinggal di sempadan empayar China. Selepas itu mereka pindah ke barat sedikit masuk ke Tengah benua Asia.

Terdapat dua beradik dikenali sebagai Haraman dan Ahman, yang menjadi nenek moyang orang Salar di China kini pernah tinggal di Samarkand. Mereka beragama Islam dan berpengaruh di masjid-masjid. Pengaruh mereka ini mengganggu raja-raja di sekitar menyebabkan mereka dikejar untuk dibunuh. Mereka berdua pun melarikan diri bersama 18 sahabat sepuak dengan seekor unta sambil membawa tanah, air, dan senaskah kitab suci Quran menuju ke timur. Mereka mengembara menerusi laluan utara Pergunungan Tien Shan masuk ke Laluan Jiayuguan dan melalui rantau hari ini yang dikenali sebagai daerah Suzhou, Ganzhou, Ningxia, Qinzhou, mukim Gangu, dan berhenti bermukim di Xiahe.

Kemudian, 40 orang lagi puak Saluhr ikut kumpulan pertama masuk ke negeri Gansu. Kumpulan itu melalui laluan selatan Pergunungan Tien Shan dan masuk ke Qinghai. Mereka sampai di Guide, dengan 12 orang memilih untuk bermukim di situ dengan keluarga mereka. Baki 28 orang lagi bertemu dengan kumpulan orang Turki pertama di Ganjiatan lalu pergi ke Xunhua. Di situ, mereka berhenti sebab tanah di situ subur dan terus bermukim di situ. Masa pun berlalu, sehingga mereka bercampur dengan orang Tibet di situ, dengan orang Hui lain, dengan orang Han dan orang Mongol. Keturunan mereka ini membentuk komuniti peranakan Salar.

Dinasti Ming

Bangsa Salar sukarela menyertai dinasti Ming. Ketua-ketua keluarga setiap mereka itu memberi taat setia terhadap maharaja dinasti Ming sekitar 1370. Ketua daripada empat keluarga terkemuka mereka itu bernama Han Paoyuen. Beliau dilantik menjadi panglima perang dan semua empat kelompok keluarga yang dipimpinnya itu pun menerima nama keluarga Han. Ketua lain, Han Shanpa yang rendah sedikit kedudukan pun menjadi panglima perang dinasti Ming. Keluarganya memakai nama keluarga, Ma.

Orang Tibet puak Kargan yang berjiran dengan orang Salar pun menganut Islam sebab pengaruh mereka. Tradisi lisan orang Salar menyebut, sekitar 1370 M, tahun ketiga maharaja Ming Hongwu memerintah itu, mereka pun masuk dari Samarkand ke China Barat. Dinasti Ming membenarkan orang Salar berkuasa sendiri di wilayah-wilayah mereka dengan ketenteraan, cukai dan kerabat-kerabat diraja yang asalnya adalah panglima-panglima perang.

Dinasti Qing

Pada 1670 M, seorang Syeikh dari Kashgar dikenali sebagai Khwaja Āfāq mengajar tarekat Naqshabandi kepada orang Turki Salar di China. Pertengahan kurun ke-18 M, seorang pengikut aliran tasawuf Naqshabandi ini, Ma Laichi menyebarkan silsilah yang digelar sebagai Khufiyyah dalam kalangan orang Turki Salar, seperti juga kepada penutur bahasa Cina dan bahasa Tibet yang berjiran.

Sekitar 1760an dan 1770an, seorang lagi Syeikh Sufi, Ma Mingxin menyebarkan aliran zikir Jahriyyah (zikir kuat selepas solat seperti orang Malaysia) sekitar negeri Gansu (termasuk di Qinghai yang berjiran). Ramai orang Salar mengikuti aliran baru ini. Pegawai-pegawai dinasti Qing yang Muslim menyebut aliran zikir ini sebagai ajaran baru kerana mereka mengikut ajaran zikir lama secara senyap mengikut mazhab Hanafi. Walaupun orang luar melihat pertelingkahan ini sebagai tidak penting namun disebabkan isu "Sunnah" zikir ini sahaja pun Muslim boleh berperang sebab terlalu fanatik!

Pada 1781, pihak berkuasa dinasti Qing melihat "ajaran baru" itu sebagai berbahaya. Mereka melihat pengamal zikir bersuara nyaring itu sebagai garang dan menyusahkan. Syeikh Ma Mingxin ditahan oleh tentera dinasti Qing. Pengikut beliau di Xunhua pun kena tahan. Orang Turki Salar di Xunhua diketuai oleh akhund (imam) bertindakbalas dengan membunuh pegawai-pegawai kerajaan dan memusnahkan kubu kerajaan dinasti Qing di Baizhuongzi. Mereka yang bergelar Su 43 itu turut menyerbu Hezhou sehingga ke tembok Lanzhou untuk membebaskan Syeikh Ma. Syeikh Ma dibawa dengan berantai pasung ke tembok kota Lanzhou di Gansu untuk ditunjukkan kepada mereka yang dicap sebagai pemberontak itu. Kelompok Su memberi hormat kepada tuan guru mereka itu. Pegawai-pegawai Qing menjadi takut lalu terus membawa Syeikh Ma untuk terus dipancung. Puak Su 43 itu menyerang kota Lanzhou, tapi gagal kerana tidak cukup kelengkapan perang. Mereka (menurut sejarawan China seramai 1000-2000 orang) kemudian membuka kubu di selatan bukit Lanzhou.

Untuk berunding dengan pemberontak, Suruhanjaya dinasti Qing, Yagui dan Heshen dihantar ke kota Lanzhou. Mereka tak mampu juga menyuraikan pemberontak Salar yang marah itu. Yagui menghantar Heshen pulang ke Beijing sebab lembap. Beliau kemudian melatih orang Mongol Yalashan dan Orang Tibet Nangan untuk membantu ketumbukan orang Han di Lanzhou.

Selepas tiga bulan mengepung, bekalan air orang Salar itu terputus. Tentera Yagui berjaya memusnahkan pemberontakan pengikut silsilah Jahriyyah itu. Su 43 dan pemberontak lain semua terbunuh habis. Seluruhnya, sebanyak 40% penduduk keturunan Turki Salar dikatakan terbunuh dalam usaha menuntut bela kematian Syeikh Ma. Puisi rakyat 1937 ada menceritakan tentang pemberontakan 1781 dan menyebut keputusan berani mati Gerakan Su 43 itu menentang dinasti Qing.

Pada 1880-1890an, terjadi lagi pergaduhan mazhab Islam dalam kalangan orang Turki Salar. Ketika itu silsilah Khafiyyah Huasi pula terpecah dua. Tahun 1895, pegawai dinasti Qing tempatan menyebelahi kelompok reformis silsilah Huasi itu. Walaupun konflik mazhab ini terjadi di daerah Xunhua dan Hui Hezhou, tetapi tentera dinasti Qing yang diperintah Beijing itu dihantar dulu ke Xunhua. Hal ini menimbulkan pergolakan dan merebak juga ke komuniti Hui dan Dongxiang di Gansu. Kejadian ini membara sampai pecah pemberontakan Dungan (1895). Pemberontakan ini dimusnahkan sendiri oleh tentera Muslim yang setia dengan kerajaan. Orang Hui (Muslim Peranakan), disebut juga sebaga Hui Hui kopiah putih bersembahyang sambil membakar colok di dewan solat. Orang Turki Salar dipanggil Hui Hui kopiah hitam menganggap perbuatan orang Hui itu sebagai upacara kafir...

Zaman Republik China

Seperti Muslim lain, etnik Salar banyak menyertai tentera di China. Sampai mereka bersama etnik Dongxiang digolongkan sebagai "pemakan catuan" yang merujuk kepada perkhidmatan ketenteraan.

Zaman Moden

Semasa Perang Sino-Jepun II, tentera dari etnik Salar dan pegawai-pegawai keturunan Salar berkhidmat dengan jeneral tentera etnik Hui, Ma Bufang. Mereka berperang dengan Jepun di negeri Henan. Tentera pelbagai etnik dari Qinghai diperintah oleh jeneral Ma supaya perang kalah mati dengan Jepun. Jika ditangkap atau dipintas oleh tentera Jepun pun mereka mesti bunuh diri.

Tentera Jepun dikalahkan di Qinghai. Setengahnya dibunuh dan setengah lagi dipenjara sebagai bukti mereka menang. Bulan Sep 1940, bila Jepun menyerang tentera beragama Islam di Qinghai, mereka membalas balik dengan serang hendap. Ramai tentera Jepun mati sehingga Jepun terpaksa berundur. Mereka tak sempat mengutip mayat tentera lain pun. Mereka cuma potong tangan mayat-mayat rakan mereka untuk dihantar balik ke Jepun untuk upacara pengebumian dan pembakaran. Selepas itu Jepun tak berani mengacau orang Qinghai lagi kerana mereka berperang seperti orang gila.

Seorang jeneral etnik Turki Salar, Han Youwen berpaling tadah dari Tentera Revolusi Kebangsaan serta Parti Guomindang ke Tentera Pembebasan Rakyat (Komunis). Beliau menjadi timbalan pengerusi negeri Xinjiang (Turkistan Timur). Jeneral Han turut membawa tentera Muslim melawan Soviet Russia dan tentera Mongol semasa insiden Pei Ta Shan.

Budaya

Mereka mempunyai sistem puak dan mengikut keturunan bapa. Mereka kahwin luar suku sendiri. Perkahwinan sesama suku sendiri dilarang. Keadaan keturunan peranakan Arab di India atau di Malaysia pun. Mengikut adat kami, perempuan dilarang berkahwin dengan bukan sebangsa. Jadi, mesti terjadi perkahwinan sesama sepupu. Tapi saya secara peribadi pun kurang suka dengan adat yang racist ini walaupun saya berbangga dengan kebudayaan dan bahasa kita. Saudara perempuan kami pun kahwin bangsa luar seperti Melayu dan India Muslim

Orang Salar jenis suka berniaga juga. Baju mereka serupa saja dengan baju etnik Muslim lain. Lelaki selalunya berjanggut berbaju putih dengan kopiah putih atau hitam. Wanita bujang pakai baju wanita Han. Yang sudah kahwin pakai tudung pendek yang hitam atau putih.

Belajar sekolah mesti asing tak campur lelaki dan perempuan. Hanya etnik Uyghur saja tak kisah belajar campur. Gadis-gadis dibenar belajar pendidikan sekular. Permainan muzik tradisional mereka seperti Kouxuan. Tapi, ia cuma dimainkan oleh wanita.

Etnik Salar sudah tinggal di Qinghai sejak dinasti Yuan lagi. Beberapa lama pun mereka tetap berbahasa Turki yang hampir serupa dengan bahasa Turkmen di Qaraqum. Mereka pengikut tarekat Naqshabandi seperti orang Hui lain. Mereka pun sudah meninggalkan banyak adat lama dan ramai mengikut cara orang Tibet dan Moghol (Muslim Mongol) di Qinghai. Mereka turut menyambut pesta Nowruz seperti orang Persia.

Jeneral Ma Fuxiang melatih orang Salar menjadi tenteranya. Dia membuat cerita kononnya etnik Salar pindah ke China semasa dinasti Tang. Dia membagi etnik Salar kepada dua kelompok, lima suku dalam, dan lapan suku luar. Suku luar sudah lupa bahasa Turki dan bercakap bahasa Tibet. Orang Salar cuma kahwin bangsa Salar. Orang Uyghur dulu-dulu tak faham bahasa Salar.

Nama keluarga etnik Salar seperti Ma dan Han. Ma untuk Muhammad seperti juga yang dipakai etnik Muslim lain. Han untuk Khan. Empat suku bangsawan Salar memakai nama keluarga Han. Mereka tinggal di barat Xunhua. Salah seorang Han etnik Salar yang terkenal, Han Yimu pernah bekerja dengan Jeneral Ma Bufang. Dia terlibat dalam Darurat Muslim Guomindang di China (1950-1958), dengan memimpin etnik Salar dalam ketegangan 1952-1958. Jeneral Ma menyenaraikan etnik Salar untuk menjadi pegawai rejim tenteranya dengan menyasarkan Xunhua dan Hualong untuk menjadi pusat temuduga.

Orang Barat yang terserempak dengan etnik ini menyatakan yang mereka ini pun sebenarnya sudah bercampur-campur dengan orang Mongol, Tibet, Hui dan Han. Hal ini kelihatan pada bentuk badan dan bentuk muka mereka. Dilaporkan juga imam-imam mereka boleh berbahasa Parsi. Mereka boleh menulis tulisan Arab dan berpakaian seperti orang Han. Selain itu, mereka mengambil alkohol kerana mengikut mazhab Hanafi dibenarkan pada peratusan tertentu.

Di Amdo, bahasa Turki Salar sangat tebal dipengaruhi bahasa Tibet dan Han (Cina). 20% kosa kata bahasa Salar datang dari bahasa Han. Lagi 10% dari bahasa Tibet. Kerajaan Komunis China sengaja cuba menyembunyikan elemen bahasa Cina dalam bahasa etnik ini dan hanya menekankan unsur Turki mereka saja. Mereka menulis pun mengguna tulisan Cina sebab bahasa Salar tiada tulisan.

Tamadun China

Pic: Sanlinda

Pengenalan

Tamadun China
Zaman Prasejarah

Zaman Purba

Dinasti Xia (2070 - 1600 SM)

Mandat Kayangan
Sejarah Tradisional
Pengkajian Sejarah
Raja-Raja Xia

Zaman Klasik

Dinasti Xia: Sejarah Tradisional


Jika anda pernah belajar di tingkatan enam, saya pasti mereka yang belajar di aliran sastera yang mengambil sejarah akan bertemu dengan silibus-silibus seperti tamadun dunia. Salah satu esei nanti boleh jadi menyentuh juga tamadun China dan Sungai Kuning (Sila Klik). Saya suka belajar sejarah. Ia membantu kita menyoroti peristiwa lampau dan berguna untuk muhasabah memperbaiki diri. Seorang pelajar bidang Syariah atau Perundangan Sivil yang mahu menjadi seorang pengamal undang-undang seperti peguam pun mesti mempunyai asas pengetahuan sejarah. 

Sumber Riwayat

Di sini, saya cuba membawa pembaca menyoroti peristiwa-peristiwa di benua China secara ringkas-ringkas. Bukan sahaja berkongsi pelajaran bahasa Cina serta pengalaman. Saya berharap saudara-saudari dapat menambah pengetahuan, memperluas persahabatan dan bergembira selalu. Itu saja lah harapan saya.

Berbalik ke dinasti Xia ini, ia diceritakan semula dari riwayat:
  • 書經 Shu Jiĕng, Sejarah Klasik.
  • 竹書紀年 Zhushu Jiñen, Babad Buluh 
  • 太史公書 Taishir Gungsho, Catitan Sejarawan Utama oleh 司馬遷 Sima Qian.
Tersimpan dalam dokumen bahawa puak yang mewujudkan dinasti Xia ini adalah puak 華夏 Hwaxia yang merupakan nenek moyang bangsa Han (orang Cina zaman moden).

Terbitan dan Perkembangan Permulaan

Menurut teks Cina purba, sebelum diasaskan dinasti ini, peperangan sering terjadi antara puak Xia dengan puak 九黎 Jiuli yang dipimpin oleh 姜蚩尤 Jeang Chiyou. Puak Jiuli ini menjadi nenek moyang suku kaum Miao dan sebahagian daripada kaum Dongyi.

Puak Xia (Cina Purba) berkembang perlahan-lahan semasa zaman maharaja 顓頊 Zhuanxu. Taishi Gungshu dan 禮記 Liji menyebut bahawa maharaja Yu adalah cucunda Zhuanxu, namun rekod lain seperti 班固 Panku menyebut bahawa Yu itu keturunan kelima Zhuanxu. Berdasarkan Bangu, didakwa bahawa dinasti Xia itu berketurunan Zhuanxu.

Cubaan Gun Menahan Banjir Besar

Gun, bapa kepada Yu, dicatit sebagai ahli puak Xia terawal. Semasa Sungai Kuning banjir, banyak puak suku kaum berganding bahu dalam mengawal banjir dan menghentikan bencana itu. Gun dilantik oleh raja Yao untuk menghentikan air bah. Beliau memberi arahan supaya tambak besar dibuat di laluan air. Cubaan ini berlangsung selama sembilan tahun, namun tetap gagal sebab banjir itu sungguh teruk. Selepas sembilan tahun, raja Yao menyerahkan takhta kepada raja Shun. Gun diperintah oleh raja Shun supaya dihukum pancung sebab gagal di 羽山 Yushan. Tempat itu kini kononnya terletak antara daerah Donghai di negeri Jiangsu dan daerah Linshu di negeri Shandong.

Cubaan Yu Menghentikan Banjir

Yu disuruh oleh raja Shun untuk menyelesaikan kerja bapanya. Kaedahnya lebih maju daripada kaedah bapanya. Dia mengatur orang ramai pelbagai puak untuk membantu pembinaan terusan di semua sungai-sungai utama serta menghalakan air ke laut. Yu sangat serius dengan usahanya. Penduduk pun memuji ketabahannya serta mereka pun menjadi semangat untuk bekerjasama. Lagenda menyebut usaha Yu itu tanpa henti selama 31 tahun. Dia tak pernah balik ke rumah di kampung untuk berehat pun walaupun melalui rumahnya tiga kali.

Penubuhan Dinasti Xia

Kejayaan Yu mengekang banjir ini turut disertai dengan pertambahan hasil pertanian. Pengaruh puak Xia pun berkembang dan Yu turut menjadi penaung bagi puak-puak lain di sekeliling. Kemudian, raja Shun menghantar Yu memimpin tentera untuk berperang dengan puak Sanmiao yang selalu mengacau puak-puak di perbatasan.

Selepas Sanmiao dikalahkan, mereka dihalau ke selatan di rantau Sungai Han. Kejayaan ini turut menambahkan lagi pengaruh puak Xia. Raja Shun pun turut menyuruh Yu menggantikan kedudukan menjadi raja bila baginda sudah berumur. Perlantikan Yu menjadi raja ini menjadi titik tolak permulaan dinasti Xia. Sebelum mangkat, raja Yu menabalkan anakanda baginda, raja Qi menjadi raja. Baginda memulakan sistem pewarisan takhta dan tidak melantik calon-calon bukan keluarganya lagi. Raja Jie, yang terakhir sekali dari dinasti Xia sangatlah jahat. Baginda digulingkan oleh Tang, raja pertama dinasti Shang.

Negara Qi

Selepas dinasti Xia digulingkan, keturunan diraja Xia bertaburan melarikan diri. Setengah mereka diserap masuk oleh puak-puak lain yang berdekatan. Setengah lagi bertahan di negara Qi (Henan) sehingga 445 SM. Negara Qi ini mempunyai rekod tulisan tilik takdir yang di zaman moden ini menjadi penyokong bagi kewujudan dinasti Xia.

Monday 12 May 2014

Etnologi China

Pic by Lauren MacCaw

Bangsa Cina dan Majoriti

Orang Han
Penyerapan Orang Bukan Han
Kebangsaan China
Suku Bangsa Cina dan Bahasa

Etnik Wilayah dan Minoriti

Jajahan Barat

Orang Uyghur (Turki Karluk)
Orang Turki Salar (Turki Oghuz)
Orang Tajik (Parsi Pamiri)
Orang Tibet

Jajahan Selatan

Orang Tai-Kradai (Dai)
Orang Zhuang

Jajahan Utara

Dinasti Xia (2070 - 1600 SM)


Dinasti Xia,  夏朝 Xia Chao, disebut sebagai dinasti pemerintahan pertama di China purba mengikut kepada Babad Buluh, Sejarah Klasik dan Catitan-Catitan Sejarawan Utama. Dinasti ini menurut riwayat dibangunkan oleh maharaja Yu selepas maharaja Shun, yang terakhir daripada lima maharaja menyerahkan takhta.


Menurut susun masa tradisional mengikut perkiraan Liu Xin, dinasti ini memerintah di pusat bertitik merah di peta di atas antara 2205-1766 SM. Menurut susun masa dari Babad Buluh pula, ia bermula antara 1989-1558 SM. Projek Kronologi Xia, Shang dan Zhou menetapkan kewujudan kerajaan ini sekitar 2070 dan 1600 SM.

Mandat Kayangan

Tradisi mengesan sejarah politik Cina dari maharaja perwira awal bagi dinasti Xia sehingga kepada dinasti berikutnya itu terbit dari buah fikiran Mandat dari Kayangan, yang merangkumkan pernyataan bahawa sesuatu dinasti yang sah itu boleh muncul pada masa yang ditetapkan oleh kekuasaan di langit. Buah fikiran ini disebarkan juga oleh aliran falsafah Confucian semasa zaman dinasti Zhou Timur. Seterusnya menjadi dasar bagi pensejarahan istana-istana pusat serta ideologi mereka.

Walaupun dinasti Xia ini penting dalam unsur sejarah Cina yang awal, namun maklumat untuk sejarah China sebelum abad ke-13 SM cuma boleh diketahui menerusi bukti arkeologi, medium tulisan untuk merekod sejarah, seperti tulisan atas tulang menilik takdir, belum wujud lagi ketika itu. Jadi, kewujudan konkrit mengenai dinasti purba ini masih belum ditemui lagi walaupun pakar arkeologi China berusaha keras menghubungkan dinasti Xia dengan kebudayaan zaman Gangsa di tapak Erlitou.

步步驚心


Lama tak layan siri TV Tanah Besar... Yang dari Taiwan atau Singapura banyak guna bahasa Fujianese. Saya tak faham, huhu... Ok, kepada adik-adik di hostel lama saya... Saya mengakui saya bersembang dengan saudara-saudara pelajar Muslim dari China dengan loghat Tanah Besar... Loghat standard saya bercakap disebut loghat Shang Jiang (Hulu Sungai Yangtze) yang diperguna di negeri Yunnan, Guangxi dan selatan Gansu... Saya terpaksa menggolongkan diri ini sebagai orang Kwongtong (Cantonese) walaupun tak reti bercakap bahasa itu kerana malas hendak bicara panjang, hehehe...

Trailer Promo Siri TV

Zaman Prasejarah China


Zaman Paleolitik

China moden ini, suatu ketika dulu pernah dihuni oleh sejenis manusia purba dikenali sebagai Homo Erectus lebih daripada sejuta tahun lampau. Kajian magnetostratigrafik menunjukkan bahawa peralatan-peralatan batu yang ditemui di Xiaochangliang itu bertarikh sekitar 1.36 juta tahun lalu.

Tapak arkeologi di Xigoudu di Shanxi pula mencatitkan penggunaan api yang pertama oleh manusia Homo Erectus itu sekitar 1.27 juta tahun lalu. Carigali di Yuanmou dan kemudian di Lantian menunjukkan penempatan awal di China purba. Boleh jadi, spesimen terkemuka Homo Erectus itu lah yang digelar sebagai Peking Man itu yang mendiami sekitar rantau China. Spesimen itu ditemui dari 1923-1927.

Zaman Budaya Neolitik

Zaman ini boleh dikesan di China kira-kira dari 10, 000 SM lalu. Bukti awal untuk pertanian bijirin Millet oleh orang China purba dikesan menerusi pentarikhan radiokarbon semenjak tahun 7000 SM lagi. Perkebunan ini menimbulkan budaya Jiahu (7000-5800 SM).

Di Damaidi di Ningxia, sebanyak 3172 ukiran cenuram bertarikh 6000-5000 SM ditemui, merangkumi 8453 lambang tulisan Cina purba seperti matahari, bintang, bulan, semangat-semangat alam dan gambara seperti memburu dan mengembala haiwan ternak. Tulisan berbentuk piktograf itu diperkirakan serupa dengan huruf-huruf tulisan Cina terawal.

Penggalian tapak budaya Peiligang di Xinzheng, Henan mempertemukan kita dengan sebuah masyarakat yang berkembang sekitar 5500-4900 SM, dengan bukti pertanian, bangunan terbina, pembuatan pasu tanah liat dan pengebumian mayat.

Dengan pertanian, kependudukan pun bertambah, kemampuan penyimpanan dan pengagihan semula hasil tanaman pun meningkat. Kemampuan sokongan pekerjaan dan pentadbiran pun muncul. Lewat zaman Neolitik itu, Lembah Sungai Kuning mula muncul sebagai pusat kebudayaan Yangshao (5000-3000 SM. Kampung-kampung awal tertubuh. Kampung yang ditemui menerusi arkeologi seperti di Banpo, Xi'an. Budaya Yangshao kemudian menjadi malap berganti dengan budaya Longshan, juga berpusat di Sungai Kuning dari 3000-2000 SM.

Sejarah awal China memang kabur disebabkan kurang rekod bertulis dari kurun sebelum masihi, ditambah pula dengan kewujudan riwayat-riwayat terkemudian yang cuba menerangkan mengenai kejadian lampau yang terjadi beberapa abad lalu. Dalam hal ini, masalah timbul disebabkan oleh proses introspeksi berabad-abad di minda orang Cina. Keadaan ini menyebabkan wujud garis kabur antara cereka rekaan (fiksi) dengan hakikat (fakta) bila berbicara mengenai sejarah purba China.

Saturday 10 May 2014

Tamadun China


Tamadun China berasal dari pelbagai pusat rantau lembah sepanjang Sungai Kuning (Hwang Ho) dan Sungai Yangtze. Semasa era Neolitik, Sungai Kuning menjadi pusat bermulanya ketamadunan China. Dengan kesinambungan sejarah beribu-ribu tahun, tamadun China merupakan antara tamadun tertua di dunia selepas Mesopotamia, Mesir, dan Indus.

Catitan sejarah China sudah wujud seawal dinasti Shang (1700-1046 SM) lagi, walaupun teks-teks sejarah seperti Petitih Sejarawan Utama (100 SM) dan Babad Buluh menekankan mengenai kewujudan dinasti Xia sebelum dinasti Shang. Kebanyakan daripada sastera, budaya dan falsafah Cina berkembang dengan lebih lanjut lagi semasa dinasti Zhou (1045-256 SM).

Dinasti Zhou bermula menghadapi tekanan dalam dan luaran semasa abad ke-8 SM. Kerajaan itu terpecah kemudiannya menjadi negara-negara kecil, bermula zaman Musim Bunga dan Musim Luruh sehingga ke zaman Negara-Negara Berperang. Tahap negara-negara berperang itu merupakan tahap kegagalan dalam kenegaraan menurut sejarah China lama.

Sekitar zaman negara-negara kecil dan persaingan dlaam kalangan para panglima tentera, dinasti-dinasti China itu memerintah bahagian-bahagian kecil wilayah jajahan atau pun seluruh China. Dalam beberapa zaman termasuk zaman moden ini, penguasaan pentadbiran orang China turut melebar sehingga ke negara Tibet dan negara Turkistan Timur (Xinjiang). Bentuk pemerintahan empayar dalam tamadun China ini bermula semasa dinasti Qin (221 SM). Maharaja Qin Shih Hwang menyatukan negara-negara berperang itu menerusi kaedah peperangan serta mewujudkan empayar pertama bawah seorang maharaja.

Dinasti-dinasti selepas dinasti Qin itu kemudian memperkembang sistem birokrasi dalam pentadbiran negara sehingga membolehkan maharaja mengawal wilayah-wilayah jajahan secara terus. Dinasti Qing (Manchuria), merupakan dinasti terakhir dalam bentuk pemerintahan monarki di China telah digulingkan. Pentadbiran negara kemudian dipegang oleh Republik China yang dikawal oleh Parti Nasionalis Rakyat (Guomindang) pada 1912. Seterusnya terjadi peperangan saudara lagi. Tanah Besar China dikuasai oleh Parti Komunis China pada 1949 dan para pengikut parti Nasional (ahli-ahlinya termasuk penganut Islam) melarikan diri ke Taiwan, Nanyang (Malaysia dan Singapura), Indochina dan ke Barat.

Pandangan umumnya mengenai sejarah China yang bergilir-gilir zaman merasai keperitan peperangan serta beberapa ketika bersatu secara politik itu, adalah... Tamadun ini dihuni oleh penduduk yang mendiami padang rumput. Penduduk-penduduk itu kebanyakannya diserap masuk menjadi orang Han (Cina). Pengaruh politik dan kebudayaan lain di bahagian Asia dan Barat turut masuk ke rantau tamadun China menerusi perhubungan diplomatik, penghijrahan, perlebaran kuasa, dan serapan budaya. Semua ini menjadi sebahagian daripada budaya moden penduduk China dan etnik Cina yang tinggal di seberang laut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...