Monday 23 May 2011

Kata Ganti Diri

Assalaamu'alaikum wa Rahmatullah!

Rasa macam tiada bersusun pula bahagian yang diposkan ini. Tak kisah lah janji sesiapa pun yang singgah mendapat manfaat. Kali ini kita mempelajari kata ganti diri dalam bahasa Cina. Tak susah pun jangan risau sangat. 

Kata ganti diri yang asas dalam bahasa Cina kita bahagikan empat di sini iaitu saya, awak, dia, dan ia. Yang jadi enam tu sebab perbezaan dari segi tulisan Cina sahaja bagi membezakan jantina.

wo saya
ni awak
ni awak (tulisan ini merujuk jantina perempuan)
ta dia
ta dia (merujuk perempuan)
牠,它 ta ia (merujuk benda bukan manusia macam haiwan)

Kalau jadi kata jamak (plural) untuk setiap ganti diri tersebut, maka kita tambahkan perkataan men di sebelah perkataan-perkataan di atas tu. Maka jadi lah jamak dan bukan mufrad (singular) lagi.

Di sini saya bahagikan empat sahaja kata ganti diri jamak dan satu darinya digunakan hanya di Utara China. Sedangkan yang lain selaras saja kat merata China dan juga seluruh dunia bagi penutur bahasa Cina.

我們  wo men kami, kita
你們  ni men kamu semua, kau orang
他們 ta men mereka, dia orang
咱們 zan men kita

Dalam bahasa Cina kat Malaysia ni, kita tak ada kata 咱們 zan men yang bermaksud kita ni. Tapi kat negara China memang ada beza antara kita dan kami. Beza ini dipakai bermula dari kawasan Shanghai ke Beijing. Kat Malaysia pakai 我們 wo men saja sekali harung untuk makna kita dan kami. Kat Singapura, Selatan China dan Taiwan pun saya rasa sama macam kat Malaysia. 

Boleh bagi contoh ayat ringkas tak bhai? Boleh je, no hal saya kasi yang ringkas...

1) 我是阿布杜拉信
    Wo shi Abudulaxin.
    Saya ialah Abdul Rahim.

2) 你叫甚麼名字?
    Ni jiao shen me ming zi?
    Nama awak siapa?

3) 他是誰?
    Ta shi shei?
    Dia ialah siapa?

4) 咱們明天見好嗎?
    Zan men mingtian jian hao ma?
    Kita berjumpa besok boleh tak?

Perbendaharaan kata awak kali ni?

阿布杜拉信 (k. nama) Abudulaxin Abdul Rahim 
shi ialah
(k. kerja) jian berjumpa
好  (k. sifat) hao baik, ok
ma partikel untuk soalan, dalam b. melayu setara dengan kah
甚麼 shenme apa
名字  mingzi nama
(k. kerja) jiao dipanggil

Harap bermanfaat!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...