Wednesday, 8 June 2011

Kegunaan perkataan 的 de

Assalaamu'alaikum wa Rahmatullah!

Sebenarnya saya hendak kongsikan dengan saudara-saudari saya tentang penggunaan kata "punya." Kalau awak biasa dengan bahasa Melayu pasar yang dipengaruhi dengan tatabahasa Cina awak pasti akan mudah faham hal ini. 

Untuk ajarkan secara formal, saya kurang lah sedikit sebab saya pun bukan seorang guru yang baik. Saya berikan contoh dengan ungkapan ini: "Islam itu mudah terang dan mudah difahami." Dalam bahasa Cina, kita akan terjemahkan menjadi 伊斯蘭是明确和容易的 Yiselan shi ming que he rongyi de. Sebenarnya akan ada perkataan de yang bermaksud punya di belakang pernyataan. Dalam tatabahasa Melayu sebenarnya tak perlu ada perkataan punya pada pernyataan sebegini.  

Jadi saudara-saudari berketurunan Cina yang jarang bertutur bahasa Melayu, hati-hati ya bila bertutur bahasa Melayu. Walaupun orang jarang akan tegur awak, tapi elok lah bertutur bahasa Melayu yang kurang dipengaruhi tatabahasa ibunda. Bahasa Melayu piawai saya pun dah mula tak betul bila saya kurang bercakap bahasa Melayu piawai lagi.

Saya tak pasti pula penjelasan mengenai hal ini, sebab saya cuma dapatnya dari persekitaran secara spontan apabila saya mula bertutur bahasa Cina pada zaman yang saya sudah tak ingat lagi, hahaha. Perkataan de ni pun awak boleh gunakan untuk menunjukkan barang atau sesuatu yang kepunyaan awak. Apa kata saya beri awak contoh?

1. 妹妹
    Wo de meimei
    Adik perempuan saya.

2. 這是我經書
    Zhe shi wo de jingshu.
    Ini adalah kitab saya.

3. 阿利先生是我們老師
    Ali xiansheng shi women de laoshi.
    Encik Ali ialah guru kami.

Perkataan baru awak

阿利 Ali - nama orang, pasti seorang lelaki lah
先生 Xiansheng - encik
Shi - ialah
Zhe - ini
老師 Laoshi - guru, cikgu
經書 Jingshu - kitab, buku doa ditulis dalam bahasa Arab
妹妹 Meimei - adik perempuan

Awak boleh meminta kawan-kawan Cina awak berikan perkataan-perkataan ringkas untuk membuat latihan penggunaan kata 的 de ini. Pos yang sebelum ini juga boleh digunakan perkataan-perkataannya. Jangan malu lah, kawan-kawan Cina awak pasti gembira bila tahu awak nak belajar bahasa dan budaya mereka. Mereka akan sedia ajarkan awak.

Minta maaf saya tak sempat nak senaraikan latihan kerana ada satu jam lagi untuk waktu solat Zuhur, terpaksa bersedia untuk bersolat jemaah. Masjidnya agak jauh dan hanya berjalan kaki sahaja. Harap saudara-saudari saya mendapat manfaat walaupun hanya sedikit sahaja perkara yang diposkan. 

Sebarkan dakwah Islamiah kepada saudara kemanusiaan, sebarkan keamanan dan rahmat Allah ke seluruh alam. Bahasa ini cuma alat penyampaian. Jika orang ramai tidak mahu terima pun jangan lah marah, tanggungjawab kita hanya memberi maklumat dan bantu ke arah pengetahuan sahaja. Terima atau tidak terima itu hal Tuhan. Asalkan orang ramai sudah tahu, itu pun sudah memadai.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...