Thursday 10 January 2013

Rakyat Malaysia

Assalaamu'alaikum


Sebagai yang kita ketahui, rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang berlainan bahasa serta kebudayaan. Sebagai rakyat Malaysia, berapa dalam kah pengetahuan kita tentang negara kita? Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963 apabila Malaya, Sabah dan Serawak bergabung menjadi satu entiti negara baru. Sebelum tarikh ini, Malaysia masih belum wujud lagi dan setiap bahagian yang bergabung itu pun mempunyai sejarah mereka sendiri. Mari tinjau kaum apa yang ada di Malaysia:

馬來西亞公民
Malaisiya Gongmin
Rakyat Malaysia 

Tiga kaum ini di merata negara pun boleh lah kita temui dan setiap negeri di Malaysia pun ada etnik Melayu mereka sendiri... Orang India pula boleh terdiri daripada pelbagai jenis etnik dari India Utara sampai India Selatan dengan bahasa yang berbeza-beza sepeti bahasa Tamil, bahasa Malayalam, bahasa Punjabi atau bahasa Telugu. Orang Cina pula kebanyakannya berasal dari wilayah Selatan China sepeti Guangdong dan Fujian...

馬來人 Malai Ren Orang Melayu
華人 Hua Ren Orang Cina
印度人 Yindu Ren Orang India

Ada juga kaum minoriti menurut wilayah seperti di Sabah dan Serawak atau pun menurut kepada bilangan mereka yang sedikit dan mudah diasimilasikan dalam masyarakat-masyarakat majoriti... Antaranya...

伊班人 Yiban Ren Orang Iban
卡達山人 Kadashan Ren Orang Kadazan
本地人 Bendi Ren Orang Asli... Selalu kita sebut sebagai Orang Asli juga dalam bahasa Cina-Malaysia
 暹人 Xian Ren Orang Siam

Juga kaum orang Peranakan seperti...

爸爸與娘惹 Baba yu Niangre Baba serta Nyonya
阿拉伯後裔 Alabo Houyi Peranakan Arab Lampau
葡萄牙 Putaoya Ren Orang Portugis Melaka
嘛嘛 Mama Mamak atau India Muslim 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...