Tuesday, 28 June 2011

Peribahasa: Duduk Kat Perigi

Assalaamu'alaikum wa Rahmatullah!

Selamat sejahtera, saya rasa ramai orang sudah tentu mengetahui maksud bagi peribahasa Melayu ini iaitu katak di bawah tempurung.  Peribahasa ini membawa maksud bahawa seseorang itu sempit sekali pandangan dunianya kerana hanya berlegar dengan dunianya sahaja. Macam lah katak di bawah tempurung, apa pun tidak tahu di luar tempurungnya.

Dalam bahasa Cina, ada juga peribahasa yang hampir setara maknanya iaitu...

坐井觀天
Zuo jing guan tian
Duduk kat telaga memerhati langit

Ada pula cerita di sebalik peribahasa ni. Suatu ketika dahulu, ada seekor katak tinggal dalam sebuah perigi. Satu hari seekor katak duduk di sebelah perigi itu lalu bertemu dengan seekor kura-kura hijau dari Laut Timur.

Katak itu mula membangga diri lah dengan kura-kura katanya, "tengok, telaga saya ini banyak lawa dan betapa bahagianya saya tinggal di sini! Apabila saya terasa penat, saya akan cari lubang dalam telaha ni untuk berehat di dalamnya atau hanya timbul di permukaan airnya. Kalau rasa nak jalan, saya boleh jalan-jalan kat atas lumpur lembut sekitarnya. Tengok kat ketam-ketam, jentik-jentik, dan berudu! Tak ada seekor pun terbanding dengan saya. Saya lah ketua di telaga ni, tempat saya tinggal ni merupakan tempat yang paling baik dan selesa di dunia! Kalau awak suka, saya boleh tunjukkan di bawah telaga ni sekali.

Kura-kura pun terpegunlah dengan gambaran yang diceritakan oleh katak tu. Dia pun rasa hendak lihatnya sendiri bagaimana rupanya dalam telaga tu. Tetapi lepas dia mula nak berjalan, kakinya tersangkut pada penarik timba perigi tu. Jadi dia harus berhati-hati naik atas balik. Katanya: "saya rasa tak selesa dan sempit dalam ni." 

Kemudian dia mula menggambarkan keadaan Laut Timur yang luas dan mengajak katak untuk melihat betapa bahagianya hidup di situ. Katanya katak boleh berenang sepanjang hari. Boleh juga lihat hidupan laut lain seperti ikan, jerung, ikan paus, dan perlbagai jenis makanan... Katak mula bingung. Katanya, "saya tak percayalah ada tempat yang sebaik telaga saya ni. Dia tak boleh membayangkan langsung Laut Timur yang diceritakan oleh kura-kura sebab dia memang tak pernah ke mana-mana pun. Akhirnya dia hanya mengabaikan semua cerita pasal lautan dan terus menyanyikan pujian terhadap tempat tinggalnya yang sempit itu. "rumah jugak yang baik, tak ada tempat lain sebaik ini, setenang ini, dan seselesa ini."

Apa yang kita pelajari dari peribahasa yang sedikit perkataan ini:

1. Ia digunakan untuk menerangkan mengenai orang yang tak banyak pengalaman hidup atau jarang keluar dari kepompong sendiri.
2. Ia membawa maksud pandangan hidup seseorang itu sempit sebab tak banyak berjalan, tak banyak membaca, atau hanya bergaul sesama sendiri saja.

Ada satu lagi peribahasa setara ini dalam bahasa Cina iaitu....

井低之蛙
Jing di zhi wa
Katak kat dasar telaga

Semoga masukan awal pagi kita ni bermanfaat. Selawat nabi s.a.w...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...