Showing posts with label bahasa cina. Show all posts
Showing posts with label bahasa cina. Show all posts

Thursday, 15 May 2014

Senarai Perkataan Asas 2


Satu Suku Kata

米 mi Beras
山 sharn Bukit
星 xing Bintang, Planet
牆 qiarng Tembok, Dinding
與 yu Sama dengan
村 tsun Kampung
椰 ye Kelapa, Nyiur
鹿 lu Rusa

Dua Suku Kata 

小舟 xiao zhu Tongkang
圖畫 tu huar Gambarajah
晒台 sai tai Batas
耳朶 arr duo Cuping telinga
肥皂 fei zao Sabun
戒指 ji zher Cincin
鋤頭 chutou Cangkul

Wednesday, 14 May 2014

Senarai Perkataan Asas 1

Salam!


Saya tak mempunyai sukatan pelajaran tersusun. Mungkin saya akan poskan saja masukan yang saya teringat sepintas lalu dulu. Nanti baru susun semula...

Satu Suku Kata

鐵 tie Besi
糖 t'ong Gula
話 hua Cakap
樹 ṣ'hu Pokok
釘 diĕng Paku
蛋 d'an Telur
牛 ñu Lembu
名 miĕng Nama

Dua Suku Kata

桌子 zhuo zi Meja
生命 shĕng miĕng Hidup
牙齒 yā chĕr Gigi

Friday, 9 May 2014

Huruf Cina Ringkas dan Huruf Penuh


Mari saya terangkan. Di Malaysia, Singapura dan Tanah Besar China, jenis huruf yang dipakai dalam sistem pendidikan serta penerbitan itu adalah 簡體字 jien tizi, huruf ringkas. Di Taiwan, Hong Kong, dan mereka yang dididik dengan bahasa Cina secara persendirian, kita memakailah 繁體字 fan tizi, huruf tradisional.  Orang tua-tua awal kurun ke-19 M, setengahnya ketika itu memang pakai huruf lama.

Masalah saya sebagai pengguna tulisan Cina tradisional bila membaca tulisan ringkas adalah:
  • Saya mempunyai masalah dengan makna, terpaksa meneka.
  • Saya tetap menulis dalam huruf tradisional jika membuat penulisan, hasilnya budak-budak bersekolah rendah jenis kebangsaan Cina yang mari minta bantuan saya untuk kerja rumah sering kena marah di sekolah, haha.
  • Saya tak reti baca huruf ringkas. 
  • Menulis huruf tradisional dengan cepat menghasilkan tulisan cakar ayam seperti azimat.
  • Tak sesuai untuk orang yang hendak belajar membaca dan menulis.
  • Tak boleh tulis loghat percakapan orang Beijing yang bergulung-gulung itu.
Kebaikan huruf tradisional:
  • Huruf tradisional boleh menulis loghat bahasa Cina lain-lain.
  • Boleh difahami orang Jepun, Vietnam dan Korea yang belajar sastera Cina walaupun tak reti bahasa.
  • Baca atau tengok terus tahu makna.
  • Dah erti bahasa Cina tak perlu belajar tulis pun tahu baca sendiri, dulu saya disuruh baca saja... Dengan rotan, haha.
  • Orang ramai cakap lebih cantik walaupun saya rasa seperti buruk saja bila menulisnya, lol.
Malas hendak tulis panjang... Jom kita lihat....

Tak Berubah

Yang ini semua memang sedia ringkas jadi tidak berubah bentuknya... Banyak sebenarnya. Saya cuma senaraikan yang terlintas di fikiran saja lah...

用 yung guna
的 de punya
是 shi ialah
不 bu tidak
我 wo saya, aku
一 yi satu
有 you ada
大 da besar
在 zai di, sedang ada
人 zen orang
了 le, liau sudah
中 zhung tengah, dalam, sedang
到 dao sampai, sehingga

小 xiao kecil
心 xin hati
上 shang atas
下 xia bawah
手 shou tangan
要 yao mahu
以 yi pada, di
可 ke boleh
你 ni engkau, awak
好 hao baik
年 ñen tahun
美 mei lawa
火 huo api
水 shui air
木 mu kayu, pokok
都 dou semua, pun
就 chiu macam, capai, dekat
曾 ceng pernah 

Berubah Bentuk

Sebab calitnya agak rumit, mungkin... Saya pun tak pasti... Saya agak, terdapat lebih kurang 300 huruf yang diringkaskan untuk membasmi buta huruf. Dalam kurungan itu huruf ringkas yang dipakai di penerbitan rasmi di Nanyang (Singapura & M'sia) dan Tanah Besar China....

來 (来) lai mari
會 (会) hui boleh, akan, jumpa
個 (个) go, ge penjodoh bilangan
這 (这) zhe, zhei ini
為 (为) vey untuk buat sesuatu, demi
龍 (龙) lung naga
資 (资) zi modal
愛 (爱) ai cinta, sayang
兒 (儿) arr anak
氣 (气) tekanan angin, gas
學 (学) xue belajar

風 (风) fung angin
凰 (凤) hwang burung api
樣 (样) yiang seperti
將 (将) jiang akan, sedia
給 (给) kei beri, bagi
馬 (马) ma kuda, nama keluarga
長 (长) zhang panjang
寫 (写) xie tulis
門 (门) men pintu
聽 (听) tieng dengar
價 (价) jie, jia harga, nilai, pelayan, orang tengah
書 (书) shu buku, tempah
車 (车) cher kereta
變 (变) bian tukar, ubah
單 (单) dan, chan bil, senarai, penghulu, panglima
辦 (办) ban urus, buat, berkira
東 (东) dung timur
義 (义) yi adil

Setakat ini saja.. Saya mengambil kesempatan menasihati supaya pelajar bahasa Cina yang baru nak mula itu guna huruf ringkas-ringkas dulu. Belajar bercakap dulu, sudah cekap boleh mula dengan tulisan. Guna tulisan ringkas pun bagus untuk menulis. Lebih cepat berkesan, kurang sakit kepala!

Friday, 21 February 2014

36 Ideogram asas

三十六個字


Boleh digunakan buat belajar tulisan Kanji (Sino-Jepun) bagi pelajar bahasa Jepun juga kerana tulisan lama... Saya boleh guna untuk nota ajaran bahasa juga...

日ri matahari, hari

月 yue, yui bulan

水 shui air

火 huo api

山 shan gunung

木 mu kayu

林 lin hutan

森 sen hutan lebat

象 xiang gajah

田 tian padang, sawah, bendang

夫 fu lelaki, suami

馬 ma kuda

魚 yui ikan

船 chuar sampan

網 wang jala, jaring

雨 yu hujan

雲 yun awan

傘 san payung

石 shi batu

龜 gui kura-kura

虎 hu harimau

羊 yang kambing

舍 she rumah, gubuk

花 hua bunga

豕 shi babi

鹿 lu rusa

鳥 niao burung

門 men pintu

犬 quan anjing

子 zi anak

女 nu perempuan

草 cao rumput

人 ren orang

Ini tulisan anda boleh guna untuk perbendaharaan kata. Sekarang anda sudah mengetahui lebih kurang 36 perkataan bahasa Cina termasuk tulisan mewakili bunyinya.

Wednesday, 4 December 2013

Latihan 2

Assalamu'alaikum wa rahmatullah


阿爸坐在客廳裡觀賞電視節目
Ah ba zuo zai keting li guanshang dianshi jiemu
Bapa duduk di ruang tamu memantau rancangan tv

青文是個勤勞的孩子
Qingwen shi ge qinlao de haizi
Qingwen seorang budak yang rajin

我家後面有一條小河
Wo jia houmian you yi tiao xiao he
Belakang rumah saya ada sebatang alur sungai

阿姨坐火車到吉隆坡去
A yi zuo huoche dao jilongpo qu
Makcik naik kereta api pergi ke KL


Monday, 8 October 2012

Kawan Baik - 好個朋友

Assalaamu'alaikum wa rahmatullah saudara saudari dihormati sekelian

Dalam kita berkenalan dan bersahabat dengan orang ramai, kita tidak dapat lah mengelakkan rasa sedih berpisah terutamanya jika kita cuma ada beberapa orang kawan sahaja. Saya akan menampilkan beberapa contoh ayat yang saudara-saudari boleh gunakan dalam perbualan seharian. Ayatnya rumit sedikit.

不要傷心了啊... 可能他還是把你當好個朋友的不然他不會告訴他要回家呀...
Buyao shangxin le a... keneng ta haishi ba ni danghao ge pengyou de buran ta buhui gaosu ta yao hui jia ya...

 所以你不要傷心了。和他拿聯繫方式囉... 哪知道有一天你會去那裡做工呢到時就可以找他了...
Suoyi ni buyao shangxinle. He ta na lianxi fangshi lo...  Na zhidao you yi tian ni hui qu nali zuo gong ne daoshi jiu keyi zhao ta le...

Jangan sedih lah... Mungkin dia masih menganggap kamu kawan yang baik jika tidak dia tak akan beritahu yang dia ingin pulang. Maka nya jangan lah bersedih. Ambil lah cara berhubung dengan nya... Mana tahu suatu hari nanti kami akan pergi ke sana untuk urusan kerja jadi sampai masanya kamu boleh mencarinya...

Ayat ini sebenarnya ayat seorang rakan yang meminta rakannya bertenang sahaja selepas seorang kawan baik nya balik ke rumah dan kemungkinan tidak berjumpa lagi pada masa hadapan kerana jarak yang sangat jauh. Jadi dia memberi cadangan supaya mengambil cara berhubung atau kontak sesama kawan bagi memudahkan perhubungan. Boleh lah saudara-saudari dihormati meneliti bentuk ayatnya berdasarkan makna yang ditebalkan tulisannya.

Kata Nama

聯繫方式 Lianxi fangshi cara berhubung
朋友 Pengyou kawan 
家 Jia rumah 

Kata Kerja

告訴 Gaosu beritahu
拿 Na, lo ambil
 找 Zhao cari
 知道 Zhidao tahu
 做工 Zuogung bekerja

Kata Sifat

傷心 Shangxin sedih hati 

Berkenaan sebutannya sedaya upaya nya memeriksa dan menggunapakai ejaan bahasa Cina tulisan Rumi. Jika ada kesilapan harap dibetulkan untuk kemudahan bersama. Boleh juga meminta rakan-rakan berbahasa Cina lain membantu. Semoga terhibur dan selamat belajar...

Tuesday, 4 September 2012

Terjemahan Surah Maryam Bil Surah ke-19: 1-10

卡弗.哈.也.阿因.散德 (1) 這是敘述你的主對於他的僕人宰加里也的恩惠 (2) 當時他低聲地呼籲他的主說 (4) 我的主啊! 我的骨頭已弱了我已白髮蒼蒼了。我的主啊! 我沒有為祈禱您而失望 (5) 我的確擔心我死後堂兄弟們不能繼承我的職位, 我的妻子又是不會生育的。求您賜我一個兒子啦! (6) 來繼承我並繼承葉爾孤的部分後裔。我的主啊!求您使他成為可喜的 (7) 宰加里也啊! 我必定以一個兒子向給你報喜他的名字就是葉哈也,我以前沒有使任何人與他同名 (8) 他說:我的主呀! 我的妻子是不會生育的, 我也是老態龍鍾了, 我怎麼會有兒子的呢??? (9) 真主說:"事情就是這樣。你的主說:這對於我是容易的。以前你不存在,而我創造了你" (10)

Sila buka kitab suci al-Quran saudara-saudari dan lihat terjemahan dan tafsirnya. Saya sedang mengumpulkan perbendaharaan kata dan cuba mengubah bunyi ke tulisan rumi. Sebutan saya mungkin tak sama macam sebutan piawai bahasa Cina jadi kena periksa dahulu. Akan menambahbaik tampalan ini, inshaAllah.  

Hadis Nabi s.a.w: Persaudaraan dalam Islam


穆罕瑪德聖人當在旅行時常觀在別人的後面。他會促進弱的人又支持他又祈禱為他。

(Sunan Abu Dawud, 討伐書, 2639號 - 哈散標準的聖訓)


Muhanmo shengren dang zai luxing shihou shichang guan zai bieren de hou mian. Ta hui cuojin rou de ren you jichi ta you qidao wei ta.

(Sunan Abu Dawud, Taofa Shu, 2639 hao - hasan piaozhun de shengxun)

Mafhumnya: 

Nabi Muhammad s.a.w semasa mengembara selalu memerhatikan belakang orang lain. Baginda akan membantu di belakang orang yang lemah dan menyokongnya serta berdoa demi nya. 

(Sunan Abu Dawud, Kitab Jihad, Bil. 2639 - hadis bertaraf hasan)

Hadis ini mengajarkan kita erti persaudaraan dan persahabatan sesama umat manusia dan umat Islam. Saudara-saudari yang dikasihi, semoga kita sentiasa menjadikan akhlak nabi kita Muhammad s.a.w sebagai panduan untuk kita menjalani kehidupan. Saya terlupa saya ada banyak terjemahkan hadis-hadis dan beberapa bahan dalam bahasa Cina. InshaAllah saya akan menampalkannya di sini untuk tatapan dan renungan bersama selain kita berhibur dan berehat sambil belajar bahasa Cina.  

Kalau berminat hendak menterjemahkan kitab-kitab hadis sunnah, mengembangkan pembelajaran bahasa Arab melalui wahana bahasa Cina dan perundangan Islam ke bahasa Cina boleh kita berkongsi fikrah bersama. Saya sangat menghargai teguran, bantuan atau cadangan saudara-saudari untuk kita sama-sama mengembangkan Islam dan menyampaikan rahmat Allah ke seluruh alam. 

Thursday, 21 July 2011

Loghat Sichuan

Assalaamu'alaikum wa Rahmatullah!

Kita sudah biasa lah dengan bahasa Cina dialek Kantonis atau Fujian sebab komuniti Cina di Malaysia ini dari wilayah Guangdong dan Fujian sendiri. Loghat kita belajar hari ini adalah loghat wilayah Sichuan yang terletak sebelah Barat Daya negara China.

Loghat ni boleh difahami di wilayah berjiran seperti Hubei, Guzhou, Yunnan, Hunan, dan Shaanxi. Boleh juga digunakan di wilayah Tibet dalam kalangan etnik Yi, Qiang, dan Tibet kerana ia merupakan bahasa kedua mereka. 

Apa yang bezanya dengan bahasa Cina standard? Bezanya dari segi perkataan dan sedikit sebanyak tatabahasa. Loghat Sichuan kini terbentuk dengan penghijrahan orang dari wilayah Hunan, Jiangxi, dan Guangdong ke Sichuan sejak zaman dinasti Ming.

Tengok perbendaharaan kata lah apa bezanya?
Ni kat kata kerjanya... tengok sedikit-sedikit...
Boleh nak guna apabila berbual, mana tahu kalau terjumpa orang Barat Daya di mana-mana.

躂 da jatuh
車 ce putar
煪 qiu asapkan
破 po turis
耍 sua main
膀 pang sentuh
豁 ho tipu

Nanti sambung senarai lagi ok.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...