Thursday, 16 December 2010

Salam dalam tulisan Cina

Saya sudah pun memasukkan pos mengenai hal ini dalam satu lagi blog. Tapi di sini saya akan masukkannya sekali lagi memandangkan blog ini khas untuk mengumpulkan bahan pembelajaran bahasa Cina bermedium bahasa Melayu.

Kisahnya saya terfikir mengenai hal ini lama lah sudah. Saya telah menghantar pesanan ringkas kepada seorang kawan yang berasal dari China dan beragama Islam. Awalnya saya cuba menyapanya dengan memberi salam menggunakan teks berbahasa Cina dengan menaip secara hentam sahaja tapi dia membalas semula dengan memberikan teks dalam tulisan Cina menurut apa yang digunakan di negara China.

Kemudiannya barulah saya tahu, bahawa orang Islam di China juga ada ungkapan salaam sama seperti orang di Pakistan, Iran, atau di Malaysia baru-baru ini. Tulisan Cina bagi ungkapan salaam adalah 賽倆目 disebut sebagai sai lia mu dalam tulisan rumi. Sebelum itu, salaam adalah ringkasan kepada ungkapan panjang assalaamu'alaikum yang juga merupakan do'a kita apabila bertemu sesama saudara seagama. 

Transkripsi lain untuk ungkapan salaam ke bahasa Cina adalah  色蘭 atau se lan. Yang ini lebih ringkas sebab hanya ada dua karakter sahaja. Saya selalu pakai yang ini bila menaip kerana menjimatkan ruang dalam penghantaran pesanan ringkas. 

Jadi, saudara-saudari yang berbahasa Cina boleh lah memilih untuk menggunakan transkripsi tiga karakter atau dua karakter sahaja apabila menyapa kawan-kawan atau saudara mara semasa menghantar pesanan ringkas.

Apabila menjawab ungkapan tersebut, biasanya kita akan kata wassalam kan? Jadi bila anda transkripsikan ke bahasa Cina, ia akan jadi 回色蘭 sebutannya ialah hui se lan. Kalau dilihat kembali maksudnya pun lebih kurang macam salam kembali.

Saya mengucapkan terima kasih kepada saudara Xian yang telah mengajarkan transkripsi ungkapan ini ke dalam bahasa Cina kepada saya.  

Harap bermanfaat!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...