Tuesday 28 June 2011

Peribahasa: Duduk Kat Perigi

Assalaamu'alaikum wa Rahmatullah!

Selamat sejahtera, saya rasa ramai orang sudah tentu mengetahui maksud bagi peribahasa Melayu ini iaitu katak di bawah tempurung.  Peribahasa ini membawa maksud bahawa seseorang itu sempit sekali pandangan dunianya kerana hanya berlegar dengan dunianya sahaja. Macam lah katak di bawah tempurung, apa pun tidak tahu di luar tempurungnya.

Dalam bahasa Cina, ada juga peribahasa yang hampir setara maknanya iaitu...

坐井觀天
Zuo jing guan tian
Duduk kat telaga memerhati langit

Ada pula cerita di sebalik peribahasa ni. Suatu ketika dahulu, ada seekor katak tinggal dalam sebuah perigi. Satu hari seekor katak duduk di sebelah perigi itu lalu bertemu dengan seekor kura-kura hijau dari Laut Timur.

Katak itu mula membangga diri lah dengan kura-kura katanya, "tengok, telaga saya ini banyak lawa dan betapa bahagianya saya tinggal di sini! Apabila saya terasa penat, saya akan cari lubang dalam telaha ni untuk berehat di dalamnya atau hanya timbul di permukaan airnya. Kalau rasa nak jalan, saya boleh jalan-jalan kat atas lumpur lembut sekitarnya. Tengok kat ketam-ketam, jentik-jentik, dan berudu! Tak ada seekor pun terbanding dengan saya. Saya lah ketua di telaga ni, tempat saya tinggal ni merupakan tempat yang paling baik dan selesa di dunia! Kalau awak suka, saya boleh tunjukkan di bawah telaga ni sekali.

Kura-kura pun terpegunlah dengan gambaran yang diceritakan oleh katak tu. Dia pun rasa hendak lihatnya sendiri bagaimana rupanya dalam telaga tu. Tetapi lepas dia mula nak berjalan, kakinya tersangkut pada penarik timba perigi tu. Jadi dia harus berhati-hati naik atas balik. Katanya: "saya rasa tak selesa dan sempit dalam ni." 

Kemudian dia mula menggambarkan keadaan Laut Timur yang luas dan mengajak katak untuk melihat betapa bahagianya hidup di situ. Katanya katak boleh berenang sepanjang hari. Boleh juga lihat hidupan laut lain seperti ikan, jerung, ikan paus, dan perlbagai jenis makanan... Katak mula bingung. Katanya, "saya tak percayalah ada tempat yang sebaik telaga saya ni. Dia tak boleh membayangkan langsung Laut Timur yang diceritakan oleh kura-kura sebab dia memang tak pernah ke mana-mana pun. Akhirnya dia hanya mengabaikan semua cerita pasal lautan dan terus menyanyikan pujian terhadap tempat tinggalnya yang sempit itu. "rumah jugak yang baik, tak ada tempat lain sebaik ini, setenang ini, dan seselesa ini."

Apa yang kita pelajari dari peribahasa yang sedikit perkataan ini:

1. Ia digunakan untuk menerangkan mengenai orang yang tak banyak pengalaman hidup atau jarang keluar dari kepompong sendiri.
2. Ia membawa maksud pandangan hidup seseorang itu sempit sebab tak banyak berjalan, tak banyak membaca, atau hanya bergaul sesama sendiri saja.

Ada satu lagi peribahasa setara ini dalam bahasa Cina iaitu....

井低之蛙
Jing di zhi wa
Katak kat dasar telaga

Semoga masukan awal pagi kita ni bermanfaat. Selawat nabi s.a.w...

Thursday 23 June 2011

Anggota di Kepala Kita

Assalaamu'alaikum wa Rahmatullah!

Soalan kita ialah...

頭上有甚麼?
Tou shang you shen me?
Di kepala ada apa?

Biasa di kepala kita tentu lah ada anggota di bahagian muka kita. Ringkasnya ada

1. tou kepala
2. fa rambut
3. er telinga
4. 眼睛 yan jing mata
5. 鼻子 bi zi  hidung
6. kou mulut 
7. 牙齒 ya chi gigi

Jadi sekarang awak boleh cuba kaitkan masukan ini dengan masukan sebelumnya yang ada perkataan 的 de tu. Contoh pernyataan...

這是我的
zhe shi wo de fa.
Ini ialah saya punya rambut.

Gantikan perkataan kat yang bergaris tu dengan perkataan-perkataan yang diberikan sebelumnya. Juga boleh gantikan kata gantinama tu dengan ganti nama lain sila rujuk masukan sebelum-sebelum jika berminat. Awak boleh berlatih sebutnya dengan sahabat awak keturunan Cina. Harap bermanfaat, selamat mencuba!!!!

Kenalkan Diri Awak?

Assalaamu'alaikum wa Rahmatullah!

Sekarang ni saya akan ambil contoh dua orang budak, lelaki dan perempuan untuk kita belajar perkenal diri kita.

我是男孩
Wo shi nan hai.
Saya ialah budak laki-laki.

我是女孩
Wo shi nu hai.
Saya ialah budak perempuan.

Pada perkataan bergaris itu, awak boleh gantikan dengan sebarang kata nama sama ada kata nama am atau khas. Jadi kalau awak nak perkenalkan diri awak, awak boleh juga gunakan nama awak sendiri atau pekerjaan awak, gantikan pada bahagian bergaris itu. Mudah kan?

Kemudian macam mana awak nak beritahu lebih lagi tentang diri awak?

我叫馬來遲
Wo jiao Ma Laichi.
Nama saya ialah Ma Laichi.

我今年二十五歲。
Wo jin nian er shi wu sui.
Saya tahun ini 25 tahun.

Setakat ini dahulu untuk masukan kali ini. Sumber saya ambil dari buku tadika budak-budak sekolah Cina aje. Saya malas nak guna benda yang sukar bagi pelajaran saudara-saudari seiman semoga dapat tangkap perkara yang asas-asas je dulu.

Saya nak guna tapak ini untuk pengajaran bahasa Cina yang mudah dan percuma kepada orang di luar alam maya dengan wahana bahasa Melayu. Tapi harap bermanfaat juga kepada pengunjung alam maya di mana-mana pun.

Wednesday 22 June 2011

Simpulan bahasa orang Singapura

Assalaamu'alaikum wa Rahmatullah!

Awal pagi ni, kita bercakap sikit pasal simpulan bahasa orang Singapura yang terkenal gak kat sini. Simpulan bahasa ni dalam bahasa Hokkien sebenarnya. Tapi boleh disebut dalam bahasa Mandarin kalau awak tahu tulisan Cinanya. 

Simpulan bahasa tu ialah...

駕輸 駕死
Kia Su Kia See

Maksudnya takut kalah takut mati...
Orang Hokkien punya perkataan untuk takut tu adalah kia kot...
Ejaan Cina tu saya tak tahu lah betul ke tak...
Saya pernah nampak kat mana-mana...
Yang ni simpulan bahasa kat dalam budaya orang Cina kat Asia Tenggara lah...
Mungkin negatif sikit, tapi harap membantu dari segi karakter dan bahasa Hokkien
sebab bahasa Cina tempatan di sekitar Asia Tenggara sebenarnya banyak dari bahasa Hokkien.
Sikap ni tak baik ya, harap diambil buat teladan.

Selawat atas nabi s.a.w dan ahli keluarganya, serta kepada sahabat dan ummat Islam sekelian.

Monday 13 June 2011

Halal dan Haram

Assalaamu'alaikum wa Rahmatullah!!!

Kalau awak ada berjalan-jalan di negara China, awak akan bertanyakan mengenai restoran halal betul? Saya pun sebenarnya tak pernah ke negara China, dapat tahu pun hanya apabila bergaul dengan sahabat-sahabat warganegara China sahaja. Mungkin boleh guna untuk buat catatan ajaran agama dalam bahasa Cina. Mana lah tahu tak jumpa istilah lepas merujuk ke kamus kan sebab kat sini tak ramai orang Muslim berbahasa Cina jadi kitab-kitab tempatan berbahasa Cina memang tak jumpa bila sampai bab pelajaran fekah atau cabang pengajian lain macam Quran, Hadis, atau Sunnah.

Dalam bahasa Cina, benda-benda halal kita panggil sebagai 清真 Qingzhen. Kalau bahasa Arab kita sebut dalam sebutan Cina sebagai 合萊爾 Halal. Jadi maksud halal ni apa ye? Halal maksudnya perkara yang dibenarkan lah. Perkara yang boleh kita ambil atau lakukan. 

Kalau haram pulak macam mana? Saya pun tak pasti ada terjemahan ke bahasa Cina atau belum macam halal, saya guna istilah bahasa Arab juga lah iaitu 合良目 Haram. Sebutan tulisan Cina tu bukan lah macam ejaan rumi tu kalau sebetulnya tapi kalau boleh sebut betul-betul ikut ejaan bahasa Arab elok sebut yang sebetulnya. Itu cuma transkripsi ke bahasa Cina aje. Ejaan Cina tu saya pun hentam sahaja janji ada bunyi, hahaha. 

Haram maksudnya perkara, mata benda atau perbuatan yang dilarang menurut al-Quran. Tapi jangan pula terlalu sempit memahami istilah ni. Sebab haram juga membawa maksud yang dihormati. Kalau ada sesuatu perkara contohnya macam dalam makanan yang awak dilarang mendekatinya bukan sebab benda itu hina. Tetapi maksudnya mesti dihormati larangan tersebut. Sekaligus benda yang dilarang atau pantang itu mestilah dihormati.

Contoh perkara haram dalam makanan atau sesuka hati bermain atau bergelumang dengannya macam darah, daging babi, atau anjing serta lain-lain yang tersebut dalam kitab suci al-Quran. Yang ni awak boleh dapatkan bantuan guru agama untuk keterangan lanjut. Jangan hanya ikut-ikutan sahaja dalam amalan.

Kalau dah tahu, boleh lah tanya pula mana dalil semua lepas tu boleh lah beramal tanpa ragu-ragu. Ada siapa-siapa nak terjemah ke bahasa Cina ke untuk perkara ni? Sila lah saya tak kisah lagi saya suka. Saya cuma malas nak taip semua ke bahasa Cina sebab saya nak hubungan dua hala untuk tetamu senegara yang singgah kalau tersinggah lah. Kalau boleh buat teh ke kopi dah tentu saya buatkan untuk sambut tetamu, haha.

Saya harap sedikit sebanyak memberi manfaat kepada saudara-saudari semuslim yang saya sayangi sekelian.

Sunday 12 June 2011

Istilah untuk Masjid?

Assalaamu'alaikum wa Rahmatullah!!

Post pagi ni saya akan buat ringkas je sebab cuma menyentuh istilah. Kita bercakap mengenai tempat beribadat. Dalam beberapa buku pembelajaran bahasa Cina yang saya pinjam dan lihat lah, terjemahan untuk Masjid dalam bahasa Cina adalah 回教堂 Hui Jiao Tang.

Saya rasa istilah yang lebih sesuai dan lebih lama dipakai adalah 清寺 Qing Si sahaja. Istilah ni terpakai di negara China dan Taiwan jugak. 教堂 Jiao Tang lebih kepada Gereja orang Barat. Istilah  Hui di negara China merujuk kepada orang Muslim yang berbahasa Cina. Tapi sekarang ni dah ada minoriti etnik 漢 Han yang menganuti ajaran Islam dan tidak menukar pun status mereka kepada etnik Hui. Zaman dahulu orang Hui ni kebanyakannya berketurunan bapa orang Arab atau Parsi dan emak orang Han atau mungkin dari etnik Uyghur. Sekarang saya pun agak pening, sebab saya tanya kat mereka sendiri dan dah tak boleh nak beza. Anggap semua Muslim sama bangsa sahaja lah, saya pun suka begitu.

Semoga saudara-saudari dihormati mendapat manfaat dan maklumat tambahan... Ada sebarang pembetulan jangan malu ajukan kepada saya. Saya boleh betulkan semula.

Wednesday 8 June 2011

Kegunaan perkataan 的 de

Assalaamu'alaikum wa Rahmatullah!

Sebenarnya saya hendak kongsikan dengan saudara-saudari saya tentang penggunaan kata "punya." Kalau awak biasa dengan bahasa Melayu pasar yang dipengaruhi dengan tatabahasa Cina awak pasti akan mudah faham hal ini. 

Untuk ajarkan secara formal, saya kurang lah sedikit sebab saya pun bukan seorang guru yang baik. Saya berikan contoh dengan ungkapan ini: "Islam itu mudah terang dan mudah difahami." Dalam bahasa Cina, kita akan terjemahkan menjadi 伊斯蘭是明确和容易的 Yiselan shi ming que he rongyi de. Sebenarnya akan ada perkataan de yang bermaksud punya di belakang pernyataan. Dalam tatabahasa Melayu sebenarnya tak perlu ada perkataan punya pada pernyataan sebegini.  

Jadi saudara-saudari berketurunan Cina yang jarang bertutur bahasa Melayu, hati-hati ya bila bertutur bahasa Melayu. Walaupun orang jarang akan tegur awak, tapi elok lah bertutur bahasa Melayu yang kurang dipengaruhi tatabahasa ibunda. Bahasa Melayu piawai saya pun dah mula tak betul bila saya kurang bercakap bahasa Melayu piawai lagi.

Saya tak pasti pula penjelasan mengenai hal ini, sebab saya cuma dapatnya dari persekitaran secara spontan apabila saya mula bertutur bahasa Cina pada zaman yang saya sudah tak ingat lagi, hahaha. Perkataan de ni pun awak boleh gunakan untuk menunjukkan barang atau sesuatu yang kepunyaan awak. Apa kata saya beri awak contoh?

1. 妹妹
    Wo de meimei
    Adik perempuan saya.

2. 這是我經書
    Zhe shi wo de jingshu.
    Ini adalah kitab saya.

3. 阿利先生是我們老師
    Ali xiansheng shi women de laoshi.
    Encik Ali ialah guru kami.

Perkataan baru awak

阿利 Ali - nama orang, pasti seorang lelaki lah
先生 Xiansheng - encik
Shi - ialah
Zhe - ini
老師 Laoshi - guru, cikgu
經書 Jingshu - kitab, buku doa ditulis dalam bahasa Arab
妹妹 Meimei - adik perempuan

Awak boleh meminta kawan-kawan Cina awak berikan perkataan-perkataan ringkas untuk membuat latihan penggunaan kata 的 de ini. Pos yang sebelum ini juga boleh digunakan perkataan-perkataannya. Jangan malu lah, kawan-kawan Cina awak pasti gembira bila tahu awak nak belajar bahasa dan budaya mereka. Mereka akan sedia ajarkan awak.

Minta maaf saya tak sempat nak senaraikan latihan kerana ada satu jam lagi untuk waktu solat Zuhur, terpaksa bersedia untuk bersolat jemaah. Masjidnya agak jauh dan hanya berjalan kaki sahaja. Harap saudara-saudari saya mendapat manfaat walaupun hanya sedikit sahaja perkara yang diposkan. 

Sebarkan dakwah Islamiah kepada saudara kemanusiaan, sebarkan keamanan dan rahmat Allah ke seluruh alam. Bahasa ini cuma alat penyampaian. Jika orang ramai tidak mahu terima pun jangan lah marah, tanggungjawab kita hanya memberi maklumat dan bantu ke arah pengetahuan sahaja. Terima atau tidak terima itu hal Tuhan. Asalkan orang ramai sudah tahu, itu pun sudah memadai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...