Ramai lah orang terfikir, kalau orang Islam di China pastinya berketurunan Hui (orang Islam peranakan yang berbahasa Cina) atau berketurunan Uyghur (berbahasa Turki). Sebenarnya, ada orang Tajik juga yang beragama Islam di wilayah barat negara China bersempadan dengan Pakistan. Tak ramai yang sedar akan hal ini. Orang Tajik berada juga di negara Iran, Tajikistan, Afghanistan dan di sebelah kawasan-kawasan lain di dunia. Tajik sebenarnya adalah perkataan lain bagi Parsi dan Iran bukan lah mewakili nama empayar Parsi kerana Parsi lebih awal digunakan bagi mewakili etnik-etnik yang berbahasa seperti bahasa orang Iran sama ada di Asia Timur, Asia Tengah atau di Asia Barat.
Laporan oleh Saffron (1998) menyatakan bahawa ada lebih kurang 26,000 orang penutur bahasa jenis bahasa Iran di pergunungan Pamir dan lebuhraya Karakorum... Kerajaan China memanggil mereka sebagai kaum Tajik. Walau bagaimanapun, bahasa Tajik atau bahasa Parsi bukan bahasa pertuturan di China. Ada juga laporan pengkaji dari China misalnya doktor Du dan Yip (1993) mengenai orang Tajik di China sebenarnya boleh bercakap bahasa Parsi.
Loghat bahasa Parsi di China hampir sama dengan loghat bahasa Parsi yang dituturkan di Afghanistan, bahagian timur Khurasan dan juga di negara Tajikistan. Empayar Parsi dan empayar China sudah pun menikmati perhubungan kebudayaan sejak lewat abad Achaemenid iaitu dari abad ke-4 SM sampai tahun 330 SM. Ahli carigali sejarah China menemui bukti bahawa ada pekerja bukan etnik Han yang berketurunan Parsi membantu membina kuburan tentera di bandar Xi'an di China. Kawasan itu merupakan tempat bersemadinya maharaja Qin Shih Huang Ti yang mangkat sejak 2200 tahun lampau.
Prof. Tan Jingze, seorang ahli antropologi dari Universiti Fudan bercakap kepada Agensi Berita Xinhua bahawa: "Satu sampel DNA tipikal mempunyai unsur-unsur yang dipunyai oleh orang Parsi atau penganut agama Zaratosht... Orang Kurdish.... dan orang Parsi dari wilayah Iran moden". Penemuan ini menguatkan lagi pendapat bahawa pakar-pakar kesenian Parsi pernah berhubungan dengan dinasti Qin di empayar China. Ada lagi kajian membuat hipotesis bahawa ada hubungan orang Parsi dan empayar China sejak zaman dinasti Han lagi iaitu sekitar tahun 206 SM - 220 M.
Ada juga kawasan kejiranan berbahasa Parsi di dalam wilayah Xinjiang yang berbahasa Turki Uyghur, terutamanya di kawasan lembah berair di bandar Kashgar. Yang saya ketahui, kebanyakan orang Tajik di negara China adalah orang Islam beraliran Syiah Imami Ismaili dari cabang Nizari. Imam masjid di kawasan orang Tajik haruslah dilantik dengan kebenaran pemerintah Republik Rakyat China (PRC) dan penduduk di bawah usia 18 tahun dilarang menghadiri sebarang upacara di masjid. Orang Tajik atau Parsi di Tajikistan pula kebanyakannya bermazhab Sunnah menurut kepada imam Hanafi manakala di Afghanistan saya kurang pasti.
No comments:
Post a Comment