Assalaamu'alaikum wa Rahmatullah!!
Post pagi ni saya akan buat ringkas je sebab cuma menyentuh istilah. Kita bercakap mengenai tempat beribadat. Dalam beberapa buku pembelajaran bahasa Cina yang saya pinjam dan lihat lah, terjemahan untuk Masjid dalam bahasa Cina adalah 回教堂 Hui Jiao Tang.
Saya rasa istilah yang lebih sesuai dan lebih lama dipakai adalah 清寺 Qing Si sahaja. Istilah ni terpakai di negara China dan Taiwan jugak. 教堂 Jiao Tang lebih kepada Gereja orang Barat. Istilah 回 Hui di negara China merujuk kepada orang Muslim yang berbahasa Cina. Tapi sekarang ni dah ada minoriti etnik 漢 Han yang menganuti ajaran Islam dan tidak menukar pun status mereka kepada etnik Hui. Zaman dahulu orang Hui ni kebanyakannya berketurunan bapa orang Arab atau Parsi dan emak orang Han atau mungkin dari etnik Uyghur. Sekarang saya pun agak pening, sebab saya tanya kat mereka sendiri dan dah tak boleh nak beza. Anggap semua Muslim sama bangsa sahaja lah, saya pun suka begitu.
Semoga saudara-saudari dihormati mendapat manfaat dan maklumat tambahan... Ada sebarang pembetulan jangan malu ajukan kepada saya. Saya boleh betulkan semula.
No comments:
Post a Comment