Monday, 24 February 2014

Kebangsaan China


Selepas Pembentukan Republik

Ketika perang anti-Jepun, wacana "cucu cicit Yan Hwang" pun serupalah diguna oleh pihak kerajaan bagi mewakili kedudukan politik bangsa Cina (Tionghua).

Wacana Rasmi Republik Rakyat China (PRC)

Oleh kerana wacana ini dimulakan ketika lewat dinasti Qing bagi tujuan perpaduan kaum dengan menekankan bahawa semua kaum pun bertalian darah dengan suku kaum Han, di Hong Kong, Macao, dan orang Cina seberang laut turut dipersatu juga secara politik dan budaya dengan wacana ini. Justeru, orang Cina dari Republik Rakyat China dan orang keturunan Cina di luar negara seperti di Hong Kong, Macao, Republik China Taiwan dan di Malaysia, Kemboja, Myanmar, Thailand, Indonesia serta Singapura pun mengaitkan diri mereka dengan ketamadunan lembangan Hwang Ho walaupun kemungkinannya mereka itu sebenarnya ada yang datang dari suku kaum asli China selatan seperti Zhuang, Miao, Yao, Dai, dan lain-lain.

Namun, dalam menangani isu-isu perbalahan etnik dalam Republik Rakyat China, pihak pemerintah rasminya mengambil maklum juga dengan pandangan berbeza mengenai keturunan etnik minoriti, dan lebih cenderung untuk menekankan kepada negara berbanding dengan keturunan.

Selepas, peristiwa Tiananmen, Presiden China ketika itu En. Jiang Zemin melaksanakan kempen pendidikan patrirotik, dengan tema utama maharaja Yan Hwang sebagai sebahagian usaha pembinaan negara-bangsa China. Untuk perkara ini, Parti Komunis China terpaksa meminda akta gerakan 54 yang menentang tradisi feudal dan penjajahan.

Wacana di Taiwan (ROC)

Presiden Parti Guomindang mewakili Republik China, En. Ma Yingjiu dalam ucaptama beliau serta di majlis rasmi negara banyak menekankan mengenai perhubungan keturunan Yan Hwang.

Dalam tahun 2009, 2012 dan 2013, Presiden meresmikan "Tugu Penghormatan Yan Hwang di Yaoji". Bekas Naib Presiden ROC Lien Chan beberapa kali berucap kepada penduduk Tanah Besar menyatakan bahawa penduduk Taiwan itu pun adalah keturunan Yan Hwang. Pengerusi Kehormat Parti Guomindang berulang kali menegaskan bahawa penduduk Taiwan dan China itu serumpun. Pengerusi Majlis Orang Asli Taiwan, Pao Laban secara peribadinya menyatakan yang beliau tidak kisah dikenali sebagai orang Cina atau keturunan Yan Hwang (2012). Wakil Suruhanjaya bagi Mongolia dan Tibet di Changhai membuat kenyataan menegaskan yang wira Genghis Khan itu bukan orang Cina mahupun keturunan Yan Hwang. Sebaliknya adalah bangsa Mongol. 

Pendapat sebegini juga memberi pengaruh kepada hasil perhubungan dua negara ini serta turun naiknya hubungan kebudayaan dengan sebutan "ada Xiong-Shi, Dong-Hu dan Mongol saja!". Jika China menjadi cukup kuat dari segi pembangunan dan kemajuan, maka bangsa Mongol mungkin merubah pula pengiktirafan dalam catitan sejarah, mengakui diri sendiri sebagai keturunan Yan Hwang (Cina).

Pandaangan Lain

Pada tahap yang tertentu, wacana keturunan Yan Hwang ini sebahagian besarnya menyentuh mengenai jatidiri budaya. Makanya, tak mengira lah sama ada wujud atau tak wujud perhubungan darah pun, bangsa bukan Han yang minoriti di celah-celah orang Han menerima dan mengamalkan budaya Tionghua, mengakui juga diri mereka keturunan Yan Hwang. Sebaliknya, jika seseorang itu tidak mengiktiraf budaya Tionghua namun mempunyai hubungan darah dengan keturunan puak Yan Hwang, tetap juga merupakan warga China, berjatikan Cina. Contohnya, di China pun ada pelampau kaum yang tidak mahu bersama China.

Dalam pada itu, tamadun China yang maju, kuat dan tinggi peradaban serta akhlaknya sedikit sebanyak akan turut memberi pengaruh kepada suku kaum bukan Han untuk bernaung dengan jati Han. Di samping itu, memberi juga kesan terhadap jatidiri Cina sendiri. Contohnya, keturunan raja Kuning di Korea Utara (Cho-sen) memberikan nama harum kepada jati diri Yan Hwang serta bangsa Han juga dengan menjadikan adat istiadat Cina sebagai penanda aras tamadun negara. Kejatuhan China moden turut membawa kepada pelunturan pengaruh budaya China. Cho-sen kini terbelah dua pula dengan Han Gu'o (Korea Selatan) muncul menjadi cerminan Cho-sen Lama.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...