Monday 27 December 2010

Peperiksaan lulus atau tidak?

Salaam!

Sekarang ini musim kemasukan semula para pelajar ke pusat pengajian masing-masing. Kita akan temui dua orang pelajar berbual di telefon bertanya mengenai keputusan peperiksaan masing-masing sudah terbit atau belum? Marilah kita tinjau apa agaknya yang dibualkan oleh Zhao dan Huang?

黃:餵!成績出了沒有?
Huang : Wei! Chengji chu le mei you?

Huang : Wei! Keputusan dah terbit belum?
趙:出版了啦!你看了沒有?
Zhao : Chuban le la! Ni kan le mei you?
Zhao : Terbit dah lah! Awak dah lihat belum?

黃:我不敢看啊。
Huang : Wo bu gan kan a.
Huang : Saya tak berani.

趙:怎麼不敢呢?
Zhao : Zenme bu gan ne?
Zhao : Kenapa pula tak berani?

黃:我怕啊。等下不及格到完怎麼辦?
Huang : Wo pa a. Deng xia bu jige dao wan zen me ban? 
Huang : Saya takut. Nanti tak lulus semua macam mana? 

趙:你啊!誰叫你不早準備?
Zhao : Ni a! Shei jiao ni bu zao zhunbei?
Zhao : Awak ni! Siapa suruh awak tak bersedia awal?


Perbendaharaan Kata
   
wei : hello, hei
成績 chengji : keputusan
chu : keluar
le, liao : sudah, kata partikel 
沒有 meiyou : belum 
出版 chuban : terbit, terpampang 
ni : awak
  kan : lihat
  la : kata partikel, sama macam bahasa Melayu, lah
  bu : tidak
gan : berani 
a : partikel tiada makna, sama macam bahasa Melayu, ah
怎麼  zenme : kenapa
ne : pula, partikel yang tak diterjemah dalam bahasa Inggeris
wo : saya 
pa : takut 
等下 deng xia : nanti, sebentar lagi 
及格 jige : lulus 
到完 dao wan : sampai habis, penuh 
怎麼辦  zenme ban : bagai mana
shei : siapa 
jiao: suruh 
zao : awal  
準備 zhun bei : bersedia

Kata wei hanya diguna dalam perbualan telefon. Ada juga gadis-gadis yang menggunakan kata wei untuk menegur sesama sendiri. Kalau dalam bahasa Melayu kata wei ada juga, tapi dianggap tidak sopan untuk menegur orang yang baru dikenali atau yang tak rapat. Kat kelas saya sebab kawan saya pun budak perempuan saya pun kata wei je lah kalau nak tegur dia, haha.

Zhao dan Huang masing-masing adalah nama keluarga dalam bahasa Cina. Saya tidak menebalkan nama-nama tersebut dengan warna merah kerana kepercayaan masyarakat Cina menganggap tidak sesuai menulis atau menaip nama orang dengan dakwat atau warna merah.

Perbualan ringkas ini diadaptasi dari perbualan sebenar. Tulisan Cina yang diberikan sebenarnya adalah untuk anda mendapatkan bantuan menyebutkan bunyi dengan meminta bantuan kepada penutur bahasa Cina yang membaca tulisan Cina menyebutkannya kepada anda kerana tiada bantuan alat pendengaran.

Monday 20 December 2010

Huruf Arab Tulisan Cina

Salaam!!!!

Ini sambungan masukan sebelum ini. Saya cuba meletakan transkripsi tulisan Arab untuk bahasa Cina. Ada setengah huruf yang tak dapat ditranskripsikan sebab tak sama dengan huruf dalam papan kekunci bahasa Arab atau bahasa Farsi dari segi jumlah titik dan tanda lain. Cerdik pandai bahasa Cina Muslim ada juga menambahkan tanda pada huruf supaya boleh mewakili bunyi bahasa Cina yang tak dapat dibunyikan huruf-huruf yang asas.

ا 阿 (a)
ب با 爸 (ba)
پ 婆 (po)
ت تا 塔 (ta)
ث ثئ 些 (xie)
ج 這 (zhe)
چ 車 (che)
ح 河 (he)
خ 湖 (khu)
دٍ 釘 (ding)
ذ ذى 在 (zai)
ر لِر 粒兒 (li'r)
ژ 熱 (re)
س 信 (xin, sin)
سْ 思 (si)
ش 是 (shi)
ص 色 (se)
ض (dhaad)
ضْ 冊 (ce)
طٌ 遵 (zun)
ظ 作 (zuo)
ع 惡 (e'r)
ف 廢 (fei)
ق 個 (ge)
ك 可 (k'e)
گ (ganch)
گ کا 仰 (yiang, sepatutnya huruf kaf tu ada tiga titik)
ل 里 (li)
م 秘 (mi)
ن 你 (ni)
ه ها 哈 (ha)
و ء 無 (wu)
ي (ya)
ی یا 呀 (yaa)

Kalau tulisan pada paparan terlalu kecil, awak boleh copy dan paste dalam word. Kemudian besarkan tulisannya. Ini bagi sesiapa yang berminat hendak mempelajari karakter bahasa Cina lah. Kalau tak berminat sebab saya faham sangat lah susah pada permulaannya, maka belajar bunyi pun dah cukup untuk perbualan biasa. Vokal penghabisan perkataan pun ada ejaannya untuk perkataan Cina tapi mata saya sudah berat, saya masuk tidur dahulu. Ada kelapangan saya cuba periksa lah. Semoga bermanfaat untuk saudara-saudari!

Bahasa Cina bertulisan Arab

Salaam!!!


Mungkin ramai baru pertama kali mendengarnya. Bahasa Cina sudah ada tulisan Arab sudah berada lama di China. Menurut sejarahnya sejak dinasti T'ang lagi sekitar abad ke-7 M, ramai penutur bahasa Arab dan Farsi berhijrah ke dalam empayar China. Orang-orang ini berasimilasi dengan orang Han lalu membentuk masyarakat yang dipanggil sebagai etnik Hui di China sekarang.

Anak-anak orang-orang ini belajar di madrasah serta belajar bahasa Arab untuk pengajian Quran. Mereka juga boleh berbahasa Cina tapi tak begitu mahir dalam tulisan Cina. Maka mereka terpaksa gunakan tulisan Arab untuk menulis bahasa Cina. Mereka menulis nota untuk makna ayat Quran bagi memudahkan penghafalan ayat Quran dalam bahasa Cina bertulisan Arab. Lebih kurang orang Melayu belajar pelajaran agama juga di madrasah atau sekolah pondok. 

Lama kelamaan, tulisan ini berkembang dan dikenali dengan panggilan 小經 Xiao'r Jing. Sistem ini ada dua jenis. Satunya sistem masjid, dan satu lagi sistem harian. Sistem tulisan masjid digunakan pelajar madrasah dan imam-imam di masjid. Sistem masjid ni selaras sedikit sebab banyak perkataan serapan bahasa Arab dan Farsi tanpa campuran tulisan Cina. Yang sistem harian ni bercampur aduk dengan tulisan Cina bagi yang kurang berpendidikan. Biasa digunakan dalam surat-menyurat orang Muslim China hanya difahami oleh orang yang menulis dan orang yang menerimanya sebab bercampur aduk dengan segala loghat.  

Sejak pengenalan Hanyu Pingyin dan pembanterasan buta huruf di luar bandar, tulisan Xiao'r Jing mula mengalami kepupusan. Banyak usaha dijalankan untuk mendokumenkan tulisan Arab untuk bahasa Cina ini.

Huruf Xiao'r Jing ada sebanyak 36 huruf dengan empat vokal. Dalam 36 huruf itu, 24 darinya adalah huruf yang diambil terus dari tulisan bahasa Arab. Yang lagi empat vokal itu, dua daripadanya adalah pinjaman dari huruf Farsi dan lagi dua adalah unik kepada bahasa Cina.

Zhuyin Fuhao

Salam!

Saya akan cuba sedaya upaya membuat masukan di sini untuk bahasa Cina sebelum saya sibuk pada bulan hadapan. Masukan ini adalah mengenai 注音符號 Zhuyin Fuhao. Apakah Zhuyin Fuhao ini?

Zhuyin Fuhao adalah sistem fonetik bahasa Cina yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 1910. Ia mengandungi 37 karakter dengan empat penanda nada kerana bahasa Cina mempunyai empat nada bunyi yang membezakan makna perkataan yang sama. Sistem ini popular di Taiwan sana untuk transkripsi bahasa Cina manakala di Tanah Besar China sudah tak popular lah menjelang tahun 1950-an. Di Taiwan, Hanyu Pingyin baru disahkan penggunaannya pada sekitar tahun 2009.  

Dalam bahasa seharian, Zhuyin Fuhao disebut juga sebagai bopomofo sahaja. Lebih kurang macam ABC atau alef baa taa lah. Inilah dia carta bopomofo yang kita dapat.

Jujurnya saya tak biasa dengan sistem ini kerana saya mempelajari tulisan Cina hanya dengan mendengar dan mengecam bunyi kemudian menulis perkataan Cina tersebut di atas kertas sama seperti yang dilakukan orang dahulu. Penanda nada bagi perkataan yang ditranskripsikan dengan huruf-huruf Zhuyin ini biasanya berbentuk titik apabila ditulis secara menegak di sebelah kanan huruf Cina.

Saya masih lagi berpandangan tulisan Rumi lebih mudah untuk transkripsi bunyi bahasa Cina terutamanya pelajar yang asas. Halnya kerana saya sendiri tidak biasa dengan sistem ini. Ia kelihatan seperti tulisan Katakana dalam bahasa Jepun pula tapi saya rasa tulisan ini tak perlu pun dalam bahasa Cina sebab bahasa Cina memang sudah menggunakan tulisan Cina.

Sunday 19 December 2010

Sebutan Huruf Pinying

Salam!


Saya tak tahu nak sebut 漢語拚音 Hanyu Pingyin sebagai sejenis huruf atau sebutan, tapi sebab ia dieja dengan tulisan rumi maka saya rasa ia adalah huruf rumi bahasa Cina yang piawai.

Tujuan huruf Pingyin diwujudkan disebabkan oleh susahnya hendak merujuk kepada kamus-kamus bahasa Cina atau mentranskripsikan bahasa Cina untuk orang-orang yang tak tahu membaca dan menulis.

Huruf-huruf konsonan ejaan rumi bahasa Cina sama sahaja seperti huruf dalam ejaan bahasa Eropah seperti bahasa Inggeris. Iaitu A, B, C, D, E, F, G, H, I, J, K, L, M, N, O, P, Q, R, S, T, U, V, W, X,Y, dan Z. Cara sebut huruf-huruf yang tersenarai ini ialah seperti Ah, Beh, Se, Eh, Ef, Geh, Ha, Iie, Jie, Kei, El, Em, En, O, Pe, Qiu, Ar, Es, Te, U, Ve, Wa, Xi, Ya, Zeh

Jika ada sebutan konsonan yang ada tekanan maka dua huruf digabungkan bagi menghasilkan bunyi-bunyi konsonan yang bertekanan seperti Zh, Ch,  dan Sh.

Ada beberapa huruf yang memang berbunyi hampir sama. Contoh macam huruf B dan huruf P. Contohnya bu yao 不要 maksudnya tak mahu. Kadang-kadang anda akan dengar bunyinya seperti bunyi pu yao.  Sedangkan karakter-karakter Cina yang lain pun ada yang bermula dengan ejaan huruf rumi P contohnya pu (umum).

Contoh lain yang bunyi sebutan huruf konsonan hampir sama adalah huruf K dan huruf G. Misalnya perkataan kan (melihat), dengan gan (ginjal). Kadangkala anda akan dengar huruf G berbunyi seperti huruf K.

Begitu dengan huruf C dan Z dengan contoh perkataan ci (belas kasihan) dan zi (tulisan). Bunyi bagi huruf X, Sh dan juga huruf S dengan contoh karakter xin (hati),  shi (sepuluh), dan si (empat). Agak susah hendak dibezakan bunyinya kalau tidak dengan Hanyu Pingying. Sebab bagi orang Cina Malaysia, bunyi ketiga-tiga huruf itu disebut dengan bunyi S. Sedangkan di China Utara, ia dibezakan.

Saya telah mendapati bahawa sebelum wujudnya sistem Hanyu Pingyin ini, telah wujud sistem transkripsi tulisan Cina oleh Wade-Giles. Untuk huruf-huruf seperti dieja sebagai tsu, untuk dieja sebagai tzu.

Begitu juga dengan huruf R dalam Pingyin, misalnya perkataan ren (orang). Bunyi sebutan bahasa Cina loghat Utara untuk perkataan ini berbunyi seperti J dalam ejaan Wade-Giles. Saya pun tak tahu hendak ejanya bagaimana dalam tulisan rumi sebab bunyinya sebenarnya pelbagai dari bunyi seperti huruf J, kepada bunyi seperti huruf Y menurut loghat seseorang penutur itu. Oleh itu, anda akan dengar setengah orang menyebut perkataan ini berbunyi seperti yiern, jiern, atau zern. Bunyi vokal e itu dengan 'e' sempit. Jika mengikut ejaan Pingyin maka anda sebut sahaja dengan bunyi R yang biasa anda sebut dalam bahasa anda.  

Saya sedang cuba membuat sedikit artikel tentang zhuyin fuhao yang digunakan di Taiwan untuk perisian komputer dan juga pernah digunakan di negara China sebelum tahun 1950-an.

Peribadinya, saya berpandangan bahawa bahasa Cina mempunyai loghat yang pelbagai. Jadi sebutan huruf-huruf tersebut juga menurut pelat sebutan orang yang bertutur loghat-loghat dalam bahasa Cina. Jadi caranya anda membiasakan diri dengan bunyi bahasa Cina adalah dengan mendengar pertuturan bahasa Cina di sekeliling anda serta berlatih dengan sebutan suku kata bahasa Cina.

Cara sebutan bahasa Mandarin seharian di Malaysia adalah berbeza dengan cara sebutan di negara China. Juga ada slanga yang berbeza.

Harap membantu sedikit sebanyak

Thursday 16 December 2010

Sapaan biasa

Sapaan biasa dalam bahasa Cina sehari-harian adalah ni hao tulisan Cina nya adalah 你好. Saya pasti ramai orang pun sudah biasa dengan sapaan ini walaupun tidak berbahasa Cina kerana di Malaysia ada banyak rancangan televisyen berbahasa Cina selain pergaulan seharian.

Makna ni hao secara literalnya ialah "awak baik?" Jika hendak menjawab kembali bolehlah dijawab dengan hen hao 很好. Maksudnya sangat baik. Atau jawapan lain kalau sahabat kita yang tanya, jawablah hai hao 還好. Maksudnya masih baik atau masih elok lagi.

Kalau di waktu pagi sedang berjalan-jalan di taman, terjumpa dengan kawan sedang sama-sama bersenam, bolehlah anda sapanya dengan zao an 早安 maksudnya ialah selamat pagi!

Jika di waktu tengah hari, bolehlah menyapa dengan xia wu hao 下午好! Maknanya selamat tengah hari!

Selamat petang pula ialah wan shang hao 晚上好, manakala selamat malam kita akan ucapkan semasa sudah hendak masuk tidur iaitu wan an 晚安!


Harap bermanfaat!!

Salam dalam tulisan Cina

Saya sudah pun memasukkan pos mengenai hal ini dalam satu lagi blog. Tapi di sini saya akan masukkannya sekali lagi memandangkan blog ini khas untuk mengumpulkan bahan pembelajaran bahasa Cina bermedium bahasa Melayu.

Kisahnya saya terfikir mengenai hal ini lama lah sudah. Saya telah menghantar pesanan ringkas kepada seorang kawan yang berasal dari China dan beragama Islam. Awalnya saya cuba menyapanya dengan memberi salam menggunakan teks berbahasa Cina dengan menaip secara hentam sahaja tapi dia membalas semula dengan memberikan teks dalam tulisan Cina menurut apa yang digunakan di negara China.

Kemudiannya barulah saya tahu, bahawa orang Islam di China juga ada ungkapan salaam sama seperti orang di Pakistan, Iran, atau di Malaysia baru-baru ini. Tulisan Cina bagi ungkapan salaam adalah 賽倆目 disebut sebagai sai lia mu dalam tulisan rumi. Sebelum itu, salaam adalah ringkasan kepada ungkapan panjang assalaamu'alaikum yang juga merupakan do'a kita apabila bertemu sesama saudara seagama. 

Transkripsi lain untuk ungkapan salaam ke bahasa Cina adalah  色蘭 atau se lan. Yang ini lebih ringkas sebab hanya ada dua karakter sahaja. Saya selalu pakai yang ini bila menaip kerana menjimatkan ruang dalam penghantaran pesanan ringkas. 

Jadi, saudara-saudari yang berbahasa Cina boleh lah memilih untuk menggunakan transkripsi tiga karakter atau dua karakter sahaja apabila menyapa kawan-kawan atau saudara mara semasa menghantar pesanan ringkas.

Apabila menjawab ungkapan tersebut, biasanya kita akan kata wassalam kan? Jadi bila anda transkripsikan ke bahasa Cina, ia akan jadi 回色蘭 sebutannya ialah hui se lan. Kalau dilihat kembali maksudnya pun lebih kurang macam salam kembali.

Saya mengucapkan terima kasih kepada saudara Xian yang telah mengajarkan transkripsi ungkapan ini ke dalam bahasa Cina kepada saya.  

Harap bermanfaat!

Wednesday 15 December 2010

Pengenalan Bahasa Cina

Tulisan khat Cina dihasilkan oleh penyair dinasti Song, Mi Fu (1051-1108)

Bahasa Cina merupakan salah satu bahasa dalam kelompok bahasa Sino-Tibet. Bahasa Cina ditulis dengan menggunakan simbol-simbol yang berasal dari lukisan zaman purba dipanggil sebagai ideogram. 

Saya pernah mengalami pengalaman apabila orang bertanya kepada saya, kenapa bahasa Cina tak ada abjad? Sebenarnya bahasa Cina bukan bahasa bertulis dengan abjad seperti bahasa Inggeris atau pun bahasa Arab. Pada zaman dahulu, orang Cina belajar menulis dan membaca bersama dengan kemahiran berbahasa yang mereka sudah ada. Kalau zaman sekarang ini, sudah ada tulisan rumi Cina dikenali sebagai Hanyu Pingying 漢語拼音 yang membunyikan tulisan ideogram Cina. Jadi saudara-saudari pun tak perlu bersusah payah menghafal huruf Cina sekaligus belajar bahasa Cina lagi.  

Di negara China, bahasa Cina dipanggil sebagai Hanyu 漢語 iaitu bahasa orang Han. Manakala di luar negara China, bahasa Cina dirujuk sebagai Huayu 華語 menunjukkan hubungan kebudayaan dan pertalian dengan tamadun di negara China. Di antara pelbagai etnik yang wujud di negara China, bahasa Cina dirujuk sebagai Zhongguo Hua 中國話 bermaksud bahasa negara China.

Tulisan Cina kini boleh dibaca dan ditulis dalam dua bentuk. Iaitu bentuk yang ringkas yang dipanggil sebagai Jiantizi 簡體字 dan bentuk yang tradisional atau Fantizi 繁體字. Bentuk ringkas digunakan di negara China, Malaysia, dan Singapura. Manakala bentuk tradisional yang lebih rumit digunakan di negara seperti Taiwan, kawasan autonomi Hong Kong, Korea, dan Jepun. Di Vietnam, mereka juga mempunyai tulisan Cina mereka sendiri dipanggil sebagai Chu Lom 字喃.

Bahasa Cina juga ada terbahagi kepada dialek Utara dan Selatan. Dialek-dialek yang digunakan di Malaysia berasal dari kawasan Selatan China. Dialek Utara pula digunakan di negara China sana, dan bahasa Mandarin menggunakan sebutan dialek Beijing yang berada di Utara China.

Tuesday 14 December 2010

Salaam!

Apa khabar saudara-saudari sekelian? Saya sengaja mewujudkan blog untuk pembelajaran bahasa Cina. Ini merupakan satu inisiatif bagi mengumpulkan sebanyak mana yang boleh bahan-bahan pembelajaran bagi bahasa Cina supaya kita mempunyai sumber online yang mencukupi untuk medium bahasa Melayu bagi pembelajaran bahasa Cina.

Saya juga berharap agar saudara-saudari Muslim dari negara China dan Taiwan yang ingin mempelajari bahasa Melayu mendapat manfaat dari blog ini. Sebelum itu, saya memohon maaf di atas bahasa Melayu saya yang tunggang terbalik. Saya sudah lama tidak berbahasa Melayu formal.

Sebarang komen, teguran dan cadangan membina boleh lah saudara saudari utarakan kepada kami agar kita dapat menambah baik mutu pembelajaran. 

Marilah kita sama-sama belajar supaya terjalin ukhuwah antara kita semua dan menghubungkan silaturrahim sesama Muslim. Setiap pembelajaran mulakanlah dengan nama Allah yang Pengasih lagi Penyayang.


馬恬寧
Ma Tianning
9 Muharram 1432 H
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...