Wednesday 30 April 2014

Jenis Tao


Kalau selalu menonton filem-filem Cina lakonan mendiang pakcik 林正英 Lam Ch'ing Yeng (Lin Zheng Ying), pasti anda dapat lihat unsur-unsur Taoisme yang kuat. Saya membesar dengan filem-filem Hong Kong serta Taiwan lah. Tak pernah pun menonton filem Tanah Besar China. 

Saya dapati, saya pula lebih mengamalkan budi bahasa Confucianisme berbanding dengan orang Tanah Besar bila bergaul dengan mereka selain saya pun terbiasa dengan ajaran Buddha Mahayana tradisi Cina serta Tibet kerana zaman remaja saya pun sering berkunjung ke tokong-tokong Cina pada hari perayaan atau ketika ke tempat baru. Sekali-sekala pun mendengar ceramah agama dari bhiksu-bhiksu serta membaca risalah-risalah agama Buddha. Inilah kehidupan lampau saya sebagai remaja peranakan Arab-Punjab (saya menurut keturunan bapa). 

Mungkin pertalian nenek moyang dengan wilayah Punjab dan Sindh (kini di bahagian Pakistan) menyebabkan saya pun mencondong ke ajaran Buddha semasa kecil itu mengalami kesedihan dipulau saudara mara yang berketurunan Melayu serta tidak pula berkawan-kawan dengan rakan sedarjah akibat sering berpindah-randah. Sebelah ibu saya mempunyai cawangan keluarga keturunan Melayu dan juga Cina yang diislamkan. Yang belum Muslim dalam kalangan keluarga-keluarga Cina itu turut menjadi keluarga. Di Kuala Lumpur pula, jiran-jiran sebelah semua pun berbangsa Cina. Maka benda yang mereka dengar, tonton, baca termasuk juga budaya pun diserap oleh saya yang masih kanak-kanak.

Jenis Tao

Terdapat perdebatan juga mengenai ajaran Tao tentang penggolongannya. Tao ini umumnya terbahagi dua iaitu:
  • 道家 Tao Jia, falsafah keluarga berdasarkan kepada 道德經 Tao Te Ch'ing dan kitab 莊子 Zhuang Zi. Kitab-kitab ini dihubungkan menerusi istilah Tao Jia semasa dinasti Han. Tak dapat juga dipastikan sama ada Zhuang Zi biasa dengan kitab Tao Te Ch'ing tetapi beliau sekurang-kurangnya mengakui dirinya itu seorang pengikut Tao. Penggolongan ini belum wujud lagi ketika beliau hidup atau selepas meninggal dunia.
  • Tao Jiao, ajaran Tao. Iaitu jenis pergerakan agama teratur yang turut berkongsi konsep dan istilah yang terbit dalam Tao Jiao. Yang belajar Tao Jia itu dari cabang yang digelar aliran 天師 Tien Shi Tao.
Perbezaan ini ditolak mentah-mentah oleh cendekiawan Orientalis Barat dan orang Jepun. Mereka mencabarnya dengan kesukaran penafsiran (hermeneutik) dalam menggolongkan beratus-ratus aliran Tao, mazhab dan pergerakannya. Taoisme ini bukan dipelajari sebagai asal-usul agama Cina, atau sebagai sejenis keragaman agama rakyat Cina. Walaupun konsep-konsep setengahnya sama, tetapi banyak juga agama rakyat Cina itu di luar daripada ajaran Tao dan tidak kena mengena pun dengan asas-asas Tao.

Pengkaji ilmu kecinaan Isabelle Robinet dan Livia Kohn bersetuju bahawa "Taoisme itu tak pernah menjadi bentuk agama seragam, dan sentiasa mengandungi gabungan ajaran ajaran berdasarkan kepada kepelbagaian 'wahyu' asal".

Tatabahasa Asas Vietnam


Bahasa Vietnam, seperti juga bahasa-bahasa lain di Asia Tenggara ini, merupakan jenis bahasa analitik atau terasing. Ia tidak memperguna penanda bunyi bagi hal, jantina, bilangan atau kala. Kesannya, ia tidak mempunyai perbezaan terbatas dan tidak terbatas.

Bentuk pembentukan ayat pun seperti bahasa Melayu (sov), contohnya saya pukul dia. Saya itu pemangsa, pukul itu perbuatan, dia itu mangsa. Tidak mempunyai penjodoh bilangan tertentu...

Contoh Ayat

美羅生員。
Mai là sinh viên.
Mei adalah pelajar.

夾慄高。
Giáp rất cao.
Jia sangat tinggi.

人妬羅偀的伮
Nhân (người) đó là anh đích (của) nó.
Orang itu adalah abang punya dia.

昆㹥尼空包除加。
Con chó này không (chẳng) bao giờ sủa cả.
Seekor anjing ini tak pernah menyalak langsung.

伮只咹粓越南慛
Nó chỉ ăn cơm Việtnam thôi.
Dia cuma makan nasi Vietnam saja.

丐繩重㛪, 伮不羅咦
Cái thằng chồng em, nó bất (chẳng) ra gì.
Itu suami punya saya, dia memang tak guna.

倅適昆馭
Tôi thích con ngựa hắc (đen).
Saya suka seekor kuda hitam.

倅適昆馭
Tôi thích cái con ngựa đen.
Saya suka sebarang kuda hitam.

Senarai Kata Vietnam


Untuk ideogram Cina tak rasmi dan jenis loghat dalam bahasa bukan Cina yang memakai huruf Cina... Ini dicampur Utara-Selatan Vietnam disebabkan setengah unicode nya tidak ada... Tulisan Cina Vietnam dilarang penggunaannya oleh penjajah Perancis walaupun diminta untuk dipelihara oleh seorang penganut Kristian Katolik keturunan Vietnam, Nguen Chuong To.

Kata Penunjuk

呢 nầy (ni) ini
勢呢 thế này begini, makanya begini
妬 đó (tu) situ, sana, itu
thế begitu, makanya begitu
箕 kia sinun, nun di sana
悲 bây ini

Kata Soal

兜 đâu mana
鬧 nào yang mana satu
牢 sao bagaimana
vi sao kenapa

Kata Ganti Diri I

倅 tôi (tui) saya
騷 tao (tau) aku
chúng tôi kami
chúng ta kita

Kata Ganti Diri II

眉 mày (mi) engkau
chúng mày kau orang
bàn teman, kawan
ong encik

Kata Ganti Diri III

伮 nó dia
chúng mereka
ong ấy encik itu
婆意 bà ấy puan itu
ấy saudari itu
chị ấy cik adik itu
anh ấy saudara itu

Beberapa perkataan sudah hilang tanda bunyi atau ditukar ke huruf bahasa Cina sebab tidak standard... Ini contoh bahasa di Nanyang yang bukan dialek Cina tapi bertulisan Cina seperti bahasa Jepun atau bahasa Korea.

Saturday 26 April 2014

Senarai Kosa Kata Qinghai dan Gansu


Ganti Diri

Qinghai

我 Bě Saya
我人 Eren Saya
我哋 Bědě Kami
咱們 Mangě Kita
他 Töi, ta Kamu, dia

Gansu

我 Bu Saya
我們 Budan Kami
咱們 Mangě Kita
他 Töi, ta Kamu, dia

Catitan Kosa Kata

Qinghai
 
阿娜 Ana (b. Turki) Ibu
阿姨 Aji (b. Cina) Makcik
Semsěng (b. Tibet) Bulu Kening
Ndzamba (b. Tibet) Pipi
頭長 Těrěn Kepala
喝 Wu Minum 
Warta Padam api
Darě Sejuk
故 Gu Mati
Ndem (b. Tibet) Lelabah
阿姑 Agě Gadis
Tsazi Anak

Gansu

阿媽 Ama Ibu
阿娜 Ayna Makcik
眉目 Mimo (b. Cina) Bulu Kening
Dzanbu (b. Tibet) Pipi
頭長 Těrong Kepala
Ho Minum 
Watěr Padam api
Kitěr Sejuk
蜘蛛 Zizo Lelabah
阿姑 Ago Gadis 
Rarě Anak
大夫 Daefu Tabib

Terdapat juga orang Mongol Muslim di Qinghai dan Gansu. Bahasa mereka disebut bahasa Baonan serta orang keturunan Tibet.

Loghat Bahasa Cina Utara (Mandarin)


Sebenarnya saya bertutur bahasa Cina piawai saja tapi itu tidak bermaksud bahawa semua perkataan itu disebut seperti ejaan rumi bahasa Cina. Saya cuma sebut 官話 Kwan Hwa bila penutur bahasa Cina lain tanya saya. Semasa ditemuduga kerja dalam bahasa Cina dulu, penemuduga itu dengar loghat saya seperti orang Utara jadi dia sebut spontan, 普通話 Putong Hwa!... Itu loghat di Beijing sana. Saya tersinggung lalu saya beritahu, "Tidaklah tuan, saya cuma bertutur bahasa seperti orang semua di sini. Saya tak bersekolah jenis kebangsaan Cina jadi bahasa saya sudah jadi seperti wayang lama itu maaf saya lah. Saya bukan pendatang haram!".

Beza loghat Beijing dengan bahasa Cina biasa itu terdapat pada hujung ayat mereka. Habis semua pun ada bergulung "err".... Sering juga saya mengalami masalah dengan pelajar Muslim China pedalaman seperti dari wilayah Gansu (kita sebut Long saja). Mereka pun ada masa tak faham saya. Saya lagilah tak faham mereka.... Jadi saya banyak guna tulisan di kertas juga nak menjelaskan perkara... Untuk itu, sangat tidak tepat jika kita fikir bahawa loghat bahasa Cina Utara itu cuma bahasa Mandarin (sebenarnya sejenis bahasa Cina Utara) yang dipelajari di sekolah jenis kebangsaan Cina saja.

Loghat Bahasa Mandarin

Utara
  • Beijing
  • Dongbei
  • Jilu
  • Jiaoliao
  • Zhongyuan
  • Lanyin
  • Jin
Selatan
  • Jianghuai
  • Xinan
Senarai ini tidak termasuk bahasa Cina di wilayah-wilayah Guangzhou dan Fuzhou. Fuzhou pun ada bahasa dan loghat-loghat sendiri seperti loghat Chaozhou (Teochiew), Fujian Minnan, Fujian Minbei dan banyak lagi. Di Guangzhou ada bahasa Bai Yue (Bac Viet) iaitu rujukan bahasa Kantonis serta loghat mereka seperti Taishan. Di Utara pun sesetengah negeri seperti Jiangsu mempunyai bahasa sendiri seperti bahasa Wu. Begitu juga bahasa Gan (Hakka) di Selatan yang berbunyi seperti bahasa Mandarin dituturkan sekitar Jiangxi serta Hunan.

Bentuk Bunyi

Loghat sebelah sini pula banyak mengikut loghat orang Fujian dan Guangzhou. Saya pun faham loghat Guangzhou tapi bila suruh saya bercakap saya tak reti pula. Banyak perkataan disebut dengan sebutan berbeza ikut individu (sebenarnya komuniti ikut wilayah di China juga) atau ikut loghat... Contoh..

(bulan) saya sebut yueh tetapi orang Gansu sebut yui.
(orang) saya sebut jĕrn, orang berpendidikan Cina sebut rĕn atau lĕrnn.
(langit) saya sebut tiê... Setengah orang sebut tin seperti orang Kantonis atau thean.
(dengar) saya sebut tiĕng... Setengah orang sebut ting, setengah théngg.
(ikan) saya sebut yu...Setengah orang sebut iu.
(pagi) saya sebut tsĕn... Setengah orang ikut ejaan pinyin, chĕn.
(kecil) saya sebut hiaw... Sebutan buku, xiao (shiauw).
(abang) saya sebut heong... Sebutan ikut ejaan buku, xiong (sheong).
(anak) saya sebut arr... ejaan buku, ĕr.
(tuah) saya sebut hu... ejaan buku, fu.

Jadi, tidak semestinya bahasa Mandarin itu "standard". Ia pun mempunyai ragam mengikut rantau, wilayah, ceruk kampung, pekan, serta suku kaum.

Lagu Guangxi: Kuoei Liao Kuoei

 

Wilayah Guangxi terletak sebelah wilayah Guangdong. Orang Guangdong bertutur bahasa Cina Kantonis seperti di Hong Kong. Wilayah Guangxi terletak sebelah Barat Daya negara China. Sama seperti ketika mendakwahkan orang Melayu atau orang Lembah Indus (Pakistan), nenek moyang kami (bangsa Arab) setengahnya berkorban dan melebur diri mereka dalam masyarat tempatan dengan memakai pakaian tempatan, mengikut bahasa dan mengaji adat-adat tempatan supaya tidak mengguris perasaan orang tempatan. Mereka tidak memaksa budaya Arab kepada ummat lain sebaliknya bertukar-tukar kebudayaan dan ilmu. 

Keadaan begini turut berlaku dengan dinasti Qing apabila maharaja suku kaum Manchu yang pertama atau kedua sendiri bersumpah menjadi lebih Han daripada etnik Han demi mengekalkan keamanan empayar Manchuria (kurun ke-16 sehingga ke-19 M). Sampai ke generasi kita, ramai pun sudah tidak tahu cerita lagi... Jika mahu dihormati, hormat juga orang lain.

Ingatan mesra ini tidak khusus untuk mana-mana bangsa pun. Cuma ingatilah kita semua adalah manusia dulu, baru pikirkan benda lain-lain...

Saya Muslim Kecil

Ini sebuah rancangan mingguan kanak-kanak di Taiwan. Saya ingat bolehlah untuk pengetahuan asas. Kenapa penganut ajaran Islam tidak makan daging babi? Bagaimana dengan susu babi? Kadang-kala lawak jenaka sesama kawan di sekolah boleh jadi bergaduh besar pula. Hal ini terjadi boleh jadi disebabkan kekurangan kesedaran sivik juga... 

 

 

Ini rancangan membuat liputan mengenai seorang budak keturunan Pakistan sebagai seorang anak keluarga Muslim. Malas nak taip. Komputer kekunci saya sudah nak hancur....

Jurnal Ribuan Batu Hwang Ho: Gan Gou Yi

Ahli Guomindang yang Muslim

 

Parti Kebangsaan China turut dianggotai oleh anggota-anggota dari keluarga Muslim... Jadi, tolong jangan mengaitkan sesuatu bangsa atau umat itu dengan jenama-jenama kepartian, kebangsaan dan sebagainya. Setiap tempat ada sejarahnya, begitu juga China...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...