Thursday 23 June 2011

Kenalkan Diri Awak?

Assalaamu'alaikum wa Rahmatullah!

Sekarang ni saya akan ambil contoh dua orang budak, lelaki dan perempuan untuk kita belajar perkenal diri kita.

我是男孩
Wo shi nan hai.
Saya ialah budak laki-laki.

我是女孩
Wo shi nu hai.
Saya ialah budak perempuan.

Pada perkataan bergaris itu, awak boleh gantikan dengan sebarang kata nama sama ada kata nama am atau khas. Jadi kalau awak nak perkenalkan diri awak, awak boleh juga gunakan nama awak sendiri atau pekerjaan awak, gantikan pada bahagian bergaris itu. Mudah kan?

Kemudian macam mana awak nak beritahu lebih lagi tentang diri awak?

我叫馬來遲
Wo jiao Ma Laichi.
Nama saya ialah Ma Laichi.

我今年二十五歲。
Wo jin nian er shi wu sui.
Saya tahun ini 25 tahun.

Setakat ini dahulu untuk masukan kali ini. Sumber saya ambil dari buku tadika budak-budak sekolah Cina aje. Saya malas nak guna benda yang sukar bagi pelajaran saudara-saudari seiman semoga dapat tangkap perkara yang asas-asas je dulu.

Saya nak guna tapak ini untuk pengajaran bahasa Cina yang mudah dan percuma kepada orang di luar alam maya dengan wahana bahasa Melayu. Tapi harap bermanfaat juga kepada pengunjung alam maya di mana-mana pun.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...