Etnik Zhuang 壮族 atau Phu Chuang merupakan suku kaum orang asli yang berdiam di wilayah autonomi Zhuang di Guangxi di Selatan China. Ada juga yang bertebaran di Hunan, Guizhou, Guangdong, dan Yunnan. Mereka membentuk salah satu daripada 56 etnik yang diiktiraf di Republik Rakyat China. Mereka digolongkan dalam kelompok penutur bahasa Tai Utara bersama dengan kaum Buyi, Tay Nung dan penutur bahasa Tai di utara Thailand. Kadangkala digelar sebagai orang Rau atau Rao. Kependudukan menunjukkan bahawa etnik ini berjumlah seramai 18 juta orang. Mereka menjadi etnik minoriti kedua terbesar sekali selepas etnik Han (Cina).
Nama Cina Suku
Tulisan Cina sering berubah merujuk nama kaum ini. Mulanya ia ditulis sebagai 獞 Chueng tapi tulisan itu mempunyai pengertian kurang sesuai kerana bermaksud anjing liar. Selepas Perang Saudara 1949, ideogram itu diubah menjadi 僮 Chuang tapi tanda huruf itu menjadikan maksud perkataan itu sekali lagi tak sesuai kerana bermaksud, hamba atau batak. Kemudian huruf Cina mengalami proses piawaian dan huruf bagi suku kaum itu diubah menjadi 壮 yang bermksud kuat.
Budaya dan Adat
Bahasa
Bahasa ini boleh difahami penutur bahasa Tai-Kradai di Vietnam, Laos, Thailand dan Myanmar. Ia sangat dipengaruhi oleh pelbagai loghat Cina. Bahasa Zhuang standard berdasarkan kepada loghat utara, tetapi sedikit sahaja orang belajar loghat itu. Jadi, orang Zhuang sendiri menggunakan sebilangan loghat bahasa Cina juga bila bertemu rakan sebangsa dari wilayah lain.
Kaji selidik 1980an menunjukkan sebanyak 42% orang Zhuang cuma reti bercakap bahasa Zhuang manakala baki 55% boleh bercakap bahasa ibunda dan bahasa Cina. Sumber separa rasmi menyebut, "Di Guangxi, pendidikan wajib dijalankan dengan medium bahasa Cina dan bahasa Zhuang dengan penumpuan lebih kepada pendidikan awal dalam bahasa Zhuang lisan. Bahasa bertulis Zhuang sedikit sangat diajar".
Tulisan Zhuang berbentuk logogram dicipta dari tulisan Cina, dipanggil Sondip. Ia dicipta lebih 1000 tahun lalu. Bahasa Zhuang piawai pula ditulis dalam tulisan rumi diperkenal pada 1957, dan kemudian dalam tulisan Russia pada 1982 sebelum ditukar ke rumi semula. Di tempat biasa, tulisan Sino-Zhuang dipakai. Orang Zhuang mempunyai buku warisan ditulis dengan bahasa puisi digelar Baeu Rodo.
Agama
Kebanyakan orang Zhuang mengikut amalan animisme dikenali sebagai Mo (Moyang) atau Shigong yang turut mempunyai unsur kepawangan dan pemujaan nenek moyang. Mo mempunyai sutra sendiri dan paderi terlatih dikenali sebagai Bumo (Bomoh). Mereka memakai tulang ayam untuk menilik. Dalam kepercayaan Mo ini, pencipta digelar sebagai Bu Luotuo, dan alam semesta terbahagi tiga dengan semua benda dalam alam terbentuk daripada unsur langit, bumi dan air. Terdapat sebilangan orang Zhuang menganut ajaran Buddha, agama Tao mengikut agama orang Cina atau agama Kristian.
Sastera Sondip
Sejak lebih 1000 tahun, orang Zhuang menulis memakai tulisan Sondip. Mereka menulis lagu rakyat, opera, puisi, kitab, surat, perjanjian dan dokumen mahkamah semua memakai tulisan Sondip. Karya mereka termasuklah karya asli dan terjemahan teks bahasa Cina yang memberi sedikit gambaran hubungan mereka dengan orang Cina. Kalau boleh bertutur bahasa Thai atau bahasa Laos pun boleh lah tangkap dua, tiga perkataan bahasa Zhuang seperti Mou (Babi) atau Pinong (Saudara). Biasa orang Kedah di utara dekat sempadan ada yang tahu bahasa Thai.
Makanan
Hidangan makanan mereka kebanyakannya bergaram dan masam seperti kobis jeruk, sayur jeruk, daging babi dan ikan kering. Minuman biasa seperti "teh minyak", iaitu daun teh digoreng dalam minyak dengan bertih beras kemudian direneh dan diminum semasa makan kacang atau kuih beras.
Sejarah
Prasejarah
Sementara sarjana Cina mengelaskan bahasa-bahasa cabang "Zhuang-Dong" dalam kelompok keluarga bahasa Sino-Tibet, pakar linguistik lain pula mengasingkan bahasa-bahasa Tai sebagai bahasa terasing. Kelompok bahasa lain yang dikaitkan dengan bahasa orang asli China ini adalah bahasa Austronesia, yang tersebar dari Taiwan selepas perpindahan dari tanah besar. Namun, hipotesis Austro-Thai yang menyatukan kelompok penutur bahasa-bahasa itu kini disokong oleh beberapa sarjana.
Bukti genetik pula menunjukkan bahawa bangsa Zhuang mempunyai kekerapan Haplo Kelompok O2 yang tinggi dengan kebanyakan mereka mempunyai subclade O2a sebagai penanda dominan. Penanda ini dikongsi juga dengan orang Austroasia (jenis Senoi atau Mon-Khmer), sedang sebahagian O2 lagi dipunyai subclade O2a1. Orang Zhuang juga mempunyai kekerapan O1 yang tinggi mengaitkan mereka dengan kelompok Austronesia (jenis Melayu dan lain-lain) cuma kadar O1 mereka lebih rendah daripada O2a tetapi tinggi sedikit daripada O2a1. Haplo kelompok O2 orang asli Taiwan pula hampir-hampir hilang tetapi memaparkan kekerapan tinggi O1.
Keadaan ini memaparkan bahawa selepas pemisahan Tai dan Austronesia, penutur Tai-Kradai kemudian menyerap hampir semua kelompok Austroasia (Senoi) ke dalam kependudukan mereka.
Empayar China
Orang Zhuang merupakan penduduk asli di wilayah Guangxi. Mereka boleh dikesan wujud sejak zaman Paleolitik lagi di Selatan China dengan berdasarkan penemuan arkeologi.
Rekod sejarah awal sejauh ini ditemui dalam Lukisan Batu Gunung Hua, bertarikh dari zaman Negara Berperang 475-221 SM dalam sejarah Cina.
Dokumen sejarah Cina sedikit sangat menceritakan tentang kehidupan primitif orang Zhuang di rantau Guangxi. Orang Cina cuma merujuk kepada tanah-tanah di selatan sungai Yangtze sebagai Bai Yue (Bac Viet) atau Ratusan Yue. Maharaja Qin Shihuang pernah menakluki sampai ke selatan China menurut kepada Rekod Sejarawan Agung, Sima Qian. Penembusan pertama yang berlaku di selatan Nanling didapati membawa bencana, dengan panglima Tu Sui kalah perang sekitar 218 SM, namun jurutera Shi Lu berjaya menyiapkan pembinaan Terusan Ling yang menghubungkan Sungai Xiang dan Sungai Li.
Menjelang 214 SM, Zhao Tuo dan Ren Xiao kembali dan menenangkan Lembangan Barat Yue, membuka wilayah Guangxi dan negeri selatan kepada ratusan ribu pendatang Cina dari utara. Kejatuhan dinasti Qin sedekad kemudian menyebabkan panglima Zhao Tuo (Triệu Đà) iaitu seorang pengeluar turus perintah Nanhai membuka sebuah negara berpusat di Panyu (Guangzhou), dikenali sebagai Nan Yue (Viet Nam). Pemerintahan dinasti Zhao bersilih ganti dikawal oleh dinasti Han dan ada masa bebas pula. Kerajaan ini meluaskan jajahannya dan meneruskan proses mencinakan orang asli bawah dasar "Mengharmonikan dan Mengumpul Bac Viet" sampai kejatuhannya pada 111 SM.
Dinasti Han mengurangkan kuasa pemerintah wilayah dan membuka kem tentera di Guilin, Wuzhou dan Yulin. Pemberontakan dipimpin oleh saudari Trưng berjaya dipatahkan panglima Ma Yuan (Mã Viện) yang dilaporkan membantu mengamankan selatan China menerusi pembaikan semula sistem saliran dan perundangan dinasti Han. Usaha ini tak bertahan lama sebab suku kaum Yao dari Changsha berpindah masuk ke Guangxi dan menghuru-harakan keadaan.
Dalam zaman dinasti Tang, suku kaum Zhuang mula menyokong kerajaan Tadi di Nanzhao di wilayah Yunnan. Negara Nanzhao berjaya menangkis serangan tentera penjajah Cina dalam 751 dan 754 M. Wilayah Guangxi terbahagi dua menjadi rantau kependudukan Zhuang sebelah barat Nanning dan rantau kependudukan Cina di timur Nanning. Selepas kejatuhan Nanzhao, Liu Yan mengasaskan negara Nanhan di Guangdong. Walaupun negara Nanhan berjaya mengawal bangsa Zhuang serba sedikit namun negara itu tak aman. Ia dijajah oleh dinasti Song pula pada 971 M.
Disebabkan tak tahan diganggu oleh dinasti Song dan Jiaozhi (Kuchi, Giao Chỉ, Cochinchina) dari Hanoi, pemimpin bangsa Zhuang, Nong Zhigao melancarkan pemberontakan pada 1052. Kerajaan mereka bertahan sekejap saja apabila panglima Di Qing memulangkan semula Guangxi menjadi jajahan China.
Dinasti Yuan menguasai rantau Songnan berikutan Peperangan Yamen pada 1279. Kemudian menakluki negeri Dali yang sebelum itu bebas saja di Yunnan. Berbanding dengan memerintah Lingnan sebagai rantau jajahan tetapi menjadikannya sebagai wilayah tersendiri. Namun kemasukan suku kaum Miao dari Guizhou dan Hunan menyebabkan rantau itu bergolak.
Rantau Guangxi sering bergolak, menyebabkan dinasti Ming mengambil kesempatan menggunakan puak-puak berbeza berperang sesama sendiri. Pertempuran paling berdarah sekali terja di Cenuram Rattan Besar apabila puak Zhuang menyerang puak Yao pada 1465, dengan 20,000 kematian dilaporkan.
Dinasti Qing tak pernah mengacau Guangxi sampai tahun 1726 apabila Beijing menundukkan Guangxi bawah pemerintahan terus. Pada kurun ke-19 M, Guangxi masih lagi bergolak. Pemberontakan kaum Yao meletus pada 1831 diikuti Pemberontakan Taiping 1850. Hukuman dikenakan kepada St. Auguste Chapdelaine oleh pegawai tempatan mencetuskan Perang Candu II 1858 dan campur tangan Perancis dalam urusan wilayah itu.
Walaupun Brière de l'Isle tak mampu menakluki depohnya di Longzhou, tentera wilayah Guangxi menyaksikan pertempuran hebat juga pada 1884 dalam Perang Perancis-Cina. Sebab Perancis pun tak kuat di Vietnam, maka senang saja Guangxi menghalau Perancis keluar dalam Perang Laluan Zhennan.
Zaman Moden
Berikutan Kebangkitan Wuchang, Guangxi terlepas dari empayar China bawah dinasti Qing pada 6 Nov 1911. Gabenor dinasti Qing bagi Guangxi, Shen Bingdan, awalnya kekal menjadi gabenor di situ. Tetapi berlaku rampasan kuasa oleh panglima Lu Rongting dan gabenor Shen dilucutkan jawatan.
Kumpulan panglima Guangxi melanggar wilayah Hunan dan Guangdong dan membantu wilayah selatan China daripada dilanggar Yuan Shikai. Kesetiaan suku kaum Zhuang menjadikan tentera pimpinan panglima Lu kukuh cuma mereka tidak mahu melintasi sempadan wilayah mereka saja.

Artikel menarik! Berbagi artikel tentang Suku Dong penggemar bernyanyi di http://stenote-berkata.blogspot.com/2017/12/suku-dong-penggemar-bernyanyi.html
ReplyDeleteLiat juga video di Youtube di : https://youtu.be/2GWQc1Aq3WE