Saturday 22 December 2012

Teori Realisme

Assalaamu'alaikum wa rahmatullah!

Buku tentang Teori Realisme

Apa khabar rakan-rakan sekelian? Saya dah hantar draf terakhir tesis saya. Sama ada saya akan diluluskan atau sebaliknya itu bergantung kepada belas kasihan Allah Ta'ala ke atas saya. Saya belajar pun tanpa sebarang biaya kerajaan mahupun biaya pinjaman kerajaan. Saya ditanggung sepenuhnya dari segi pengajian sama penginapan asrama oleh ibu dan bapa saya serta menggunakan wang simpanan saya yang tak seberapa. Saya sudah tak kisah lagi. Banyak sekali perkara terjadi dan ada yang sempat saya catatkan dalam bahagian blog yang lain. Saya malas nak campurkan jadi saya terpaksa lah menjaga banyak blog, hahaha. 

Bahagian blog-blog ini sahaja saya perbuat demi ajaran Islam dan perkembangan pengetahuan am rakan-rakan saya menerusi cara berhibur dengan kelas bahasa, hahaha. Erm, nak ambil derma bagi maintenance pun tak boleh sebab saya cuma dibenarkan mengambil derma dari sebangsa dan dah tentunya saya tak tahu siapa yang sebangsa walaupun ada setengahnya yang memakai gelaran yang pelik-pelik semata-mata nak membezakan diri dengan orang Melayu yang bukan peranakan. Bukan lah hendak bersikap assabiyah tetapi ia disebabkan oleh pesanan rasulullah s.a.w terhadap nenek moyang perempuan. 

Saya cuma nak menyuarakan bahawa saya rasa lega sekali selepas memadamkan akaun facebook yang baru saya buka semasa saya berada di asrama saya di Universiti Sains Malaysia, hohoho! Malas lah saya hendak mencapab (cari publisiti) dalam laman sosial dan baru-baru ini pun keluar pula berita tentang amukan di sebuah institusi di Amerika Serikat disebabkan oleh laman sosial. Saya akan menggunakan blog sahaja sebagai wahana penyampaian pemikiran saya walaupun saya tak berminat sangat nak menulis panjang-panjang, hehehe. Rakan sekelas saya dan rakan baik saya, saudari Ong ada mengatakan kepada saya tak perlu tutup pun akaun tetapi saya dah tutup saya tak akan mudah-mudahnya kembali. Saya cuma rasa rendah diri dan tak mahu lagi benda-benda dari pemikiran luaran atau dalaman saya terlepas kepada rakan-rakan baru saya kenali di musalla Tekun semasa belajar di peringkat postgraduate. Harap mereka tak membaca ke bahagian ni, haha. 

Urmmm, saya tak tahu nak beri ayat apa untuk rakan-rakan saya ya. Mungkin saya boleh ketengahkan teori realisme dalam sains atau ilmu kemasyarakatan yang pernah dipelajari. Takut lupa saja walaupun saya tak akan menyertai mana-mana parti politik. Jadi elok saya kongsi saja. Nanti kawan-kawan saya boleh lah menggunakannya untuk membingkaikan pandangan dunia dan politik kawan-kawan dalam bahasa Cina.

Sebentuk Ayat
  
我們讀過了現實主義吧。每個人都是這惡劣的啊...
Women duguo le xianshi zhuyi ba. Mei ge ren dou shi zheme elie ar...
Kita telah belajar tentang realisme lah. Setiap orang itu adalah hina jahat (mementingkan diri) lah...
 
Perbendaharaan Kata

我們 women kami, kita
讀過 duguo telah pelajari
現實主義 xianshi zhuyi teori realisme
每個人 mei ge ren setiap orang
都是 doushi pun
這麼 zheme sangat
惡劣 e lie jahat, keji
de punya

Sebenarnya ayat ini berasal dari perbualan saya dengan seorang rakan tentang kawan-kawan yang berkawan dengan kita sebab mereka bukannya ikhlas hendak berkawan. Sebaliknya mereka berkawan dengan kita disebabkan oleh sikap mengetengahkan diri mereka atau mereka menganggap diri mereka penting. Saya pernah menganuti ajaran Buddha dan mengamalkannya beberapa ketika sebelum saya membuat keputusan menganut ajaran Islam yang dianuti seluruh ahli keluarga dan nenek moyang saya ketika saya berusia 17 tahun kerana saya membuat penilaian berdasarkan kepada lima deria dan berada dalam tempoh pengajian tentang dunia dan akhirat. 

Perkara ini ada disebut dalam puisi tikaman cakera tajam berpulang oleh seorang sami Buddha berbangsa Melayu di Bukit Seguntang Mahameru di Palembang pada abad ke-10 masehi. beliau menyebut bahawa hal begini akan menghasilkan putaran ganas yang menyebabkan kesengsaraan kembali kepada diri kita kerana ia adalah sejenis dosa. Selepas rakan saya mengingatkan saya tentang teori realisme, saya terus teringat akan puisi purba tersebut. Teori realisme menyebut tentang sikap mementingkan diri sendiri orang ramai dalam pentas politik dunia demi survival masing-masing. Kalau berbuat baik dengan rakan, sebab awak ingin memenuhi kepentingan peribadi awak. Bukannya awak memang ikhlas dengan kawan awak. Maksudnya lebih kurang begitu lah. Awak boleh melihat kepada ahli politik utamanya di negara kita dan lihat bagaimana kelakuan mereka, hahahaa.  

Saya memadamkan akaun jaringan sosial saya disebabkan oleh perasaan tidak ingin menganggap diri saya penting walaupun tiada siapa peduli pun sebenarnya. Saya tak perlu rakan-rakan pun, sebab rakan saya Yang Maha Esa dan Maha Tinggi sentiasa temankan saya. Dengan beriman kepada Nya, maka saya beroleh teman sejati yang tak akan memperguna saya untuk matlamat duniawi mereka : )

Harap saudara-saudari saya terhibur dengan pembelajaran bahasa Cina. Saya menyokong anda semua untuk jalan dakwah. Belajar bahasa Cina rajin-rajin. Tak menyertai kelas berbayar pun tak apa. Awak semua masih boleh belajar dari persekitaran. Ia lebih baik daripada awak masuk kelas dan risau dengan peperiksaan atau ujian tetapi awak semua tak mendapat sebarang manfaat pun. Ramai rakan saya yang ambil minor bahasa Cina semasa ijazah pertama langsung tak pandai berbahasa Cina sebab mereka meniru dalam bilik ujian lalu mereka tak belajar apa-apa pun. Hal ini sangat mengejutkan saya.      

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...