Sunday 13 January 2013

Pemberontakan Muslim di Yunnan

Assalaamu'alaikum wa rahmatullah


Ramai orang mungkin kurang sedar akan hal ini. Kami memang sudah dapat berita tentangnya, hehehe... Pemberontakan ini tercetus akibat orang Islam di wilayah Yunnan tak berpuas hati dengan pegawai kerajaan dinasti Qing yang memerintah empayar China. Pemberontakan ini diketuai oleh Sulaiman 楊秀 Yeong Xiu yang lahir di Yeongchang. Bapa Sulaiman adalah seorang etnik Cina Han yang memeluk ajaran Islam bernama Abdul Rahman.

Yeong Xiu mengubah namanya kepada 杜文秀 Du Wenxiu. Pemberontakan ini turut disertai oleh kaum Shan (kaum serumpun dengan orang Thai dan Lao), kaum Kachin (Jingpo di China) dan kaum bukit lain di wilayah Yunnan. Hal ini terjadi disebabkan oleh layanan tidak adil pentadbiran dinasti Qing. Setengah orang berpendapat bahawa ia berasal dari pertelingkahan pelombong bijih kaum Han dengan kaum Hui sekitar 1853. Namun, malang sekali pertelingkahan tersebut berterusan dan menjadi besar pula selepas pembunuhan beberapa orang kaum Hui oleh pegawai kerajaan kaum Han dan kaum Manchuria. Pemerintah China sejak zaman dinasti Yuan lagi sudah membezakan kaum Han dan kaum Hui tapi kaum Hui bukan merujuk kepada agama orang-orang tersebut sebaliknya dirujuk sebagai satu jenis bangsa.

Untuk memadamkan pemberontakan, pegawai kerajaan Manchuria melakukan pembunuhan besar-besaran dan bertindak kejam pada 1856 di ibukota wilayah Yunnan iaitu Kunming. Yeong Xiu cuba memisahkan wilayah Yunnan daripada empayar China dan dinasti Qing dengan melancarkan pemberontakan dari Dali.

Pemberontakan ini bukan pemberontakan bersifat keagamaan sebab ia juga disertai kaum lain. Seorang pegawai British di kerajaan Burma yang berjiran juga memberi kesaksian bahawa orang Muslim bukan memberontak atas sebab keagamaan kerana orang Cina Han tak peduli dengan agama orang lain pun. Tambahan pula, terdapat juga ketumbukan pimpinan orang Islam yang setia kepada maharaja dan kerajaan dinasti Qing dari utara yang menghancurkan pemberontakan orang Islam di Yunnan. Tujuan Sulaiman melancarkan pemberontakan sebenarnya adalah hendak menghancurkan kerajaan orang Manchuria.

Wilayah-wilayah berjiran lain seperti Sichuan dan Zhejiang pula bertindak sebagai orang tengah antara pemberontak Hui dan kerajaan dinasti Qing di ibu kota utara. Yeong Xiu ada juga memujuk kaum Cina Han supaya membantunya menggulingkan dinasti Manchu serta menghalau mereka keluar semula ke negeri asal mereka. Sulaiman menggariskan tiga tugasan askar pemberontak untuk menghalau keluar Manchu, menyatukan semua orang empayar China dan menghalau keluar pengkhianat.

Pemberontak berjaya menawan kota Dali yang menjadi ibu pejabat mereka melancarkan serangan dan mengisytiharkan diri mereka bebas dari kuasa kerajaan pusat. Mereka menamakan negara mereka 平南國Pingnan Guo atau Darussalam Selatan. Sulaiman memakai gelaran Qa'id Jami' al-Muslimin tapi dalam sumber asing, beliau dikenali sebagai sultan. Beliau memerintah dari 1856 sampai 26 Disember 1872. Terdapat juga gabenor atau amir dilantik di beberapa pekan seperti di Tengyue yang berhampiran dengan sempadan Burma. Sulaiman memakai jubah orang Cina dan mereka menggunakan bahasa Arab dalam pentadbiran. Daging khinzir juga tidak dibenarkan di kawasan-kawasan mereka. 

Bermula dari 1860-1868, negara pemisah tersebut mula mengalami kejatuhan. Pemberontak Muslim Yunnan sama ada sudah mengambil alih atau menawan sebanyak 40 pekan dan 100 kampung. Banyak tentera pemberontak tak mengira kaum menawan bandar Kunming pada 1857, 1861, 1863 dan 1868. 馬如龍 Ma Rulong yang merupakan ketua pemberontak dari selatan Yunnan merosakkan bandar itu pada 1862, tapi kemudian berpaling tadah pula kepada kerajaan pusat selepas ditawarkan jawatan sebagai panglima tentera. Keputusannya itu ditentang pengikut-pengikutnya lalu mereka mengambil peluang ketiadaannya ke ibu kota di Beijing untuk membunuh Pan Duo, iaitu gabenor bandar Kunming. Mereka berniat merampas kota Kunming dan menyerahkannya kepada pentadbiran Sulaiman. Walau bagaimanapun, sebelum tentera Sulaiman tiba, Ma Rulong berjaya memintas mereka dengan bantuan Cen Yuying iaitu seorang pegawai tentera dinasti Qing yang baru naik pangkat      

Sulaiman enggan tunduk menyerah kepada dinasti Qing walaupun sahabatnya, 馬如龍 Ma Rulong menyerah diri kepada dinasti Qing kemudiannya. Ada orang berpendapat bahawa hal ini mungkin ada perkaitan dengan tarekat sufi yang diikuti mereka. Ma Rulong berada dalam tarekat sufi mazhab Hanafi Qadim manakala Sulaiman berada dalam tarekat sufi Jahriyah menurut mazhab Syafie. Setengah pemberontak Muslim di Yunnan yang berada dalam lingkungan tarekat Jahriyah seperti 馬聖鱗 Ma Shenglin juga berhubung dengan ketua pemberontak dari tarekat Jahriyah di wilayah Gansu iaitu, 馬化龍 Ma Hualong.

Cerita nya panjang apabila Sulaiman cuba meminta bantuan British dengan menghantar anak angkatnya, Hassan ke England. Mereka cuba mendapatkan perlindungan (protektorat) Great Britain dan bantuan ketenteraan dari sana tapi sudah terlambat lah apabila kerajaan pusat dinasti Qing sampai dulu ke Yunnan... Kesan daripada pemberontakan ini, orang Muslim Yunnan yang terlibat dengan pemberontakan diburu oleh kerajaan dan setengah mereka terpaksa melarikan diri ke Burma, Siam, Laos dan ada yang terlepas sampai ke Kelatan dan lain-lain kawasan... Kaum orang bukit lain yang terlibat pun tak terkecuali menerima kesan terpaksa berpindah ke Burma. Kesan kejatuhan kerajaan pemisah Yunnan juga, dinasti Konbaung di Burma menghadapi masalah untuk mengimport beras dan kain kapas.... Tak tahu juga, apa terjadi kepada Hassan, anak angkat kepada Sulaiman...

Nasib Sulaiman pula, beliau sudah menjangka yang beliau tidak akan diampunkan kerajaan dinasti Qing di Beijing. Jadi beliau cuba minum racun supaya tak dibunuh dengan hina oleh kerajaan Manchuria tapi sebelum sempat racun berkesan, beliau dipancung oleh askar dinasti Qing. Kepala beliau diperam dalam madu dan dihantar ke Beijing sebagai lambang kemenangan dinasti Qing atas kerajaan pemisah Yunnan. Jasad beliau pula dikebumikan di Xiadui, luar kota Dali... Kisah nya ada juga di wikpedia boleh selak-selak kalau rajin... Perkara ni sebenarnya tersebar juga dalam kalangan "orang-orang" kami...  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...