Saturday, 26 April 2014

Loghat Bahasa Cina Utara (Mandarin)


Sebenarnya saya bertutur bahasa Cina piawai saja tapi itu tidak bermaksud bahawa semua perkataan itu disebut seperti ejaan rumi bahasa Cina. Saya cuma sebut 官話 Kwan Hwa bila penutur bahasa Cina lain tanya saya. Semasa ditemuduga kerja dalam bahasa Cina dulu, penemuduga itu dengar loghat saya seperti orang Utara jadi dia sebut spontan, 普通話 Putong Hwa!... Itu loghat di Beijing sana. Saya tersinggung lalu saya beritahu, "Tidaklah tuan, saya cuma bertutur bahasa seperti orang semua di sini. Saya tak bersekolah jenis kebangsaan Cina jadi bahasa saya sudah jadi seperti wayang lama itu maaf saya lah. Saya bukan pendatang haram!".

Beza loghat Beijing dengan bahasa Cina biasa itu terdapat pada hujung ayat mereka. Habis semua pun ada bergulung "err".... Sering juga saya mengalami masalah dengan pelajar Muslim China pedalaman seperti dari wilayah Gansu (kita sebut Long saja). Mereka pun ada masa tak faham saya. Saya lagilah tak faham mereka.... Jadi saya banyak guna tulisan di kertas juga nak menjelaskan perkara... Untuk itu, sangat tidak tepat jika kita fikir bahawa loghat bahasa Cina Utara itu cuma bahasa Mandarin (sebenarnya sejenis bahasa Cina Utara) yang dipelajari di sekolah jenis kebangsaan Cina saja.

Loghat Bahasa Mandarin

Utara
  • Beijing
  • Dongbei
  • Jilu
  • Jiaoliao
  • Zhongyuan
  • Lanyin
  • Jin
Selatan
  • Jianghuai
  • Xinan
Senarai ini tidak termasuk bahasa Cina di wilayah-wilayah Guangzhou dan Fuzhou. Fuzhou pun ada bahasa dan loghat-loghat sendiri seperti loghat Chaozhou (Teochiew), Fujian Minnan, Fujian Minbei dan banyak lagi. Di Guangzhou ada bahasa Bai Yue (Bac Viet) iaitu rujukan bahasa Kantonis serta loghat mereka seperti Taishan. Di Utara pun sesetengah negeri seperti Jiangsu mempunyai bahasa sendiri seperti bahasa Wu. Begitu juga bahasa Gan (Hakka) di Selatan yang berbunyi seperti bahasa Mandarin dituturkan sekitar Jiangxi serta Hunan.

Bentuk Bunyi

Loghat sebelah sini pula banyak mengikut loghat orang Fujian dan Guangzhou. Saya pun faham loghat Guangzhou tapi bila suruh saya bercakap saya tak reti pula. Banyak perkataan disebut dengan sebutan berbeza ikut individu (sebenarnya komuniti ikut wilayah di China juga) atau ikut loghat... Contoh..

(bulan) saya sebut yueh tetapi orang Gansu sebut yui.
(orang) saya sebut jĕrn, orang berpendidikan Cina sebut rĕn atau lĕrnn.
(langit) saya sebut tiê... Setengah orang sebut tin seperti orang Kantonis atau thean.
(dengar) saya sebut tiĕng... Setengah orang sebut ting, setengah théngg.
(ikan) saya sebut yu...Setengah orang sebut iu.
(pagi) saya sebut tsĕn... Setengah orang ikut ejaan pinyin, chĕn.
(kecil) saya sebut hiaw... Sebutan buku, xiao (shiauw).
(abang) saya sebut heong... Sebutan ikut ejaan buku, xiong (sheong).
(anak) saya sebut arr... ejaan buku, ĕr.
(tuah) saya sebut hu... ejaan buku, fu.

Jadi, tidak semestinya bahasa Mandarin itu "standard". Ia pun mempunyai ragam mengikut rantau, wilayah, ceruk kampung, pekan, serta suku kaum.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...