祝賀大家新年好 福壽雙全
Zhu he dajia xinnian hao, fushou shuangquan
Ini merupakan salah satu ucapan kita berikan kepada rakan-rakan kita, bermaksud selamat tahun baru... didoakan semoga menerima berkat dan panjang umur.
Di Malaysia, ucapan umum dalam kalangan orang Cina seberang laut adalah...
恭喜發財...萬事如意
Konghei fatchoi... Wanshiruyi
Maksudnya tahniah kepada anda, semoga anda mewah sepanjang tahun, segala apa nak buat pun jadi. Ucapan ini campur lah dengan bahasa Kantonis, haha... Di Kuala Lumpur ini majoriti masyarakat Cina adalah penutur bahasa Kantonis cuma di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina atau pun sekolah Cina swasta menggunakan bahasa Mandarin.
Lama tak mengalami suasana dan merayakan perayaan ini... Dulu-dulu selalu juga pergi rumah orang kampung semata-mata hendak memeras duit angpau dan buah limau, hahaha.... Waktu perayaan sekarang ini nak buat apa? Pergi minum-minum teh saja lah dengan adik. Malas nak cover muka dah... Lantak lah, hehe...

No comments:
Post a Comment