Showing posts with label perkataan. Show all posts
Showing posts with label perkataan. Show all posts
Thursday, 15 May 2014
Senarai Perkataan Asas 2
Satu Suku Kata
米 mi Beras
山 sharn Bukit
星 xing Bintang, Planet
牆 qiarng Tembok, Dinding
與 yu Sama dengan
村 tsun Kampung
椰 ye Kelapa, Nyiur
鹿 lu Rusa
Dua Suku Kata
小舟 xiao zhu Tongkang
圖畫 tu huar Gambarajah
晒台 sai tai Batas
耳朶 arr duo Cuping telinga
肥皂 fei zao Sabun
戒指 ji zher Cincin
鋤頭 chutou Cangkul
Wednesday, 14 May 2014
Senarai Perkataan Asas 1
Salam!
Saya tak mempunyai sukatan pelajaran tersusun. Mungkin saya akan poskan saja masukan yang saya teringat sepintas lalu dulu. Nanti baru susun semula...
Satu Suku Kata
鐵 tie Besi
糖 t'ong Gula
話 hua Cakap
樹 ṣ'hu Pokok
釘 diĕng Paku
蛋 d'an Telur
牛 ñu Lembu
名 miĕng Nama
Dua Suku Kata
桌子 zhuo zi Meja
生命 shĕng miĕng Hidup
牙齒 yā chĕr Gigi
Wednesday, 30 October 2013
Waktu Solat
Assalaamu'alaikum wa rahmatullah
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi singgah ke mari. Sudah lama saya tidak kemas kini bahagian yang ini. Saya tidak tahu hendak berkongsi apa mengenai bahasa atau kebudayaan Cina. Ada buah fikiran sahaja baru saya buat masukan....
Masukan yang ini, saya cuba perbuat untuk waktu salat atau sembahyang. Kalau terjemahan bahasa Melayu itu, setengah orang kata bahawa sembahyang itu tak begitu sesuai. Jika tidak sesuai, kenapa para pendakwah zaman dahulu perguna perkataan ini untuk dipakai semasa berbicara dengan orang Melayu di rantau Asia Tenggara ini? Sembahyang ertinya memberi tabik hormat kepada langit. Langit dalam pemahaman orang zaman purba, bukan semestinya orang Melayu yang bekas-bekas penganut agama Hindu-Buddha itu sahaja; membawa erti segala perkara yang melibatkan Tuhan, roh nenek moyang serta sebagainya. Mengenai Tuhan pula, janganlah kita berspekulasi mengenai jisim Nya. Sesungguhnya berspekulasi perkara yang Tuhan tidak pernah sampaikan kepada kita menerusi kitab suci itu adalah haram, fitnah dan berdosa.
Jadi, salat dalam bahasa Cina disebut sebagai:
禮拜 li bai salat
Kalau nak sebut bahasa Arab pun, orang Hui boleh memahaminya. Tapi sebutan Sino-Arabnya agak pelik sedikit bunyi nya....
賽倆特 s'ai liang te atau solat menurut bunyi bahasa Arab yang disebut di negara China
atau pun....
薩拉赫 s'ai la he atau solah yang sama macam bahasa Melayu....
Jika bercakap dengan orang ramai, sebaiknya pakai sahaja perkataan li bai sahaja kerana lebih difahami ramai termasuk oleh non-Muslim.
禮拜的時間
Li bai de Shijian
Waktu Solat
晨禮 chen li solat subuh
晌禮 sheong li solat zohor
晡禮 bu li solat asar
昏禮 hun li solat maghrib
宵禮 xiao li solat isyak
Selain itu, di negara China pula setengah orang Hui yang berketurunan Persia akan menggunakan kata 乃瑪子 namazi yang bermaksud sembahyang dalam bahasa Parsi sama seperti orang di India, Iran, Afghanistan, Pakistan dan Turki juga.
Kalau solat beramai-ramai itu, dipanggil 會禮 hui li atau solat jemaah. Solat berjemaah boleh dibuat di mana-mana juga seperti di masjid, di rumah, di surau atau dalam bilik.
Jadi sekarang saya nak masukkan ayat yang saya petik saja di mana-mana pun dan diharapkan ia mudah dan boleh dipakai oleh semua orang...
每個星期五的晌禮需集體到清真寺參加,稱為“主麻禮拜”或簡稱“聚禮”。
Mei ge xingqi wu de sheong li xuyao jili dao qingzhensi can jia, chengwei zhuma libai huo jiancheng ju li.
Setiap hari Jumaat punya waktu Zohor harus pergi menyertai jemaah di masjid, dipanggil lah sebagai solat Jumaat atau ringkasnya sembahyang Jumaat.
在重大宗教節日的禮拜稱為“會禮”。
Zai zhong da zung jiao jie ri de libai chengwei hui li
Solat pada perayaan keagamaan utama disebut sebagai solat jemaah.
Kosa Kata
每個 mei ge setiap
星期五 xingqi wu hari Jumaat
的 de punya
晌禮 sheongli solat Zohor
需 xu harus
集體 ji li berkumpul sembahyang
到 dao ke
清真寺 qing zhen si masjid
參加 can jia menyertai
稱為 chengwei disebut
主麻禮拜 zhuma libai solat Jumaat
或 huo atau
簡稱 jian cheng mudahnya disebut
聚禮 ju li solat Jumaat (tulisan ringkas)
在 zai pada
重大 zhung da penting, utama
宗教 zhung jiao agama, keagamaan
節日 jie ri perayaan
Erm, seperti biasa tulisan bahasa Cina yang disertakan itu sebenarnya bagi sesiapa yang berminat hendak mengetahui bunyi sebutan perkataan kerana sebutan bahasa Cina berbeza-beza mengikut loghat wilayah. Kalau nak bercakap dengan orang Cina di Malaysia sila pastikan jangan guna sebutan negara China kerana mungkin akan dipandang serong sebagai pendatang haram.
Subscribe to:
Posts (Atom)


