Asimilasi bukan Han
Sejak zaman purba lagi, kebanyakan kumpulan bukan etnik Han mendakwa diri mereka juga merupakan keturunan kepada maharaja Hwang, keturunan Yan Hwang.
Kumpulan Bukan Han
"Rekod Dinasti" oleh menteri dinasti Liao, Ye Luyan mengaitkan raja Khitan (suku Mongol) dengan maharaja Hwang. Disebut dalam Shiji bahawa, beberapa orang maharaja lama seperti dari dinasti Xia, dinasti Shang dan dinasti Zhou sebagai keturunan terus bagi maharaja Hwang.
Puak-puak Man dan Yi demi berasimilasi membentuk negara Tengah, turutlah memanggil diri mereka sebagai keturunan maharaja Hwang. Hampir seluruh nama keluarga Cina hari ini menjejaki asal-usulnya sampai ke maharaja Yan, maharaja Hwang dan seluruh warga istananya. Orang-orang bukan Cina seperti orang Man, orang Yi, orang Xiongnu dan orang Xianbei pun menerimalah kebudayaan Huaxia (Cina) bagaikan kebudayaan sendiri, serta mengakuilah diri mereka sebagai turunan maharaja Yanhwang walaupun tiada pertalian darah.
Pengakuan Istana Dinasti Qing sebagai Keturunan Yan Hwang
Pihak pemula revolusi Manchuria, menggunakan slogan, "cucu Yan Hwang, cucu maharaja Hwang" bagi mencuri sokongan etnik Han. Dinasti Qing mengagungkan konsep nenek moyang menerusi rekaan kononnya mereka berkaitan dengan bangsa Han menerusi lagenda Yan Hwang itu. Keadaan dalam pada itu turut menyebarluaskan lagi semangat kebangsaan bagi bersatu di bawah pemerintahan dinasti Qing.
Utamanya sebutan bahawa Yan Hwang itu merupakan nenek moyang kepada semua rakyat empayar China. Setengah sarjana berpendapat bahawa kenyataan itu ditokok tambah oleh penulis istana dinasti Qing pada kurun ke-18 M sahaja. Dinyatakan bahawa tiga maharaja bersama lima lagi maharaja dlm sejarah purba pun diangkat menjadi nenek moyang semua etnik di China. Namun rekod sejarah, salasilah puak serta bahasa kebangsaan menunjukkan bahawa kenyataan itu bertentangan sama sekali dengan kebenaran. Pengagungan terhadap Yan Hwang sebagai nenek moyang memang sudah wujud sejak lama dulu cuma bukan semua etnik di China itu dari puak turunan Yan Hwang.
Jika suatu masa dulu, orang China tidak bersatu dan berpuak-puak, kini orang China bersatu padu bawah satu bendera. Negara membentuk satu badan dan semuanya menjadi anggota, takdir mereka ditentukan oleh kesatuan mereka. Mereka bangkit sebagai satu bangsa mempertahan negara dengan kebudayaan Huaxia bagi mengelakkan negara mereka pupus. Keluarga bangsa China mungkin akan mengulangi nasib orang India Amerika jika memecahkan diri mereka berpuak-puak. Maka konsep Kecinaan dengan piawai budaya turunan puak Yan Hwang menjadi penanda aras dan diperkembang lagi sampai kepada perkara yang anda lihat dalam komuniti Cina di negara-negara anda.
Yan Hwang tetap menjadi nenek moyang warga China dan orang Cina Seberang Laut seperti orang Amerika dianggap sebagai keturunan Inggeris walaupun sudah berlaku percampuran darah. Tokoh pembaharu sederhana pula melaungkan slogan, "Seluruh penduduk negara kita ini adalah anak cucu maharaja Kuning!".
Demi keutuhan negara, menjamin kesatuan empayar China bawah pemerintahan mereka daripada dipecahkan kuasa asing dan mendapatkan kekuasaan politik, dinasti Qing dan pembesar bangsa Manchu turutlah memperkait diri mereka dengan maharaja Kuning walaupun orang Manchu serumpun dengan orang Korea-Tungusik.
Suku bangsa bukan Han dari wilayah dikuasai empayar China yang tersebar ke luar empayar China bersama orang Cina (Han) menerusi dasar luar negara dinasti Qing yang lewat itu turut terserap masuk juga menjadi Cina dan memuja maharaja Kuning serta mengagungkan kebudayaan Huaxia walaupun mereka bukan Cina.

No comments:
Post a Comment