Tuesday, 14 December 2010

Salaam!

Apa khabar saudara-saudari sekelian? Saya sengaja mewujudkan blog untuk pembelajaran bahasa Cina. Ini merupakan satu inisiatif bagi mengumpulkan sebanyak mana yang boleh bahan-bahan pembelajaran bagi bahasa Cina supaya kita mempunyai sumber online yang mencukupi untuk medium bahasa Melayu bagi pembelajaran bahasa Cina.

Saya juga berharap agar saudara-saudari Muslim dari negara China dan Taiwan yang ingin mempelajari bahasa Melayu mendapat manfaat dari blog ini. Sebelum itu, saya memohon maaf di atas bahasa Melayu saya yang tunggang terbalik. Saya sudah lama tidak berbahasa Melayu formal.

Sebarang komen, teguran dan cadangan membina boleh lah saudara saudari utarakan kepada kami agar kita dapat menambah baik mutu pembelajaran. 

Marilah kita sama-sama belajar supaya terjalin ukhuwah antara kita semua dan menghubungkan silaturrahim sesama Muslim. Setiap pembelajaran mulakanlah dengan nama Allah yang Pengasih lagi Penyayang.


馬恬寧
Ma Tianning
9 Muharram 1432 H

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...