Thursday 16 December 2010

Sapaan biasa

Sapaan biasa dalam bahasa Cina sehari-harian adalah ni hao tulisan Cina nya adalah 你好. Saya pasti ramai orang pun sudah biasa dengan sapaan ini walaupun tidak berbahasa Cina kerana di Malaysia ada banyak rancangan televisyen berbahasa Cina selain pergaulan seharian.

Makna ni hao secara literalnya ialah "awak baik?" Jika hendak menjawab kembali bolehlah dijawab dengan hen hao 很好. Maksudnya sangat baik. Atau jawapan lain kalau sahabat kita yang tanya, jawablah hai hao 還好. Maksudnya masih baik atau masih elok lagi.

Kalau di waktu pagi sedang berjalan-jalan di taman, terjumpa dengan kawan sedang sama-sama bersenam, bolehlah anda sapanya dengan zao an 早安 maksudnya ialah selamat pagi!

Jika di waktu tengah hari, bolehlah menyapa dengan xia wu hao 下午好! Maknanya selamat tengah hari!

Selamat petang pula ialah wan shang hao 晚上好, manakala selamat malam kita akan ucapkan semasa sudah hendak masuk tidur iaitu wan an 晚安!


Harap bermanfaat!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...