Orang Tibet merupakan penduduk bumiputera di negeri Tibet. Mereka berjumlah kira-kira 6.5 juta penduduk tidak termasuk yang menjadi pelarian di luar seperti di India, Nepal, dan Bhutan. Mereka merupakan bumiputera yang diiktiraf di Republik Rakyat China (PRC) dengan rujukan etnik 藏族 Zhangzu.
Mereka bertutur bahasa-bahasa Tibet jenis bahasa Tibeto-Burma, dan mereka pun saling tak memahami. Kisah nenek moyang mereka boleh dibaca dalam lagenda Pha Trelgen Changchup Sempa (Bodhisatva Bapa Monyet Tua) dan Ma Drag Sinmo (Yakshini Ibu Batu). Mereka mengamalkan ajaran Buddha aliran Vajrayana mengikut tradisi Tibet serta sesetengah lagi mengikut fahaman Bön. Buddhisme mempengaruhi kesenian Tibet, seni lakon pentas dan rekabentuk bangunan mereka. Bentuk muka bumi mereka yang kering, sejuk dan ganas itu membentuk kebudayaan, pemakanan serta teknik perubatan mereka tersendiri.
Kependudukan
China
Dakwaan CTA bahawa bilangan orang Tibet sudah berkurang sebanyak 5.4 juta orang daripada 6.3 juta orang pada 1959. Pemerintah Republik Rakyat China (PRC) pula mendakwa penduduk bangsa Tibet yang berjumlah 5.4 juta orang itu sebenarnya peningkatan dari 2.7 juta orang semenjak 1954. Namun begitu, persoalan ini bergantung kepada takrif dan sempadan Tibet itu sendiri. Dakwaan CTA itu melibatkan sempadan lebih luas dan China pula melibatkan sempadan kecil. Selain itu, pentadbiran Tibet tida mengira banci rasmi wilayahnya dalam tahun 1950-an. Jumlah yang diberi mereka itu lebih berdasarkan kepada "tekaan bermaklumat".
Populasi Tibet bertambah itu dikaitkan dengan peningkatan kualiti kesihatan dan gaya hidup penduduk Tibet sendiri sejak mula pembaharuan bawah pentadbiran China. Menurut sumber China, kadar kematian ibu pada saat kelahiran bayi menurun dari 5000 per 100,000 pada 1951 ke 174.78 per 100,000 pada 2010. Kadar kematian bayi pun menurun dari 430:1000 pada 1951 ke 20.69:1000 pada 2010. Purata jangka hayat orang Tibet meningkat dari 35.5 tahun pada 1951 ke melebihi 67 tahun menjelang 2010. Kematian bayi di China keseluruhannya diperkadar rasmi kepada 14:1000 pada 2010.
Bahasa
Mereka mempunyai banyak loghat selain rumpun mereka pun besar. Terdapat juga etnik jenis Tibet di Himachal Pradesh di India, Bhutan, di Ladakh-Kashmir, dan di Pakistan. Begitu juga orang Burma-Pyu di Myanmar. Mereka bukan orang wilayah Tibet di China tetapi cuma serumpun. Sama seperti bahasa Cina, mereka pun saling tidak memahami jika loghat berlainan.
Loghat di Tibet
Mereka tidak semestinya bermuka seperti orang Cina-Jepun. Kajian terbaru menunjukkan kebolehan metabolisme orang di Tibet untuk berfungsi seperti biasa di lapisan atmosfera yang kurang oksigen di paras 4,400 m atau 14,400 kaki dari aras laut. Walaupun hidup di altitud tinggi serta oksigen kurang dalam darah, namun mereka mempunyai 10 kali lebih oksida nitrik dalam darah dan dua kali ganda aliran darah berbanding orang tanah rendah.
Nitrik oksida menyebabkan saluran darah membesar dan membolehkan aliran darah lancar ke tahap maksimum. Ia membantu penyerapan oksigen di tisu badan. Faedah fisiologi begini turut dikaitkan dengan mutasi genetik EPAS1 dalam kalangan orang Tibet.
Asal-Usul
Genetik
Pada 2010, satu kajian kepelbagaian genetik orang Tibet menunjukkan bahawa genetik orang Tibet boleh jadi sudah terpecah dari genetik orang Han sekitar 3000 tahun lampau. Namun, terdapat kemungkinan juga bahawa terdapat penempatan awal manusia di Tibet dan mereka itu mungkin juga menyumbang kepada kolam genetik orang Tibet moden. Seterusnya, perlu juga kepada bidang antropologi dan genetik untuk mengenalpasti sejarah pendudukan manusia di Tibet.
Pembahagian haplo-kelompok D-M174 ditemui juga dalam hampir seluruh penduduk di Asia Tengah dan Asia Timur Laut, sempadan dengan selatan Russia, walaupun dengan kekerapan umum rendah sekitar 2% atau lebih. Peningkatan kekerapan genetik D-M174 ini berlaku pada penduduk di dataran Qinghai-Tibet di Barat Republik Rakyat China. Kod genetik ini turut tinggi kekerapannya dalam kalangan orang Jepun, tetapi berkurangan sehingga rendah terus di Korea dan China sebenar yang terletak antara Jepun dan Tibet.
Dakwaan bahawa etnik Navajo di AS sebagai berhubungan dengan bangsa Tibet itu belum ditemui lagi buktinya dalam pengajian genetik. Satu kajian genetik terbaru, menunjukkan bahawa kromosom-Y orang Tibet mempunyai pelbagai asal keturunan. Satu dari Asia Tengah, sementara satu lagi Asia Timur.
Sumber India
Sumber India kuno seperti Mahabharata merujuk China dengan rujukan Paramachina. Tibet pula dirujuk sebagai Mahachina. China pula kemungkinan merujuk kepada penduduk di Tibet Barat dekat Ladakh-Gilgit dan Baltistan di Kashmir.
Kependudukan
China
- Rantau Autonomi Tibet dan Daerah Autonomi Tibet seramai 6.2 juta orang mengikut banci 2010.
- Dokumen Etnologi SIL (2009), 189,000 penutur bahasa Tibet di India.
- Seramai 5280 orang di Nepal.
- Seramai 4,800 di Bhutan.
Dakwaan CTA bahawa bilangan orang Tibet sudah berkurang sebanyak 5.4 juta orang daripada 6.3 juta orang pada 1959. Pemerintah Republik Rakyat China (PRC) pula mendakwa penduduk bangsa Tibet yang berjumlah 5.4 juta orang itu sebenarnya peningkatan dari 2.7 juta orang semenjak 1954. Namun begitu, persoalan ini bergantung kepada takrif dan sempadan Tibet itu sendiri. Dakwaan CTA itu melibatkan sempadan lebih luas dan China pula melibatkan sempadan kecil. Selain itu, pentadbiran Tibet tida mengira banci rasmi wilayahnya dalam tahun 1950-an. Jumlah yang diberi mereka itu lebih berdasarkan kepada "tekaan bermaklumat".
Populasi Tibet bertambah itu dikaitkan dengan peningkatan kualiti kesihatan dan gaya hidup penduduk Tibet sendiri sejak mula pembaharuan bawah pentadbiran China. Menurut sumber China, kadar kematian ibu pada saat kelahiran bayi menurun dari 5000 per 100,000 pada 1951 ke 174.78 per 100,000 pada 2010. Kadar kematian bayi pun menurun dari 430:1000 pada 1951 ke 20.69:1000 pada 2010. Purata jangka hayat orang Tibet meningkat dari 35.5 tahun pada 1951 ke melebihi 67 tahun menjelang 2010. Kematian bayi di China keseluruhannya diperkadar rasmi kepada 14:1000 pada 2010.
Bahasa
Mereka mempunyai banyak loghat selain rumpun mereka pun besar. Terdapat juga etnik jenis Tibet di Himachal Pradesh di India, Bhutan, di Ladakh-Kashmir, dan di Pakistan. Begitu juga orang Burma-Pyu di Myanmar. Mereka bukan orang wilayah Tibet di China tetapi cuma serumpun. Sama seperti bahasa Cina, mereka pun saling tidak memahami jika loghat berlainan.
Loghat di Tibet
- Bahasa Khampa.
- Bahasa Amdo.
- Bahasa Lhasa.
- Bahasa Baltistan.
- Bahasa Dzongkha
- Bahasa Brokkat.
- Bahasa Chocangakha.
- Bahasa Layakha.
- Bahasa Khampa.
- Bahasa Sherpa.
- Bahasa Newar.
- Bahasa Monpa.
- Bahasa Tamang.
- Bahasa Lepcha.
- Bahasa Bhotia.
Mereka tidak semestinya bermuka seperti orang Cina-Jepun. Kajian terbaru menunjukkan kebolehan metabolisme orang di Tibet untuk berfungsi seperti biasa di lapisan atmosfera yang kurang oksigen di paras 4,400 m atau 14,400 kaki dari aras laut. Walaupun hidup di altitud tinggi serta oksigen kurang dalam darah, namun mereka mempunyai 10 kali lebih oksida nitrik dalam darah dan dua kali ganda aliran darah berbanding orang tanah rendah.
Nitrik oksida menyebabkan saluran darah membesar dan membolehkan aliran darah lancar ke tahap maksimum. Ia membantu penyerapan oksigen di tisu badan. Faedah fisiologi begini turut dikaitkan dengan mutasi genetik EPAS1 dalam kalangan orang Tibet.
Asal-Usul
Genetik
Pada 2010, satu kajian kepelbagaian genetik orang Tibet menunjukkan bahawa genetik orang Tibet boleh jadi sudah terpecah dari genetik orang Han sekitar 3000 tahun lampau. Namun, terdapat kemungkinan juga bahawa terdapat penempatan awal manusia di Tibet dan mereka itu mungkin juga menyumbang kepada kolam genetik orang Tibet moden. Seterusnya, perlu juga kepada bidang antropologi dan genetik untuk mengenalpasti sejarah pendudukan manusia di Tibet.
Pembahagian haplo-kelompok D-M174 ditemui juga dalam hampir seluruh penduduk di Asia Tengah dan Asia Timur Laut, sempadan dengan selatan Russia, walaupun dengan kekerapan umum rendah sekitar 2% atau lebih. Peningkatan kekerapan genetik D-M174 ini berlaku pada penduduk di dataran Qinghai-Tibet di Barat Republik Rakyat China. Kod genetik ini turut tinggi kekerapannya dalam kalangan orang Jepun, tetapi berkurangan sehingga rendah terus di Korea dan China sebenar yang terletak antara Jepun dan Tibet.
Dakwaan bahawa etnik Navajo di AS sebagai berhubungan dengan bangsa Tibet itu belum ditemui lagi buktinya dalam pengajian genetik. Satu kajian genetik terbaru, menunjukkan bahawa kromosom-Y orang Tibet mempunyai pelbagai asal keturunan. Satu dari Asia Tengah, sementara satu lagi Asia Timur.
Sumber India
Sumber India kuno seperti Mahabharata merujuk China dengan rujukan Paramachina. Tibet pula dirujuk sebagai Mahachina. China pula kemungkinan merujuk kepada penduduk di Tibet Barat dekat Ladakh-Gilgit dan Baltistan di Kashmir.
Agama
Kebanyakan bangsa Tibet mengamalkan ajaran Buddha tradisi Tibet atau tradisi tempatan seperti Bon. Terdapat juga orang Tibet beragama Islam dikenali sebagai orang Kache (Kashmir). Keturunan Tibet di Baltistan dan Kargil di Pakistan dan India pun beragama Islam tetapi mengikut aliran Syiah Imami dan yang di Kargil mengikut tarekat sufi Noorbakshis. Sedikit penduduk Tibet di timur Tibet dan barat daya Yunnan di China mengikut kepada agama Kristian.
Lagenda menyebut, raja Tibet yang ke-28, raja Thothori Nyantsen, bermimpi melihat khazanah suci terjatuh dari langit. Khazanah tersebut mengandungi perca sutra Buddha, mantera dan alat-alat keagamaan. Disebabkan tulisan bahasa Tibet belum tercipta lagi, teks tersebut tidak boleh dicatit dan tiada sesiapa pun mengetahui mengenai isinya. Ajaran Buddha tidak bertapak di Tibet sehingga pada zaman raja Songtsan Gampo. Baginda berkahwin dengan dua orang puteri beragama Buddha, puteri Bhrikuti Devi dari negara Licchavi di Nepal dan puteri Wencheng dari dinasti Tang. Kemudian, kedatangan Padmasambhava ke Tibet menerusi jemputan raja ke-38, Trisong Deutson menyemarakkan lagi ajaran Buddha di Tibet.
Kini, boleh dilihat batu-batu Mani diletak di tempat awam di Tibet. Lama-lama Tibet dari agama Buddha dan tradisi Bon memainkan peranan penting dalam kehidupan orang Tibet. Mereka menjalani upacara agama dan menguruskan biara-biara. Mereka yang berziarah memacakkan bendera sembahyang di tapak-tapak keagamaan untuk karma baik.
Jantra diputar semasa mantera dibaca mengikut arah putaran jam. Untuk melindungi bahan-bahan bersejarah agama, mereka menyimpannya dalam candi (stupa), mengguna batu mani dan gompa. Mereka bertawaf sekitar candi, mengikut arah jam dan melawan arah jam mengikut tradisi Bon. Pengikut Buddha sering membaca mantera, Om mani padme hum, manakala pengikut Bon membaca, Om matri muye saledu.
Kebudayaan
Perayaan
- Losar, Tahun Baru Tibet.
- Shoton.
- Linka.
- Gamariji, mandi bersuci bulan qamariah ketujuh.
- Ketika kelahiran.
- Ketika perkahwinan.
- Ketika kematian.
Kesenian
Lebih bercirikan agama. Unsur Tibet banyak bersenyawa dengan unsur seni Nepal serta Kashmir pada abad ke-8 M.
- Thangka, sejenis lukisan.
- Patung ukiran di Gonpa.
Opera rakyat Tibet seperti "dewi saudari", atau ache lhamo menggabungkan lagu, seni tari dan bacaan suci. Cerita diambil dari sejarah Tibet atau cerita Buddha. Opera Tibet diasaskan oleh Thangthong Gyalpo (14 M), seorang sami Buddha dan pembina jambatan.
Gyalpo bersama tujuh gadis mengadakan persembahan untu mengutip dana bagi membina jambatan untuk kemudahan perhubungan di Tibet. Tradisi ini berterusan selama 700 tahun dan dipertonton semasa perayaan Linka serta Shoton. Persembahan turut melibatkan pemakaian topeng dengan warna sebagai lambang watak:
- Kuning, dewata dan sami-sami.
- Merah, raja-raja.
Persembahan bermula dengan memagar pentas dan upacara menyucikan pentas. Pencerita membaca ringkasan cerita dengan nyanyian. Persembahan pun bermula. Kemudian ditutup dengan upacara. Banyak sekali cerita mengenai kelahiran tokoh "terpilih" ditulis oleh sami-sami tinggi untuk persembahan.
Seni Bina
Mereka suka membina rumah dan biara di tapak-tapak tinggi, menghadap sinaran matahari dan sebelah selatan. Binaan mereka diperbuat dari batu, kayu, simen dan tanah. Sebab bahan api susah untuk ditemui, jadi mereka membina bumbung rata untuk menjimat tenaga dan menyimpan haba. Tingkap banyak untuk menerima cahaya matahari. Dinding disendeng ke dalam 10 darjah untuk berjaga-jaga dengan bencana gempa bumi di pergunungan. Rumah-rumah berwarna putih di luar, dihias cantik di dalam.
Contoh senibina seperti istana Potala. Ia mempunyai lebih 1000 bilik dalam 13 tingkat dengan patung-patung Buddha serta gambar bekas-bekas Dalai Lama. Istana Putih menjadi pusat pentadbiran. Bahagian Merah pula pusat bersidang sami-sami, bilik-bilik sembahyang, 10,000 gedung, dan perpustakaan.
Perubatan
Mereka mengguna lebih 2000 jenis tumbuhan, 40 jenis haiwan dan 50 jenis mineral. Seorang tokoh perubatan Tibet, Yutok Yonten Gonpo, menghasilkan Empat Tantra Perubatan pada abad ke-8 M yang menggabungkan teknik perubatan India, Parsi dan Cina. Tantra itu mempunyai 156 bab dalam bentuk lukisan Thangka. Ia membincangkan mengenai perubatan Tibet lama dan jenis perubatan bangsa lain.
Karya itu diperkukuh lagi oleh Yuthok Sarma Yonten Gonpo dengan tambahan 18 karya lagi. Salah satu karya mengajar cara untuk membetulkan tulang pata. Terdapat juga satu set gambar anatomi dan organ dalam badan.
Masakan
Banyak terikat dengan budaya beragama dan geografi pergunungan. Bahan utama seperti barli yang dijadikan tsampa (tepung). Tsampa boleh dibuat mi atau dikukus menjadi momos (dumpling). Daging seperti yak, dan kambing dikeringkan atau dibuat stew pedas dengan ubi kentang. Mereka tak makan daging lembu seperti orang Hindu. Biji sawi pun dituai di Tibet. Ia menjadi rempah penting dalam masakan. Susu masam, keju dan mentega diambil dari yak pun sangat terkenal.
Pakaian
Kebanyakan lelaki Tibet berambut panjang. Pengaruh Cina menyebabkan mereka memotong rambut pendek. Perempuan mendandan dua sanggul. Gadis ikat satu sanggul saja. Sebab sejuk, mereka memakai chuba (jubah Tibet). Lelaki memakai chuba pendek dan seluar. Gaya baju mengikut negeri. Orang Tibet nomad memakai chuba dari kulit biri-biri.
Sastera
Tiga jenis semuanya:
- Bentuk agama.
- Separa rohaniah.
- Bentuk sekular.
Bentuk agama biasanya melibatkan ajaran Buddha. Bentuk separa rohani seperti epik Gesar yang turut dibaca di Mongolia dan Asia Tengah. Teks sekular seperti Perbalahan Teh dan Bir Chang atau Nasihat Khache Phalu.
Perkahwinan
Wanita Tibet boleh berkahwin ramai lelaki. Lelaki tersebut dimadukan, haha. Biasanya seorang wanita boleh berkahwin dengan adik-beradik lelaki. Tujuannya untuk menjaga harta keluarga dan keselamatan kewangan. Yang biasa di seluruh Tibet kini, mereka mengamalkan monogami. Perkahwinan akan diatur oleh ibu bapa jika mereka gagal menemui pasangan hidup bila melepasi umur tertentu.
salam
ReplyDeletesonok dapat jmpe blog ni..
tgh cari hruf asas bhsa mndrin tuk bljar sem dpan
blog ni sgt membntu
trima ksih :)
jom blogwalking cicaktersepit.blogspot.com