Friday 28 October 2011

Perbualan : Kepercayaan Karut

Assalaamu'alaikum wa rahmatullah


Wah, lama sungguh tak singgah di bahagian ini. Saya agak sibuk dengan usaha terjemah kitab dan juga kerja sekolah. Tesis juga amatlah payah hendak disiapkan dengan konsep yang entah apa-apa ada masanya saya sendiri terlepas waktu nawafil, sedih lah saya sampai tak keluar air mata menangis lagi. Sebak dalam hati saja lah. Memandangkan hal ini merupakan sebahagian dari kerja keagamaan untuk saudara-saudara seiman lain, maka saya mengagahkan diri singgah juga lah bagi penyebaran rahmat Allah ke bahagian alam. 

Saya sangat lah menggalakkan kerja terjemahan kitab utamanya bab fekah, tasawuf, dan lain-lain cabang pengajian agama secara individu bagi bahasa Cina dan loghat-loghat Cina kalau tak boleh besaran kerana tak ada bantuan bagi memudahkan pengajaran akhlak mulia Quran dan Sunnah kerana mutakhir ini banyaklah fitnah dan salah faham. Kerja terjemahan tak mampulah dibuat seorang. Perlu bantuan ramai saudara-saudari.... Hari-hari saya berdoa minta bantuan Tuhan. 

Saya menggalakkan saudara-saudari seluruh dunia juga berbaik dengan saudara di China, Korea, Mongolia dan Jepun tapi saya tak reti lah bahasa Korea dan Mongol cukup dengan bahasa Cina saja. Saya tak larat belajar bahasa lain dah.

Hari ini kita belajar mengenai perkataan berkaitan dengan kepercayaan karut. Setiap masyarakat dalam dunia pun ada kepercayaan karutnya. Dalam bahasa Arab kita sebutlah ia sebagai khurafat berasal dari nama seorang lelaki dari Yaman. Dalam bahasa Cina, kita menyebut kepercayaan karut sebagai 迷信 mi xin. Kalau sebut kepercayaan khurafat atau karut ini ada juga perkaitannya dengan sihir-sihir ni. Saya sebenarnya tak begitu gemar benda-benda ni tapi dalam kebudayaan masyarakat dunia, benda syirik ni memang ada.

Kita cuba ambil satu perbualan berkaitan dengan kepercayaan karut... Saya cuba mengadaptasi lah skrip dari sebuah filem bertajuk 靈氣迫人 lingqi po ren dan transkripkannya sebolehnya ke sini. Ia berkaitan seorang wanita yang menulis tesis berkenaan kepercayaan karut cina. Marilah ikuti perbualan antara Lengchai dengan Anqi... 

Lengchai : Ni xie shenme lunwen?
Anqi : Chinese superstition...
Lengchai : Jiu shi... jiu shi shenme ar?
Anqi : Zhongguo mixin...
Lengchai : Ni zhao wo jiu zhao dui le. Wo zi sheng chang zai yi ge guajian jiating.

Ok saya rasa tak perlu banyak-banyak sebab kita boleh pecahkan lagi benda ni ke masukan yang lain. Kalau baca sedikit masukan pun perlu ambil masa untuk fikiran menyerapnya bukan? Jadi kita cuba buat penelitian ayat dan juga tatabahasa sedikit sebanyak. Ini terjemahan bahasa Melayunya...

Lengchai : Awak tulis tesis mengenai apa?
Anqi : Chinese superstition...
Lengchai : Yang tu macam... macam apa ya? (makna orang ni tak faham bahasa Inggeris lah)
Anqi : Kepercayaan karut Cina.
Lengchai : Awak dah jumpa orang yang betul lah. Saya sendiri membesar dalam keluarga yang kolot.

Untuk transkripsi tulisan Cinanya bagi rujukan pelajar bertulisan Cina boleh ambil yang ini dan minta kawan berbahasa Cina yang tahu bahasa Cina tolong sebutkan. Saya tak reti nak buat video sebab saya pun kolot juga, hahaha. Kalau tak nampak, tuan puan boleh salin masuk ke dokumen lalu besarkan ukuran tulisannya.

靚仔 : 你寫甚麼論文?
安琪 : Chinese superstition...
靚仔 : 就是... 就是甚麼啊?
安琪 : 中國迷信。
靚仔 : 妳找我就找對了。我自生長在一個卦建家庭。

Sekarang kita lihat perbendaharaan kata....

靚仔 Lengchai Si kacak (loghat Kantonis)
安琪 Anqi Angie Nama orang putih
就是 Jiu shi Ialah
中國 Zhongguo Negara China
Xie Tulis
甚麼 Shenme Apa
論文 Lunwen Tesis
迷信 Mixin Kepercayaan karut, khurafat
Zhao Cari
Dui Betul
Zi Sendiri
生長 Shengchang Membesar
Zai Di
卦建 Guaijian Kolot, konservetif
家庭 Jiating Keluarga

Jadi setakat ini dahulu, saya rasa tajuk masukan ini boleh dikembangkan lagi untuk perbendaharaan kata sebab benda ni boleh diguna kalau saudara-saudari nak bersembang berkenaan agama, adat istiadat, kebudayaan, atau hal-hal berkaitan masyarakat tempatan... OK, saya berdoa saudara-saudari yang belajar bahasa Cina dapat manfaat dan boleh segera berbahasa Cina : )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...