Sunday 13 January 2013

Istilah Masjid


Hmmmm..... Ada istilah di masjid dalam bahasa Cina misalnya seperti salat, wudhu, masjid, dan sebagainya dalam bahasa Cina. Saya kasi senarai yang saya ingat dulu. Nanti ada masa tambah lah lagi pada masukan lain...

真主 Chin Zhu Allah... 

Sebut dalam bahasa Arab pun boleh tapi ejaan Cina lah iaitu 安拉 Allah bunyi macam orang India Muslim sebut Alla, hehe. Istilah lain macam 上帝 Sheongdi yang merujuk kepada maharaja Jed tak digunakan oleh orang Islam. Ikut fahaman penganut Taoism, Sheongdi tu boleh dibanding dengan dewa Indra bagi penganut Buddhism dan Hindu dengan gelaran penuh 玉皇上帝 Yuhuang Sheongdi. Tak silap di atas Sheongdi ada lagi 三清 Seh Chieng yang lebih kurang macam Triniti orang Hindu. Ada masa sembang lebih la untuk maklumat lanjut saudara Muslim yang bukan keturunan Cina.

清真寺 Chieng Zhen Si Masjid

Biasa saya sebut chieng si sahaja, malas cakap panjang-panjang macam buku.

古蘭經 Gule Jieng Quran

Jieng merujuk kepada naskah kitab suci atau pun sutra.

Xi Wudhu'.... 

Bahasa Parsi kita sebut sebagai 阿布代斯 Abudaisi maksud air sembahyang.

念珠 Nye Chiu Tasbih

禮拜 Li Peh Salat...  

Bahasa Arab pun sebut juga kadang-kadang kalau sesama Muslim iaitu 賽倆特 Salate.

瓦爾斯 Varsi Tazkirah

Ini dalam bahasa Parsi bertulisan Cina, bukan bahasa Cina.

經語 Jieng Yu Bahasa kitab... 

Merujuk kepada bahasa Arab.

清真 Chiengzhen Halal... 

Nak sebut halal pun boleh sebab istilah bahasa Arab ini memang dah terkenal ke seluruh dunia.

天仙 Tin Xian Malaikat

魔鬼 Mo Kwei Syaitan

Ada sikit saya taruk "loghat" kami pada bunyi vokal sebab kami bercakap pelat... Saya tak tahu bahasa Cina Muslim di China macam mana, tapi saya rasa bahasa mereka lebih teruk... hahaha... Orang Muslim China pun tak faham sangat loghat kami di sini sebab bercampur dengan bahasa orang Cina Selatan dan bahasa Arab. Kalau ejaan tak kena, minta tolong periksa dengan rakan keturunan Cina anda sebab kami cakap tak ikut bunyi piawai. Sesuka hati sahaja nak sebut bentuk tulisan tu, hahaha.

Semoga saudara-saudari terhibur... Terima kasih...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...