Monday, 20 December 2010

Zhuyin Fuhao

Salam!

Saya akan cuba sedaya upaya membuat masukan di sini untuk bahasa Cina sebelum saya sibuk pada bulan hadapan. Masukan ini adalah mengenai 注音符號 Zhuyin Fuhao. Apakah Zhuyin Fuhao ini?

Zhuyin Fuhao adalah sistem fonetik bahasa Cina yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 1910. Ia mengandungi 37 karakter dengan empat penanda nada kerana bahasa Cina mempunyai empat nada bunyi yang membezakan makna perkataan yang sama. Sistem ini popular di Taiwan sana untuk transkripsi bahasa Cina manakala di Tanah Besar China sudah tak popular lah menjelang tahun 1950-an. Di Taiwan, Hanyu Pingyin baru disahkan penggunaannya pada sekitar tahun 2009.  

Dalam bahasa seharian, Zhuyin Fuhao disebut juga sebagai bopomofo sahaja. Lebih kurang macam ABC atau alef baa taa lah. Inilah dia carta bopomofo yang kita dapat.

Jujurnya saya tak biasa dengan sistem ini kerana saya mempelajari tulisan Cina hanya dengan mendengar dan mengecam bunyi kemudian menulis perkataan Cina tersebut di atas kertas sama seperti yang dilakukan orang dahulu. Penanda nada bagi perkataan yang ditranskripsikan dengan huruf-huruf Zhuyin ini biasanya berbentuk titik apabila ditulis secara menegak di sebelah kanan huruf Cina.

Saya masih lagi berpandangan tulisan Rumi lebih mudah untuk transkripsi bunyi bahasa Cina terutamanya pelajar yang asas. Halnya kerana saya sendiri tidak biasa dengan sistem ini. Ia kelihatan seperti tulisan Katakana dalam bahasa Jepun pula tapi saya rasa tulisan ini tak perlu pun dalam bahasa Cina sebab bahasa Cina memang sudah menggunakan tulisan Cina.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...