Showing posts with label perbendaharaan kata. Show all posts
Showing posts with label perbendaharaan kata. Show all posts

Sunday, 12 June 2011

Istilah untuk Masjid?

Assalaamu'alaikum wa Rahmatullah!!

Post pagi ni saya akan buat ringkas je sebab cuma menyentuh istilah. Kita bercakap mengenai tempat beribadat. Dalam beberapa buku pembelajaran bahasa Cina yang saya pinjam dan lihat lah, terjemahan untuk Masjid dalam bahasa Cina adalah 回教堂 Hui Jiao Tang.

Saya rasa istilah yang lebih sesuai dan lebih lama dipakai adalah 清寺 Qing Si sahaja. Istilah ni terpakai di negara China dan Taiwan jugak. 教堂 Jiao Tang lebih kepada Gereja orang Barat. Istilah  Hui di negara China merujuk kepada orang Muslim yang berbahasa Cina. Tapi sekarang ni dah ada minoriti etnik 漢 Han yang menganuti ajaran Islam dan tidak menukar pun status mereka kepada etnik Hui. Zaman dahulu orang Hui ni kebanyakannya berketurunan bapa orang Arab atau Parsi dan emak orang Han atau mungkin dari etnik Uyghur. Sekarang saya pun agak pening, sebab saya tanya kat mereka sendiri dan dah tak boleh nak beza. Anggap semua Muslim sama bangsa sahaja lah, saya pun suka begitu.

Semoga saudara-saudari dihormati mendapat manfaat dan maklumat tambahan... Ada sebarang pembetulan jangan malu ajukan kepada saya. Saya boleh betulkan semula.

Tuesday, 24 May 2011

Keluarga

Assalaamu'alaikum wa Rahmatullah!


Institusi keluarga ni sangat penting dalam pembentukan masyarakat dan negara. Sebenarnya keluarga ni adalah satu masyarakat yang kecil sebelum membentuk masyarakat yang besar macam dalam satu unit perumahan atau satu kampung kepada satu negara.

Jadi masukan saya hari ni adalah mengenai struktur dalam keluarga lah. Dalam keluarga akan ada bapa sebagai ketua keluarga. Kemudian ada ibu yang menjadi pendidik dalam keluarga dan pembantu kepada bapa. Kemudian ada anak-anak. Ada anak sulung macam abang dan kakak. Ada yang kecil sedikit kita panggil adik-adik. 

Jadi dalam bahasa Cina, keluarga kita panggil sebagai 家庭 jia ting. Bapa sebagai ketua keluarga dan pembimbing keluarga kita panggil sebagai 爸爸 ba ba. Ibu dalam keluarga kita panggil sebagai 媽媽 ma ma. Sebenarnya dalam bahasa Cina lama ada lagi panggilan lain untuk kedua pangkat dalam keluarga ini tapi saya malas hendak campur adukkan. Kita pakai bahasa Cina biasa-biasa saja sebab untuk perhubungan harian dengan kawan-kawan.

Dalam bahasa Cina, ada beza pula anak lelaki dan anak perempuan. Anak lelaki kita panggil sebagai 兒子 er zi. Anak perempuan kita panggil sebagai 女兒 nu er. Yang sebutan untuk anak perempuan tu saya tak reti nak letak tanda, minta jasa baik awak tolong tanyakan bunyi kepada rakan-rakan Cina yang awak kenal untuk bantu awak dengan tunjukkan tulisan kepadanya.

Kalau awak nak panggil abang, awak boleh kata 哥哥 ge ge. Abang long awak panggil sebagai 大哥 da ge. Kalau kakak awak panggilnya dalam bahasa Cina sebagai 姐姐 jie jie. Kak long awak panggil je sebagai da jie.  Abang ngah atau kak ngah? Awak boleh guna bilangan untuk itu. Contoh abang ngah, sebagai 二哥 er ge. Kak ngah pun macam tu, 二姐 er jie. Kalau awak ada lagi sembilan orang abang atau kakak di atas awak, awak pakai je bilangan macam tu ke seterusnya. 

Adik pun ada beza lelaki dan perempuan. Adik lelaki kita panggil sebagai 弟弟 di di. Adik perempuan kita panggil sebagai 妹妹 mei mei. Adik bongsu lelaki dipanggil sebagai 小弟弟 xiao di di. Adik bongsu perempuan dipanggil sebagai 小妹妹 xiao mei mei.

Kalau awak nak tanya soalan berkaitan berapa ramai adik beradik awak? Secara umum, awak boleh tanya soalan macam ni "你有幾口兄弟幾口姐妹? ni you ji kou xiongdi ji kou jie mei?" 兄弟 xiongdi membawa maksud saudara lelaki tak kira lah kecil atau dah besar. 姐妹 jiemei maksudnya saudara perempuan tak kira kecil atau besar.

Awak jawab macam mana? Kalau awak ada tiga orang abang dan dua orang kakak, awak kena sebutkan lah bilangan mereka. "我有三口哥哥兩口姐姐 wo you san kou gege, liang kou jiejie." Kalau ada adik awak sebut lah berapa orang adik yang awak ada. Misalnya lapan orang adik lelaki, 八口弟弟 ba kou didi, dan tiga orang adik perempuan 三口妹妹 san kou meimei.

Masa awal bulan ramadhan tahun lepas pun saya ada sembang dengan kawan saya dari China di universiti. Saya sebenarnya dah lama berhenti terus berbahasa Mandarin sejak saya berhenti kerja di lapangan terbang lebih kurang enam tahun lepas. Kadang-kadang saya faham seseorang itu bercakap di sekeliling saya tapi saya tak boleh balas dalam bahasa yang sama. Sama halnya dengan bahasa Urdu dan bahasa Thai yang saya pernah bertutur dan dengar semasa kecil.  Kalau tak amalkan memang akan hilang lama-lama.

Saya harap masukan yang ringkas bermanfaat bagi saudara saudari saya. Kalau salah silap saya mohon maaf memang salah saya bukan salah sesiapa. Ada cadangan membina sila sahaja berikan saya tak malu terima cadangan orang ramai yang berbelas kasihan kepada saya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...