Monday 20 December 2010

Huruf Arab Tulisan Cina

Salaam!!!!

Ini sambungan masukan sebelum ini. Saya cuba meletakan transkripsi tulisan Arab untuk bahasa Cina. Ada setengah huruf yang tak dapat ditranskripsikan sebab tak sama dengan huruf dalam papan kekunci bahasa Arab atau bahasa Farsi dari segi jumlah titik dan tanda lain. Cerdik pandai bahasa Cina Muslim ada juga menambahkan tanda pada huruf supaya boleh mewakili bunyi bahasa Cina yang tak dapat dibunyikan huruf-huruf yang asas.

ا 阿 (a)
ب با 爸 (ba)
پ 婆 (po)
ت تا 塔 (ta)
ث ثئ 些 (xie)
ج 這 (zhe)
چ 車 (che)
ح 河 (he)
خ 湖 (khu)
دٍ 釘 (ding)
ذ ذى 在 (zai)
ر لِر 粒兒 (li'r)
ژ 熱 (re)
س 信 (xin, sin)
سْ 思 (si)
ش 是 (shi)
ص 色 (se)
ض (dhaad)
ضْ 冊 (ce)
طٌ 遵 (zun)
ظ 作 (zuo)
ع 惡 (e'r)
ف 廢 (fei)
ق 個 (ge)
ك 可 (k'e)
گ (ganch)
گ کا 仰 (yiang, sepatutnya huruf kaf tu ada tiga titik)
ل 里 (li)
م 秘 (mi)
ن 你 (ni)
ه ها 哈 (ha)
و ء 無 (wu)
ي (ya)
ی یا 呀 (yaa)

Kalau tulisan pada paparan terlalu kecil, awak boleh copy dan paste dalam word. Kemudian besarkan tulisannya. Ini bagi sesiapa yang berminat hendak mempelajari karakter bahasa Cina lah. Kalau tak berminat sebab saya faham sangat lah susah pada permulaannya, maka belajar bunyi pun dah cukup untuk perbualan biasa. Vokal penghabisan perkataan pun ada ejaannya untuk perkataan Cina tapi mata saya sudah berat, saya masuk tidur dahulu. Ada kelapangan saya cuba periksa lah. Semoga bermanfaat untuk saudara-saudari!

1 comment:

  1. Salamualaikum. Saya sangat berminat dengan tulisan saudara. Kebetulan saya sedang buat penyelidikan berkaitan konsonan Arab mengikut pelat lisan bahasa Mandarin. Boleh ke sekiranya saudara dapat membantu saya? Terima kasih..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...