Sunday, 10 April 2011

Rukun Islam itu Lima Perkara

Assalaamu'alaikum wa Rahmatullah!

Saya merasa terlalu bosan, saya rasa adalah molek jika saya merakamkan sedikit perkara supaya saya utamanya tidak akan lupa selama-lamanya. Dalam bahasa Cina, saya lihat terjemahannya untuk rukun Islam adalah wu gung 五功. Dalam rukun Islam menurut majmuk ulama' Ahli Sunnah wal Jama'ah ada lima perkara semuanya. 

Rukun Islam adalah tanda bahawa kita merupakan penganut ajaran Islam dan mengikut tradisi dari nabi Muhammad (saw). Apakah rukun-rukun Islam tu? Ringkasnya...

1. 證信 zheng xin yakni pengakuan iman/syahadah.
2. 禮拜 li bai yakni salat
3. 戒齋 jie zhai yakni berpuasa.
4. 天課 tian ke yakni berzakat.
5. 朝覲 c'ao jin yakni berhaji.

Kesemua perkara ini ada transliterasi ke bahasa Arab dengan tulisan Cina. Nanti kita boleh lihat juga kepada rukun Iman. Saya sangat berharap dapat membaca terjemahan kitab hadis nabawi dan kitab sokongan lain dalam bahasa Cina jika ada.

Setakat ini, saya ada terjumpa hasil terjemahan mubaligh Kristian untuk kitab Injil misalnya dari badan terjemahan Ortodoks dan Protestan. Agak bagus juga untuk kita belajar dari usaha penterjemahan mereka tetapi saya harap juga dapat membaca kitab-kitab agama kita sendiri dalam bahasa sendiri jika ada.  Saya ada simpan satu kitab terjemahan al-Quran dalam bahasa Cina untuk kegunaan sendiri, alhamdulillah.

Buat masa ini, semoga bermanfaat untuk kita semua dan boleh jadi renungan walaupun hanya perkara yang ringkas. Semoga Allah memberkati kehidupan kita hamba-hamba dalam perjalanan menuju kepada-Nya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...