Wednesday 15 December 2010

Pengenalan Bahasa Cina

Tulisan khat Cina dihasilkan oleh penyair dinasti Song, Mi Fu (1051-1108)

Bahasa Cina merupakan salah satu bahasa dalam kelompok bahasa Sino-Tibet. Bahasa Cina ditulis dengan menggunakan simbol-simbol yang berasal dari lukisan zaman purba dipanggil sebagai ideogram. 

Saya pernah mengalami pengalaman apabila orang bertanya kepada saya, kenapa bahasa Cina tak ada abjad? Sebenarnya bahasa Cina bukan bahasa bertulis dengan abjad seperti bahasa Inggeris atau pun bahasa Arab. Pada zaman dahulu, orang Cina belajar menulis dan membaca bersama dengan kemahiran berbahasa yang mereka sudah ada. Kalau zaman sekarang ini, sudah ada tulisan rumi Cina dikenali sebagai Hanyu Pingying 漢語拼音 yang membunyikan tulisan ideogram Cina. Jadi saudara-saudari pun tak perlu bersusah payah menghafal huruf Cina sekaligus belajar bahasa Cina lagi.  

Di negara China, bahasa Cina dipanggil sebagai Hanyu 漢語 iaitu bahasa orang Han. Manakala di luar negara China, bahasa Cina dirujuk sebagai Huayu 華語 menunjukkan hubungan kebudayaan dan pertalian dengan tamadun di negara China. Di antara pelbagai etnik yang wujud di negara China, bahasa Cina dirujuk sebagai Zhongguo Hua 中國話 bermaksud bahasa negara China.

Tulisan Cina kini boleh dibaca dan ditulis dalam dua bentuk. Iaitu bentuk yang ringkas yang dipanggil sebagai Jiantizi 簡體字 dan bentuk yang tradisional atau Fantizi 繁體字. Bentuk ringkas digunakan di negara China, Malaysia, dan Singapura. Manakala bentuk tradisional yang lebih rumit digunakan di negara seperti Taiwan, kawasan autonomi Hong Kong, Korea, dan Jepun. Di Vietnam, mereka juga mempunyai tulisan Cina mereka sendiri dipanggil sebagai Chu Lom 字喃.

Bahasa Cina juga ada terbahagi kepada dialek Utara dan Selatan. Dialek-dialek yang digunakan di Malaysia berasal dari kawasan Selatan China. Dialek Utara pula digunakan di negara China sana, dan bahasa Mandarin menggunakan sebutan dialek Beijing yang berada di Utara China.

2 comments:

  1. salam
    boleh tak hang buat entry pasai pingyin nih
    aku pong ada beli kamus cina-melayu nih hat siap ada sebutan pingyin pasai aku tak reti kanji
    tapi masalahnya aku tak reti cara sebot pingyin

    b baca p, g baca mcm k so aku arap ada entry utk bg pemahaman pasai cr sebutan pingyin dlm sebutan rumi bm hat biasa....

    tq bro

    ReplyDelete
  2. salam nanat,
    makaseh nah cadangan, kita usahakan.
    aku dok cari nota pasai bo po mo fo gak utk angpa.
    oh lupa lak aku, ada satu g blog pasai bahasa jipong.
    aku dak tahu hg ponya tahap bahasa jipong di mana, leh bagi mai tahap bahasa jipong hang kat haku.
    aku cek gena nak wat blog bg sesuai tahap smua deh.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...