Showing posts with label budaya cina. Show all posts
Showing posts with label budaya cina. Show all posts

Wednesday, 30 April 2014

Jenis Tao


Kalau selalu menonton filem-filem Cina lakonan mendiang pakcik 林正英 Lam Ch'ing Yeng (Lin Zheng Ying), pasti anda dapat lihat unsur-unsur Taoisme yang kuat. Saya membesar dengan filem-filem Hong Kong serta Taiwan lah. Tak pernah pun menonton filem Tanah Besar China. 

Saya dapati, saya pula lebih mengamalkan budi bahasa Confucianisme berbanding dengan orang Tanah Besar bila bergaul dengan mereka selain saya pun terbiasa dengan ajaran Buddha Mahayana tradisi Cina serta Tibet kerana zaman remaja saya pun sering berkunjung ke tokong-tokong Cina pada hari perayaan atau ketika ke tempat baru. Sekali-sekala pun mendengar ceramah agama dari bhiksu-bhiksu serta membaca risalah-risalah agama Buddha. Inilah kehidupan lampau saya sebagai remaja peranakan Arab-Punjab (saya menurut keturunan bapa). 

Mungkin pertalian nenek moyang dengan wilayah Punjab dan Sindh (kini di bahagian Pakistan) menyebabkan saya pun mencondong ke ajaran Buddha semasa kecil itu mengalami kesedihan dipulau saudara mara yang berketurunan Melayu serta tidak pula berkawan-kawan dengan rakan sedarjah akibat sering berpindah-randah. Sebelah ibu saya mempunyai cawangan keluarga keturunan Melayu dan juga Cina yang diislamkan. Yang belum Muslim dalam kalangan keluarga-keluarga Cina itu turut menjadi keluarga. Di Kuala Lumpur pula, jiran-jiran sebelah semua pun berbangsa Cina. Maka benda yang mereka dengar, tonton, baca termasuk juga budaya pun diserap oleh saya yang masih kanak-kanak.

Jenis Tao

Terdapat perdebatan juga mengenai ajaran Tao tentang penggolongannya. Tao ini umumnya terbahagi dua iaitu:
  • 道家 Tao Jia, falsafah keluarga berdasarkan kepada 道德經 Tao Te Ch'ing dan kitab 莊子 Zhuang Zi. Kitab-kitab ini dihubungkan menerusi istilah Tao Jia semasa dinasti Han. Tak dapat juga dipastikan sama ada Zhuang Zi biasa dengan kitab Tao Te Ch'ing tetapi beliau sekurang-kurangnya mengakui dirinya itu seorang pengikut Tao. Penggolongan ini belum wujud lagi ketika beliau hidup atau selepas meninggal dunia.
  • 道教 Tao Jiao, ajaran Tao. Iaitu jenis pergerakan agama teratur yang turut berkongsi konsep dan istilah yang terbit dalam Tao Jiao. Yang belajar Tao Jia itu dari cabang yang digelar aliran 天師道 Tien Shi Tao.
Perbezaan ini ditolak mentah-mentah oleh cendekiawan Orientalis Barat dan orang Jepun. Mereka mencabarnya dengan kesukaran penafsiran (hermeneutik) dalam menggolongkan beratus-ratus aliran Tao, mazhab dan pergerakannya. Taoisme ini bukan dipelajari sebagai asal-usul agama Cina, atau sebagai sejenis keragaman agama rakyat Cina. Walaupun konsep-konsep setengahnya sama, tetapi banyak juga agama rakyat Cina itu di luar daripada ajaran Tao dan tidak kena mengena pun dengan asas-asas Tao.

Pengkaji ilmu kecinaan Isabelle Robinet dan Livia Kohn bersetuju bahawa "Taoisme itu tak pernah menjadi bentuk agama seragam, dan sentiasa mengandungi gabungan ajaran ajaran berdasarkan kepada kepelbagaian 'wahyu' asal".

Senarai Kata Vietnam


Untuk ideogram Cina tak rasmi dan jenis loghat dalam bahasa bukan Cina yang memakai huruf Cina... Ini dicampur Utara-Selatan Vietnam disebabkan setengah unicode nya tidak ada... Tulisan Cina Vietnam dilarang penggunaannya oleh penjajah Perancis walaupun diminta untuk dipelihara oleh seorang penganut Kristian Katolik keturunan Vietnam, Nguen Chuong To.

Kata Penunjuk

呢 nầy (ni) ini
勢呢 thế này begini, makanya begini
妬 đó (tu) situ, sana, itu
勢 thế begitu, makanya begitu
箕 kia sinun, nun di sana
悲 bây ini

Kata Soal

兜 đâu mana
鬧 nào yang mana satu
牢 sao bagaimana
為牢 vi sao kenapa

Kata Ganti Diri I

倅 tôi (tui) saya
騷 tao (tau) aku
眾倅 chúng tôi kami
眾些 chúng ta kita

Kata Ganti Diri II

眉 mày (mi) engkau
眾眉 chúng mày kau orang
伴 bàn teman, kawan
翁 ong encik

Kata Ganti Diri III

伮 nó dia
眾伮 chúngnó mereka
翁意 ong ấy encik itu
婆意 bà ấy puan itu
姑意 cô ấy saudari itu
姉意 chị ấy cik adik itu
偀意 anh ấy saudara itu

Beberapa perkataan sudah hilang tanda bunyi atau ditukar ke huruf bahasa Cina sebab tidak standard... Ini contoh bahasa di Nanyang yang bukan dialek Cina tapi bertulisan Cina seperti bahasa Jepun atau bahasa Korea.

Saturday, 26 April 2014

Lagu Guangxi: Kuoei Liao Kuoei

 

Wilayah Guangxi terletak sebelah wilayah Guangdong. Orang Guangdong bertutur bahasa Cina Kantonis seperti di Hong Kong. Wilayah Guangxi terletak sebelah Barat Daya negara China. Sama seperti ketika mendakwahkan orang Melayu atau orang Lembah Indus (Pakistan), nenek moyang kami (bangsa Arab) setengahnya berkorban dan melebur diri mereka dalam masyarat tempatan dengan memakai pakaian tempatan, mengikut bahasa dan mengaji adat-adat tempatan supaya tidak mengguris perasaan orang tempatan. Mereka tidak memaksa budaya Arab kepada ummat lain sebaliknya bertukar-tukar kebudayaan dan ilmu. 

Keadaan begini turut berlaku dengan dinasti Qing apabila maharaja suku kaum Manchu yang pertama atau kedua sendiri bersumpah menjadi lebih Han daripada etnik Han demi mengekalkan keamanan empayar Manchuria (kurun ke-16 sehingga ke-19 M). Sampai ke generasi kita, ramai pun sudah tidak tahu cerita lagi... Jika mahu dihormati, hormat juga orang lain.

Ingatan mesra ini tidak khusus untuk mana-mana bangsa pun. Cuma ingatilah kita semua adalah manusia dulu, baru pikirkan benda lain-lain...

Sunday, 6 January 2013

Kenangan Sebelum Tahun Baru Cina 2012

Saya hanya berjalan berseorangan melihat-lihat pekan di sekitar kawasan Georgetown sebelum perayaan Tahun Baru pada 21 Januari 2012. Orang Melayu di Pulau Penang menyebut Georgetown dengan nama lamanya sahaja, iaitu Tanjung. 

Waktu pagi saya cuma berjalan mengambil gambar kenangan. Sebenarnya saya biasa saja dengan pekan Georgetown. Sudah terlalu banyak kali pergi kerana saya memang tinggal selama lebih kurang lima tahun belajar di Pulau Pinang. Saya malas hendak memanggil semula ingatan, haha. Tempek gambar sahaja berkongsi...

Yang ini tokong Fude di Armenia Street antara yang pernah saya lawati. Saya malas hendak taipkan tulisan Cina nya. Anda boleh lihat pada papan tanda yang ada kain rentang warna merah itu. Itu lah nama tokong tersebut.  




Ini papan tanda lah sebelum masuk ke tokong itu, ada sedikit maklumat... Tempat ini untuk simpan papan nama empat perserikatan kaum keluarga...


Berikut adalah dewan sembah Jiande... Di tengah-tengah tembok tokong tu ada ruangan berkumpul dan ada juga papan-papan nama ditempek pada dinding tembok bagi mengingati penyumbang kepada pembinaan tokong.



Kuanyin Ting atau Persinggahan Bodhisatva Kuanyin yang didirikan oleh orang Kantonis di Pulau Pinang...Kuanyin adalah salah satu dewa dalam masyarakat Cina beragama Buddha. Bagi orang Cina, ia berjantina perempuan. Tapi bagi penganut ajaran Buddha dari India purba, ia tidak berjantina dan dikenali sebagai Avalokiteswara. Ia mendengar rintihan makhluk di bumi dan menurunkan belas kasihan. Saya tak pasti bagi penganut ajaran Tao sama ada dewa atau dewi ini terdapat dalam cerita-cerita agama mereka.    


Waktu tak ramai orang ok lah. Kalau ramai orang tu, mesti berkabus di depannya sakit tekak dan mata saya kerana asap kertas kuning dijampi dan juga colok yang dibakar banyak-banyak. Saya pun membakar kayu cendana, kayu pokok pear dan kemeyan juga di rumah atau di bilik. Ia bertujuan membuang bauan tak dikehendaki supaya tumpuan kerja kita tidak terganggu dengan bau busuk. Tapi saya tak membakar dengan begitu banyak. Mungkin satu atau dua batang sahaja cukup. Ia membazir pula kalau bakar banyak-banyak selain membahayakan kesihatan dan menyebabkan pencemaran udara. 


Depan laman tokong persinggahan Bodhisatva Kuanyin. Saya terangkan gambaran suasana kepada anda mungkin anda ada yang tak biasa. 

Dalam ruangan sembah utama agak sempit dan ada berhala bodhisatva atau dewa-dewa yang berperanan macam malaikat. Ada penulis jampi dan juga kotak derma. Berkabus banyak lah kalau orang sembahkan colok di situ. Ruangan sebelah kanan itu ada berhala Buddha Guru. Zaman dulu saya biasa tak pakai kasut dan membuka topi jika memakainya apabila berada di kawasan penganut Buddha walaupun ada orang pakai kasut di tokong Cina. Gambar berhala saya tak ambil satunya sebab menghormati penganut Buddhisme dan Taoisme. Yang keduanya sebab terlalu ramai orang dan berasap tebal.      

Banyak lah gambar... Saya hendak lupuskannya saja tapi rasa macam sayang pula sebab ia sejenis kenangan. Nanti tengok lah mana nak tempekkan supaya boleh dapatkan semula.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...