Hai, apa khabar? Saya menghadiri majlis bacaan surah Yasin di masjid perumahan saya tadi mengikut adat orang tempatan. Saya tidak biasa membaca Quran beramai-ramai kecuali jika meminta pembetulan tajwid saja. Untuk pengetahuan anda, hari ini 15 Sya'aban 1345 H. Sejak 11 Sya'aban lagi, bulan mula mencerah. Sehingga kelmarin, bulan di tempat saya kelihatan terang penuh. Kelmarin, saya mendengar siri ceramah oleh Ustad Hanif. Saya rasa ceramah Isra' Mi'raj bersifat rohaniah untuk memperbaiki amalan jadi saya buat catitan lah. Tapi maaf cuma bahasa Cina, haha...
Cuma masukan maklumat mengenai siri televisyen saja lah. Saya kurang buat masukan itu hari sebab hubungan Malaysia dan China kurang baik kerana isu MH370 itu. Saya tiada kena mengena dengan isu itu dan tidak membuat dosa pun dengan penumpang-penumpang pesawat itu jadi, saya tak perlu membuang masa dengan isu geopolitik tersebut.
Saya kurang berminat membaca novel percintaan, hehe. Tapi jika menonton siri televisyen, saya pasti tonton sahaja yang menarik perhatian saya. Siri TV ini dari negara China dibintangi oleh dua-dua pun pelakon yang diminati saya. Judul drama in Destiny of Love, hasil dari cedokan novel online terkenal. Cerita ini mengenai kehidupan urban di China dengan tema pemikiran generasi kini memandang perkahwinan itu bukan semestinya satu kemestian.
Watak utama hero, Lu Xinuo seorang eksekutif pengurusan hartanah yang begitu degil dengan pendapat bahawa institusi perkahwinan itu membuang masanya saja. Dia mempunyai persepsi bahawa wanita cuma nak berkahwin sebab hendak cari makan saja. Dia dan adik sepupu, Jingu serta kawannya, Chen Shufeng hidup gembira membujang sambil berfoya-foya. Kemudian Chen Shufeng berkahwin juga dengan Yang Yang. Tapi kemudian, sebab pihak ketiga mereka pun bercerai.
Kemudian, heroin, Liu Lin seorang wanita pekerja kolar putih yang bosan dengan ibunya yang suka menekannya untuk kahwin. Dia berpendapat wanita mestilah merdeka dan berintegriti. Dia lebih suka membujang daripada menghabiskan masa mencari teman lelaki. Bagaimanakah pandangan Lu Xinuo dan Liu Lin berubah bila mereka bertembung dan jatuh hati? Boleh tonton sendiri di NTV7, pun ada sarikata jadi kawan-kawan boleh faham lah, haha. Watak Lu Xinuo dimainkan oleh Su Youpeng dan Liu Lin oleh Qin Lan. Su Youpeng kini tinggal di Taiwan tetapi dia dari Tanah Besar China.
Saya memang tak minat drama Korea atau hiburan Korea disebabkan saya tak faham, gaya artis yang pelik dan generasi saya dari tahun 80-an memang tak pernah didedah dengan budaya hiburan Korea. Saya dapati setengah remaja kini begitu tidak matang dan terlalu obses dengan hiburan sehingga tidak boleh membezakan realiti dan khayalan. Saya pun pernah melalui zaman remaja tetapi saya tidak pernah menjadikan gaya hidup dalam novel atau drama sebagai paksi kehidupan.
Saya turut menonton drama-drama televisyen berbahasa Cina tempatan serta dari Singapura. Setengah rakan keturunan Cina di Utara tak begitu gemar orang Singapura tapi saya rasa semua orang pun manusia juga, haha...
No comments:
Post a Comment