Perayaan Songkran di bandar Ruili di wilayah Yunnan, China |
Lama nya saya tak singgah ke sini. Saya hampir mencetak keluar tesis saya lah. Rasa agak senang hati dan boleh tidur dengan agak lelap sedikit. Pada pagi ini, saya cuma menempelkan maklumat tentang etnik minoriti di wilayah selatan dalam negara China iaitu wilayah Yunnan. Selain berbahasa Cina, saya boleh juga bertutur bahasa Thai dialek selatan kerana negeri saya dekat dengan negara Thai. Kalau sebut datang dari Kedah utamanya Utara negeri Kedah, memang terasa malu jika tak reti berbahasa Thai atau berbahasa Siam. Tidak mengira keturunan atau berbangsa apa pun, kalau di Utara negeri Kedah bahasa Thai memang satu yang secara tak rasmi diperolehi dari pergaulan.
Yang saya hendak khabarkan di sini, bahasa Thai dan bahasa Dai di wilayah Yunnan sebenarnya hampir sama sahaja. Kalau mereka di selatan China itu bertutur, saya masih boleh faham dalam 50 peratus percakapan mereka. Yang saya pernah berjumpa, saya tak pernah cuba bertutur bahasa Thai pun dengan mereka. Saya cuma gunakan bahasa Cina sahaja. Tapi ada juga kaum bukit Thailand dan juga orang Thai Utara yang menggunakan bahasa Cina apabila bersembang dengan saya walaupun saya tahu bahasa Thai. Saya ada saudara berketurunan Thai dan juga Cina sama ada yang Muslim atau bukan Muslim.
Istilah Tai dan Dai
Orang Dai merupakan pesawah yang tinggal di perbatasan Barat Daya negara China. Nama Dai ini digunakan secara resmi nya sejak tahun 1953 untuk menggantikan istilah Tai atau Thai. Tai Nua atau Thai Utara merupakan antara kelompok etnik yang tinggal di wilayah daerah Xishuangbanna dan daerah autonomi Dehong Dai dan Jingpo dalam wilayah Yunnan di negara China. Istilah Dai ini boleh juga merujuk kepada kelompok etnik yang bertutur dalam bahasa yang sama di Laos, Vietnam, Thailand dan Myanmar apabila ia merujuk kepada Tai Lue atau Tai Bawah atau pun etnik Shan di Myanmar.
Ada kawan-kawan saya di Thailand utamanya yang berasal dari Utara, Tengah dan Timur Laut berprasangka bahawa negara China sengaja mengubah sebutan dan ejaan Tai itu menjadi Dai demi memutuskan hubungan persaudaraan antara yang di Thailand dan di China kerana beberapa masalah hubungan diplomatik antara kedua-dua negara. Saya pun kurang pasti lah saya bukan rakyat Thailand atau rakyat China. Sejarah negara China dan Thailand pun bukannya mudah hendak difahami dan rumit.
Ada kawan-kawan saya di Thailand utamanya yang berasal dari Utara, Tengah dan Timur Laut berprasangka bahawa negara China sengaja mengubah sebutan dan ejaan Tai itu menjadi Dai demi memutuskan hubungan persaudaraan antara yang di Thailand dan di China kerana beberapa masalah hubungan diplomatik antara kedua-dua negara. Saya pun kurang pasti lah saya bukan rakyat Thailand atau rakyat China. Sejarah negara China dan Thailand pun bukannya mudah hendak difahami dan rumit.
Orang Dai merupakan antara 56 etnik yang diiktiraf secara resmi oleh Republik Rakyat China dan sangat berkaitan dengan orang Lao di Laos dan etnik Tai di negara Thailand. Pada asalnya, orang Tai atau Dai tinggal sebagai satu entiti dalam wilayah Yunnan moden sehingga lah terjadi kekacauan politik dan peperangan di utara pada penghujung dinasti Tang dan dinasti Song. Hal ini menyebabkan orang-orang asli nomad setengah nya terpaksa berpindah ke selatan dalam wilayah negara Laos dan Thailand moden.
Walaupun diiktiraf sebagai satu jenis etnik oleh negara China, tetapi orang Tai sebenarnya mempunyai budaya bahasa dan kumpulan yang berbeza-beza. Ada dua jenis bahasa utama orang Dai iaitu bahasa Dai Lu dituturkan oleh etnik Tai Nua dan Dai Nua yang dituturkan oleh etnik Tai Dehong. Tulisan mereka ada dua jenis juga iaitu Tai Pong dan Tai Dam. Bahasa Tai di wilayah Yunnan dalam negara China bersaudara dengan bahasa Thai, bahasa Lao dan bahasa Zhuang yang semuanya digolongkan dalam keluarga bahasa Tai-Kradai. Ada banyak jenis loghat bahasa Tai dituturkan dari wilayah Assam di Timur Laut India sehingga ke Taiwan dan wilayah Shanxi dalam negara China mengunjur sampai ke wilayah negara orang Melayu di selatan Thailand.
Orang Tai ada yang beragama tradisional yang menyembah kepada pi fah atau roh langit dan ada yang menganut ajaran Buddha aliran Theravada seperti di Thailand, Myanmar dan Laos. Mereka merayakan perayaan Songkran sama seperti di Thailand, Myanmar, Kemboja dan Laos.
Kawasan Taburan Etnik Tai
Kawasan asal etnik Tai Lu termasuk lah dua-dua tebing Sungai Mekong di Sipsongpanna. Menurut mereka, suatu ketika dahulu di sana ada lima negara kota orang Tai yang terletak di sebelah tebing timur dan enam negara kota lagi di sebelah tebing barat Sungai Mekong dengan Jinghong membentuk 12 pecahan sawah padi dengan semua 12 sawah ini mempunyai 32 wilayah-wilayah kecil lain iaitu:
Tebing Barat Sungai Mekong:
Rung, Ha, Sae, Lu, Ong, Luang, Hun, Phan, Chiang, Choeng, Hai, Chiang Lo dan Mang.
Rung, Ha, Sae, Lu, Ong, Luang, Hun, Phan, Chiang, Choeng, Hai, Chiang Lo dan Mang.
Tebing Timur Sungai Mekong:
La, Bang, Hing, Pang, La, Wang, Phong, Yuen, Bang, dan Chieng Thong yang kini terletak dalam wilayah Luang Prabang di Laos.
La, Bang, Hing, Pang, La, Wang, Phong, Yuen, Bang, dan Chieng Thong yang kini terletak dalam wilayah Luang Prabang di Laos.
Setengah lagi bahagian daripada masyarakat Tai Lue berpindah secara sukarela keluar atau pun secara paksa dari semua negara kota yang tersebut ity antara 1000 ke 2000 tahun yang lampau. Mereka tiba dan menetap di Myanmar, Laos, India dan Thailand sampai ke Utara Malaysia pun.
Orang Tai Lu di Luar China
Wilayah orang Tai Lu di luar negara China ada terletak dalam wilayah Utara negara Thailand. Kerajaan lama mereka dikenali sebagai kerajaan Lanna atau Jutaan Sawah Padi di bawah perintah raja nya, raja Mengrai telah menakluki juga wilayah orang asli Thailand, iaitu etnik Mon di Lamphun dan Lampang yang lebih ke selatan selain menyerap budaya mereka. Wilayah orang Tai di Thailand antaranya:
Chiangrai:
Mae Sai, Chiang Khong dan daerah-daerah dalam Chiang Saen sebab setengah orang Tai lari ke Chiang Rung apabila pecah nya perang antara Siam (dinasti Sri Ayuttaya) dengan Burma.
Mae Sai, Chiang Khong dan daerah-daerah dalam Chiang Saen sebab setengah orang Tai lari ke Chiang Rung apabila pecah nya perang antara Siam (dinasti Sri Ayuttaya) dengan Burma.
Chiangmai:
Samoeng dan daerah-daerah di Doi Saket.
Samoeng dan daerah-daerah di Doi Saket.
Nan:
Tha Wangpha, Pua, Chiang Glang dan daerah-daerah dalam Thung Chang. Dalam daerah Thung Chang, ramai nya lari dari Saiyaburi dan Sipsongpanna di China.
Phayao:
Chiang Muan dan Chiang Kham.
Chiang Muan dan Chiang Kham.
Lampang:
Muang Lampang dan daerah Mae Tha.
Muang Lampang dan daerah Mae Tha.
Lamphun:
Muang Lamphun dan daerah Ban Thi.
Muang Lamphun dan daerah Ban Thi.
No comments:
Post a Comment