Orang Han ini merupakan etnik China yang terbesar sekali dan bahasa mereka digunakan sebagai bahasa kebangsaan di China dan Taiwan serta merupakan salah satu bahasa kebangsaan di Singapura dengan pelbagai jenis loghatnya. Di Malaysia, kerajaan mempunyai peruntukan bagi sekolah jenis kebangsaan Cina untuk ahli masyarakat Malaysia yang berbahasa dan berketurunan Cina. Tamadun Cina dipanggil sebagai Huaxia menurut kepada kesusasteraan Cina lama.
Menurut kepada Liu Xuediao (2005) dalam 中國文化史講稿 Zhung Guo Wenhua Shi Jianggao memetik Zuo Zhuan yang mencatatkan bahawa, perkataan 夏 xia ini membawa maksud agung dan digunakan bagi merujuk kepada tatacara beradab dalam upacara orang Cina. Manakala perkataan 華 hua membawa maksud gemilang yang merujuk kepada pakaian yang cantik dipakai orang Cina. Apabila dua perkataan ini digabungkan maknanya ia merujuk kepada sebuah masyarakat yang bertamadun.
Istilah Rujukan
Dalam makna sebenarnya, Huaxia merujuk kepada gabungan puak-puak manusia purba yang bertempat tinggal di sepanjang Sungai Hwang Ho atau Sungai Kuning. Mereka ini kemudian menjadi nenek moyang yang menurunkan keturunan Han atau orang Cina hari ini. Semasa zaman Peperangan antara Negara (475-221 SM), kesedaran jati diri Huaxia sudah berkembang dan bertapak di China purba. Awalnya, istilah Huaxia ini cuma ditakrifkan sebagai masyarakat bertamadun yang berbeza dan berlawanan dengan perkara yang dipandang sebagai tak bertamadun di sekeliling mereka kerana tidak menurut cara mereka.
Pada zaman moden, istilah ini selalunya digunakan terpisah tulisan ideogramnya itu bagi mewakili perkara yang berbau kecinaan. Nama rasmi bagi Republik Rakyat China dan juga Republik China ada menggunakan karakter Cina Hua dan Xia yang digabungkan dengan istilah 中國 Zhungguo iaitu 中華 Zhung Hua atau Tiong Hua dalam bahasa Cina Hokkien. Republik China itu merujuk kepada Taiwan sedangkan Republik Rakyat China merujuk kepada Tanah Besar China. Tanah Besar China memakai nama 中華人民共和國 Zhunghua Renmin Gunghe Guo manakala Taiwan memakai nama 中華民國 Zhunghua Min Guo.
Hari ini, istilah Zhung Guo selalu merujuk kepada negara bangsa China sedangkan istilah Zhunghua atau Tionghua merujuk kepada tamadun Cina. Kata Hua itu menjadi hampir setara dengan pengertian tamadun Cina. Karakter Hua pun selalu digunakan bagi merujuk orang yang beretnik Cina dalam istilah 華人 Hua Ren dan orang Cina Seberang Laut seperti di Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia, Kemboja, Amerika Syarikat dan sebagai dengan panggilan 華僑 Hua Qiao. Orang Cina di seberang laut di Asia Tenggara kebanyakannya berketurunan orang China Selatan. Jadi mereka turut mempunyai perkaitan dengan bangsa Barbarian selatan China yang bukan keturunan Han.
Asal-Usul
Orang Cina merujuk diri mereka sebagai anak cucu kepada maharaja Yan dan maharaja Hwang. Kedua-dua mereka ini merupakan ketua puak etnik Yanhwang di China purba yang berdiam di lembangan Sungai Kuning. Maharaja Yan berbakat dalam pertanian sampai pertanian berkembang dalam kalangan puaknya sedangkan maharaja Hwang pula mencetuskan banyak jenis rekaan dan akhirnya mencetuskan tamadun asas bagi tamadun Cina hari ini.
Maharaja Huang dan maharaja Yan ini disebut dalam sastera Cina lama sebagai manusia purba di lembangan Sungai Kuning. Mereka dianggap sebagai nenek moyang sedarah daging dengan orang Cina hari ini walaupun tiada bukti arkeologi membuktikan dakwaan tersebut. Pahaman tradisional Cina menyebut bahawa maharaja di bumi itu adalah anak kayangan berdasarkan pepatah purba, "Mengasuh negara China tetapi juga memukul bangsa liar di empat penjuru". Anak kayangan bukan sahaja menjadi pemimpin negara China tetapi juga menjadi pemimpin bangsa liar di empat penjuru.
Catitan sejarah China menyebut, "Maharaja Hwang di tengah, sedangkan bangsa liar empat arah itu melayani maharaja". Maksudnya mungkin orang-orang yang dianggap liar dan tak bertamadun itu dijadikan hamba rakyat maharaja Hwang. Kemudian, tak mengira sama ada bangsa Yu, bangsa Zhou, bangsa Shang dan bangsa Xia dalam persekutuan bangsa Huaxia; begitu juga bangsa yang dianggap liar di empat arah mata angin iaitu bangsa Yi, bangsa Man, bangsa Rong dan bangsa Di menganggap maharaja Hwang sebagai nenek moyang atau datuk tertinggi menggelarkan diri mereka sendiri sebagai anak cucu Hwang Yan atau keturunan Yan Hwang.
Sebagai tambahan juga daripada bangsa Han, bangsa di luar lembangan tengah pun banyak membangsakan diri mereka sebagai keturunan orang-orang yang diketuai dan diperintah oleh Yan Hwang itu. Beberapa bahagian dalam empayar China dan beberapa dinasti di kepulauan Jepun pun ada memuja papan nama maharaja Yan dan maharaja Hwang di papan senarai salasilah diraja mereka.
Sebagai tambahan juga daripada bangsa Han, bangsa di luar lembangan tengah pun banyak membangsakan diri mereka sebagai keturunan orang-orang yang diketuai dan diperintah oleh Yan Hwang itu. Beberapa bahagian dalam empayar China dan beberapa dinasti di kepulauan Jepun pun ada memuja papan nama maharaja Yan dan maharaja Hwang di papan senarai salasilah diraja mereka.
Budaya Huaxia, Maharaja Yan serta Maharaja Hwang
Dalam sastera dan lagenda China purba itu, maharaja Yan dan Hwang itu kedua-duanya dipandang sebagai nenek moyang mula. Maharaja Yan dan Hwang kemudian membawa puak masing-masing bersatu membentuk menjadi bangsa Huaxia. Semasa zaman dinasti Han kemudian dipanggil bangsa Huaxia sebagai bangsa Han dan semasa zaman dinasti Tang pula disebut bangsa Huaxia menjadi bangsa Tang.
Kedua-dua mereka ini dikenali sebagai pengasas kesenian dan kebudayaan Cina. Lagenda amenyebut bahawa mereka bersama dengan menteri-menteri merekacipta ciptaan-ciptaan budaya yang penting dan bertahan melalui zaman. Dari segi pertanian, maharaja Yan mencipta peralatan dan juga teknik-teknik seni bertani. Bagi seni perubatan pula, maharaja Hwang pula mencipta seni akupunktur serta mewarisi seni perubatan tradisional herba Cina daripada dewa Pertanian, Shen Nong. Buku warisan perubatan tradisional Cina antaranya adalah Zhenjiu Jiayi Jing, Ming Tang Zhenjiu Tu, Hwangdi Nei Jing, dan Hwangdi Zhenjiu Hama Ji. Maharaja Hwang juga membuat kasut rajut daripada rumput untuk menteri-menteri nya.
Lebih mendalam lagi, maharaja Hwang dianggap sebagai punca kebudayaan Cina, dan teknologi mereka seperti diterangkan dalam sastera lagenda mereka, "Sebelum maharaja Hwang itu, tiada rumah langsung. Maharaja membuat rumah, membuat pakaian, membuat khemah bumbung majlis pengebumian orang meninggal sampai memudahkan orang ramai". Luozu mencipta teknik membela ulat sutera dan tenunan, Cangjie mencipta tulisan, maharaja Hwang mencipta roda manakala Ling Lun mencipta bunyian. Ahli arkeologi menyebut bahawa tiada bukti arkeologi berkenaan penciptaan bahan-bahan ini yang datang daripada tokoh-tokoh ini namun mereka pun tak ada sebab juga untuk menafikan semua bahan-bahan bukan kerja tokoh-tokoh tersebut.
No comments:
Post a Comment