Salam!
Saya tak tahu nak sebut 漢語拚音 Hanyu Pingyin sebagai sejenis huruf atau sebutan, tapi sebab ia dieja dengan tulisan rumi maka saya rasa ia adalah huruf rumi bahasa Cina yang piawai.
Tujuan huruf Pingyin diwujudkan disebabkan oleh susahnya hendak merujuk kepada kamus-kamus bahasa Cina atau mentranskripsikan bahasa Cina untuk orang-orang yang tak tahu membaca dan menulis.
Huruf-huruf konsonan ejaan rumi bahasa Cina sama sahaja seperti huruf dalam ejaan bahasa Eropah seperti bahasa Inggeris. Iaitu A, B, C, D, E, F, G, H, I, J, K, L, M, N, O, P, Q, R, S, T, U, V, W, X,Y, dan Z. Cara sebut huruf-huruf yang tersenarai ini ialah seperti Ah, Beh, Se, Eh, Ef, Geh, Ha, Iie, Jie, Kei, El, Em, En, O, Pe, Qiu, Ar, Es, Te, U, Ve, Wa, Xi, Ya, Zeh.
Jika ada sebutan konsonan yang ada tekanan maka dua huruf digabungkan bagi menghasilkan bunyi-bunyi konsonan yang bertekanan seperti Zh, Ch, dan Sh.
Ada beberapa huruf yang memang berbunyi hampir sama. Contoh macam huruf B dan huruf P. Contohnya bu yao 不要 maksudnya tak mahu. Kadang-kadang anda akan dengar bunyinya seperti bunyi pu yao. Sedangkan karakter-karakter Cina yang lain pun ada yang bermula dengan ejaan huruf rumi P contohnya 普 pu (umum).
Contoh lain yang bunyi sebutan huruf konsonan hampir sama adalah huruf K dan huruf G. Misalnya perkataan 看 kan (melihat), dengan 肝 gan (ginjal). Kadangkala anda akan dengar huruf G berbunyi seperti huruf K.
Begitu dengan huruf C dan Z dengan contoh perkataan 慈 ci (belas kasihan) dan 字 zi (tulisan). Bunyi bagi huruf X, Sh dan juga huruf S dengan contoh karakter 心 xin (hati), 十 shi (sepuluh), dan 四 si (empat). Agak susah hendak dibezakan bunyinya kalau tidak dengan Hanyu Pingying. Sebab bagi orang Cina Malaysia, bunyi ketiga-tiga huruf itu disebut dengan bunyi S. Sedangkan di China Utara, ia dibezakan.
Saya telah mendapati bahawa sebelum wujudnya sistem Hanyu Pingyin ini, telah wujud sistem transkripsi tulisan Cina oleh Wade-Giles. Untuk huruf-huruf seperti 慈 dieja sebagai tsu, untuk 字 dieja sebagai tzu.
Begitu juga dengan huruf R dalam Pingyin, misalnya perkataan 人 ren (orang). Bunyi sebutan bahasa Cina loghat Utara untuk perkataan ini berbunyi seperti J dalam ejaan Wade-Giles. Saya pun tak tahu hendak ejanya bagaimana dalam tulisan rumi sebab bunyinya sebenarnya pelbagai dari bunyi seperti huruf J, kepada bunyi seperti huruf Y menurut loghat seseorang penutur itu. Oleh itu, anda akan dengar setengah orang menyebut perkataan ini berbunyi seperti yiern, jiern, atau zern. Bunyi vokal e itu dengan 'e' sempit. Jika mengikut ejaan Pingyin maka anda sebut sahaja dengan bunyi R yang biasa anda sebut dalam bahasa anda.
Saya sedang cuba membuat sedikit artikel tentang zhuyin fuhao yang digunakan di Taiwan untuk perisian komputer dan juga pernah digunakan di negara China sebelum tahun 1950-an.
Peribadinya, saya berpandangan bahawa bahasa Cina mempunyai loghat yang pelbagai. Jadi sebutan huruf-huruf tersebut juga menurut pelat sebutan orang yang bertutur loghat-loghat dalam bahasa Cina. Jadi caranya anda membiasakan diri dengan bunyi bahasa Cina adalah dengan mendengar pertuturan bahasa Cina di sekeliling anda serta berlatih dengan sebutan suku kata bahasa Cina.
Cara sebutan bahasa Mandarin seharian di Malaysia adalah berbeza dengan cara sebutan di negara China. Juga ada slanga yang berbeza.
Harap membantu sedikit sebanyak
No comments:
Post a Comment