Sunday 27 January 2013

Binaan Ayat 把 Ba

Assalaamu'alaikum

Susunan ayat menggunakan perkataan ba ini antara yang menjadikan bahasa Cina berlainan sedikit dibandingkan dengan bahasa lain. Maksud tulisan 把 ba ini adalah sesuatu yang berkaitan dengan perbuatan tangan kamu. Sebenarnya saya tak reti hendak terangkan tapi saya tahu nak pakai perkataan ini secara spontan... Kita letakkan contoh....

1. 他打破了那個杯子
    Ta dapo le neige beizi
    Dia telah memecahkan cawan itu

Boleh juga gunakan perkataan ba selepas daripada kata gantidiri atau pemangsa dalam ayat itu. Tapi kedudukan mangsa dan tindakan pemangsa dalam ayat itu akan berubah....

2. 他把那個杯子打破了
    Ta ba neige beizi dapo le
    Dia telah pecahkan cawan itu

Kita tak boleh kata misalnya....

1. 他把一個杯子打破了
    Ta ba yige beizi dapo le
    Dia memecahkan sebiji cawan

Mesti ada rujukan penentu kalau hendak menerangkan mengenai tindakan seseorang yang telah membuat sesuatu perkara apabila menggunakaan binaan ayat macam ini. Dalam ayat yang telah diterangkan itu, kata sebiji bukannya rujukan penentu sebaliknya adalah sejenis penjodoh bilangan... 

Seterusnya, kata kerja mesti digabungkan dengan pelengkap bagi menerangkan kata kerja itu untuk apa atau sebagai apa atau hasil tindakan itu... Dalam contoh yang saya bagi itu, kata da atau pukul atau hentam itu dilengkapkan oleh kata po yang bermaksud pecah... Jika hanya kata....

2. 他把個杯子打...
     Ta ba neige beizi da...   
    Dia hentam cawan

Tiada kata pelengkap belakang kata kerja maka ayat ini tidak lengkap. Orang akan sukar memahami ayat ini sebenarnya hendak menyampaikan buah fikiran apa? Ini dari segi tatabahasa lah. Kalau sewaktu bercakap tu sebenarnya kita main hentam sahaja... Saya pun terasa nak tergelak semasa bercakap dengan orang China kerana bahasa mereka agak pelik dan berbunyi seperti dalam filem... hahah... 
 
Semoga sahabat dan saudara-saudari sekelian mendapat ilmu bermanfaat...

2 comments:

  1. Bahasa jepun dengan bahasa cina sama tk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak sama... Hanya bentuk huruf Cina sahaja sama, bahasa berlainan...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...