Saturday 29 October 2011

Jom Dengar Lagu Kejap : 有没有一首歌会让你想起我

Selamat malam saudara-saudari...

Saya dah bosan baca jurnal dan lihat kertas. Tadi pun saya sebenar kurang sihat lah ada seorang saudara dari Jordan datang menegur perbuatan salat saudara dari Indonesia yang jadi imam. Ada sedikit salah tu kira maaf lah jangan tegas sangat. Kita belajar sama-sama kan... Saya balik ke bilik cuma salat sekali lagi saja lah apa susah.

Ini satu lagu yang agak dah lama sebab saya generasi tahun 80-an sampai 90-an maka banyak lagu-lagu kami dengar semua mungkin dah tak laku di zaman ini. Lagu ni bertajuk 有没有那麼一首歌会让你想起我 You mei you name yi shou ge, hui rang ni xiangqi wo (ada tak lagu yang boleh buat kamu ingati saya?) disampaikan oleh 周華健 Zhou Huajian. Penyanyi ni orang Hong Kong.

Saya tak berapa kenal penyanyi atau pelakon negara China sebab di Malaysia kami cuma kenal dengan orang Hong Kong dan Taiwan sahaja. Saya cuba berhubungan semula dengan pelajar dari negara China sama ada yang membuat ijazah pertama atau ijazah lanjutan bagi kelangsungan budaya Cina di Malaysia. 

 
Video bukan saya punya, kredit kepada pemuat naik dan syarikat rakaman

Tuan puan boleh lihat proses pencinaan yang dilalui oleh kami juga, hahaha.... Ia bukan proses yang sikit-sikit dan sekejap tetapi proses yang lama sebab kami bukan orang Cina cuma tinggal di celah masyarakat Cina sahaja. Hal sama lah macam orang Cina tinggal di kampung Melayu. Kadang-kadang saya tak tahu nak panggil diri saya bangsa apa. Saya pun akan pening kalau dengar orang sebut hal perkauman sebab saya banyak ikut adat Cina walaupun bukan Cina. Kalau saya duduk dengan saudara-saudari Cina saya orang Cina lah, boleh? ahaha...

Lama tak dengar lagu Cina sejak-sejak kami betul-betul dah masuk ke kawasan majoriti orang Melayu semenjak saya berusia 16 tahun. Saya jumpa dengan saudara Muslim dari negara China baru activate semula perangai kecinaan... Lama tersimpan dalam diri saja tak pernah keluar sebab saya lama kelamaan berasa malu dengan diri sendiri... Ada masa otak saya pun akan terjadi masalah hendak bertutur sebab bahagian bahasa ada gangguan kerana terlalu menjaga takut terkeluar bahasa yang terbiasa cakap. Kat rumah saya bercakap bahasa Melayu Kedah, ada satu tahap ia berbeza dengan bahasa Melayu yang dipakai di kawasan lain di Malaysia. Lain daripada itu kami guna bahasa Inggeris dan bahasa Cina lah. Nanti orang sekeliling lihat akan berasa pelik, malu...

Ermmm, harap jangan dengar waktu nak dekat salat waktu yah. Nanti saya berdosa pula saya cuma letakkan sebab sebagai satu cara belajar. Kalau baca-baca saja mestilah bosan. Kena dengar lagu tengok filem juga nak tahu bunyi sebutan betul ke tak kalau kita tak bercampur dengan masyarakat kan. Saya lihat ini dalam kaedah pengajaran bahasa dalam kertas kerja pengajar bahasa. Nak dengar lagu boleh cuma jangan leka saja. Apa pun tuan puan termasuk saya sendiri, jangan lah letakkan keduniaan di hati. Letak Tuhan sahaja dalam hati : )

Ok, dah payau lah... Tolong saudara-saudari dihormati yang singgah ingati saya dalam doa yah... 謝謝,得你末加謝 Xie-xie... Terima kasih : )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...