Showing posts with label tulisan. Show all posts
Showing posts with label tulisan. Show all posts

Monday, 20 December 2010

Huruf Arab Tulisan Cina

Salaam!!!!

Ini sambungan masukan sebelum ini. Saya cuba meletakan transkripsi tulisan Arab untuk bahasa Cina. Ada setengah huruf yang tak dapat ditranskripsikan sebab tak sama dengan huruf dalam papan kekunci bahasa Arab atau bahasa Farsi dari segi jumlah titik dan tanda lain. Cerdik pandai bahasa Cina Muslim ada juga menambahkan tanda pada huruf supaya boleh mewakili bunyi bahasa Cina yang tak dapat dibunyikan huruf-huruf yang asas.

ا 阿 (a)
ب با 爸 (ba)
پ 婆 (po)
ت تا 塔 (ta)
ث ثئ 些 (xie)
ج 這 (zhe)
چ 車 (che)
ح 河 (he)
خ 湖 (khu)
دٍ 釘 (ding)
ذ ذى 在 (zai)
ر لِر 粒兒 (li'r)
ژ 熱 (re)
س 信 (xin, sin)
سْ 思 (si)
ش 是 (shi)
ص 色 (se)
ض (dhaad)
ضْ 冊 (ce)
طٌ 遵 (zun)
ظ 作 (zuo)
ع 惡 (e'r)
ف 廢 (fei)
ق 個 (ge)
ك 可 (k'e)
گ (ganch)
گ کا 仰 (yiang, sepatutnya huruf kaf tu ada tiga titik)
ل 里 (li)
م 秘 (mi)
ن 你 (ni)
ه ها 哈 (ha)
و ء 無 (wu)
ي (ya)
ی یا 呀 (yaa)

Kalau tulisan pada paparan terlalu kecil, awak boleh copy dan paste dalam word. Kemudian besarkan tulisannya. Ini bagi sesiapa yang berminat hendak mempelajari karakter bahasa Cina lah. Kalau tak berminat sebab saya faham sangat lah susah pada permulaannya, maka belajar bunyi pun dah cukup untuk perbualan biasa. Vokal penghabisan perkataan pun ada ejaannya untuk perkataan Cina tapi mata saya sudah berat, saya masuk tidur dahulu. Ada kelapangan saya cuba periksa lah. Semoga bermanfaat untuk saudara-saudari!

Bahasa Cina bertulisan Arab

Salaam!!!


Mungkin ramai baru pertama kali mendengarnya. Bahasa Cina sudah ada tulisan Arab sudah berada lama di China. Menurut sejarahnya sejak dinasti T'ang lagi sekitar abad ke-7 M, ramai penutur bahasa Arab dan Farsi berhijrah ke dalam empayar China. Orang-orang ini berasimilasi dengan orang Han lalu membentuk masyarakat yang dipanggil sebagai etnik Hui di China sekarang.

Anak-anak orang-orang ini belajar di madrasah serta belajar bahasa Arab untuk pengajian Quran. Mereka juga boleh berbahasa Cina tapi tak begitu mahir dalam tulisan Cina. Maka mereka terpaksa gunakan tulisan Arab untuk menulis bahasa Cina. Mereka menulis nota untuk makna ayat Quran bagi memudahkan penghafalan ayat Quran dalam bahasa Cina bertulisan Arab. Lebih kurang orang Melayu belajar pelajaran agama juga di madrasah atau sekolah pondok. 

Lama kelamaan, tulisan ini berkembang dan dikenali dengan panggilan 小經 Xiao'r Jing. Sistem ini ada dua jenis. Satunya sistem masjid, dan satu lagi sistem harian. Sistem tulisan masjid digunakan pelajar madrasah dan imam-imam di masjid. Sistem masjid ni selaras sedikit sebab banyak perkataan serapan bahasa Arab dan Farsi tanpa campuran tulisan Cina. Yang sistem harian ni bercampur aduk dengan tulisan Cina bagi yang kurang berpendidikan. Biasa digunakan dalam surat-menyurat orang Muslim China hanya difahami oleh orang yang menulis dan orang yang menerimanya sebab bercampur aduk dengan segala loghat.  

Sejak pengenalan Hanyu Pingyin dan pembanterasan buta huruf di luar bandar, tulisan Xiao'r Jing mula mengalami kepupusan. Banyak usaha dijalankan untuk mendokumenkan tulisan Arab untuk bahasa Cina ini.

Huruf Xiao'r Jing ada sebanyak 36 huruf dengan empat vokal. Dalam 36 huruf itu, 24 darinya adalah huruf yang diambil terus dari tulisan bahasa Arab. Yang lagi empat vokal itu, dua daripadanya adalah pinjaman dari huruf Farsi dan lagi dua adalah unik kepada bahasa Cina.

Zhuyin Fuhao

Salam!

Saya akan cuba sedaya upaya membuat masukan di sini untuk bahasa Cina sebelum saya sibuk pada bulan hadapan. Masukan ini adalah mengenai 注音符號 Zhuyin Fuhao. Apakah Zhuyin Fuhao ini?

Zhuyin Fuhao adalah sistem fonetik bahasa Cina yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 1910. Ia mengandungi 37 karakter dengan empat penanda nada kerana bahasa Cina mempunyai empat nada bunyi yang membezakan makna perkataan yang sama. Sistem ini popular di Taiwan sana untuk transkripsi bahasa Cina manakala di Tanah Besar China sudah tak popular lah menjelang tahun 1950-an. Di Taiwan, Hanyu Pingyin baru disahkan penggunaannya pada sekitar tahun 2009.  

Dalam bahasa seharian, Zhuyin Fuhao disebut juga sebagai bopomofo sahaja. Lebih kurang macam ABC atau alef baa taa lah. Inilah dia carta bopomofo yang kita dapat.

Jujurnya saya tak biasa dengan sistem ini kerana saya mempelajari tulisan Cina hanya dengan mendengar dan mengecam bunyi kemudian menulis perkataan Cina tersebut di atas kertas sama seperti yang dilakukan orang dahulu. Penanda nada bagi perkataan yang ditranskripsikan dengan huruf-huruf Zhuyin ini biasanya berbentuk titik apabila ditulis secara menegak di sebelah kanan huruf Cina.

Saya masih lagi berpandangan tulisan Rumi lebih mudah untuk transkripsi bunyi bahasa Cina terutamanya pelajar yang asas. Halnya kerana saya sendiri tidak biasa dengan sistem ini. Ia kelihatan seperti tulisan Katakana dalam bahasa Jepun pula tapi saya rasa tulisan ini tak perlu pun dalam bahasa Cina sebab bahasa Cina memang sudah menggunakan tulisan Cina.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...