Monday 10 February 2014

Umar Bai Zongxi bhg. 2


Di Taiwan

Rusuhan berikutan Insiden 228 pada 28 Feb 1947 berlaku di Taiwan disebabkan oleh pentadbiran pemerintah kerajaan pusat China yang lemah. Pegawai-pegawainya tidak cekap dan tenteradi sempadan pula menyebabkan banyak pertelingkahan dalam kalangan penduduk bumiputera Taiwan dengan penduduk yang berhijrah dari Tanah Besar China. 

Selepas mengembara selama dua minggu, termasuklah temuramah dengan pelbagai latarbelakang masyarakat di Taiwan, Umar Bai membuat saranan yang menyeluruh, termasuklah menyarankan supaya gabenor Taiwan ditukarkan dan juga ketua polis rahsia Taiwan supaya dihadapkan ke mahkamah. Beliau turut memberi pengampunan kepada pelajar yang merusuh dengan syarat bahawa ibu bapa mereka menjamin mereka dan menjamin supaya pelajar berkelakuan baik selepas itu. Disebabkan tindakan beliau ini, penduduk bumiputera Taiwan memandang beliau dengan penuh hormat.  

Umar Bai sekali lagi bertelingkah dengan presiden Chiang apabila beliau menyokong panglima Lee Zongren yang merupakan rakan sekampungnya dari Guangxi. Beliau memilih Lee Zongren menjadi timbalan presiden pada pilihanraya umum 1948. Lee memenangi jawatan tersebut mengalahkan pilihan presiden Chiang, Sun Fo. Presiden Chiang yang marah kemudian melucutkan jawatan Umar Bai dari menjadi Menteri Pertahanan kepada pemerintah tentera wilayah Tengah dan Selatan China. Tentera beliau adalah yang terakhir sekali meninggalkan Tanah Besar China ke Pulau Hainan sebelum berpindah ke Taiwan.

Beliau berkhidmat sebagai Ketua Kakitangan Umum sejak 1927 sampai persaraan beliau pada 1949. Selepas beliau berpindah ke Taiwan, beliau dilantik menjadi timbalan pengarah kepada suruhanjaya penasihatan strategik di pejabat presiden. Beliau terus berkhidmat dalam Jawatankuasa Eksekutif Umum Parti Guomindang. Beliau merombak parti itu dari 1950-1952. Selepas kejayaan Komunis merampas Tanah Besar China, setengah askar beliau lari ke jajahan Perancis Indochina di Vietnam sebelum mereka ditahan. Yang lain berundur ke Pulau Hainan.

Pada 1951, Umar Bai membuat ucapan yang ditujukan ke seluruh umat Islam meminta supaya mereka jangan menyokong Kesatuan Soviet Russia. Beliau menyifatkan, Joseph Stalin yang memimpin Soviet Russia sebagai "Raksasa Penjajah" yang akan membawa dunia masuk ke Perang Dunia ke-III. Beliau juga meminta umat Islam supaya menghindari Jawahrlal Nehru yang merupakan presiden India ketika itu. Beliau menuduhnya sebagai membuta-tuli menyokong penjajahan Soviet Russia.  

Umar Bai dan presiden Chiang tak pernah berbaik-baik lagi. Beliau berada dalam kedudukan separa persaraan sampailah beliau meninggal dunia disebabkan oleh penyakit pecah salur darah di otak (cerebral thrombosis) pada 1 Dis 1966. Beliau berusia 73 tahun. Beliau dianugerahi pengebumian tentera oleh kerajaan Republik China di Taiwan dengan bendera Guomindang (Nasionalis) di atas keranda beliau. Beliau dikebumikan di bahagian perkuburan orang Islam di Liuzhangli, Taipei.

Kehidupan Peribadi

Beliau merupakan Pengerusi Persekutuan Penyelamat Kebangsaan Cina Islam dan juga Pertubuhan Cina Muslim China. Beliau juga menjadi ahli majlis dalam Pertubuhan Antar-Agama Seluruh China mewakili penganut agama Islam. Ahli pertubuhan tersebut adalah seorang uskup Metodis, uskup Katolik dan rahib Buddha, Taixu. 

Umar Bai pernah memerintahkan tentera pantauannya supaya menghapuskan biara-biara Buddha dan menghentam berhala. Beliau menukarkan biara-biara tersebut menjadi ibu pejabat parti dan juga sekolah. Diperkata bahawa beliau menghapuskan hampir semua biara Buddha di wilayah Guangxi dengan cara itu. Rahib-rahib Buddha dihalau keluar dari biara. Umar Bai juga mengetuai gelombang anti-orang asing di wilayah Guangxi. Beliau menyerang orang Amerika, Eropah dan lain-lain orang Barat yang menyebarkan agama Kristian serta menjadikan wilayah Guangxi sebagai wilayah yang berbahaya bagi mereka. Orang Barat lari dari wilayah Guangxi dan setengah orang Cina beragama Kristian turut menjadi mangsa serangan kerana dituduh menjadi tali-barut penjajah Barat. Ironinya, Sun Yat Sen yang merupakan seorang tokoh penting dalam parti Guomindang (Nasionalis) sebenarnya adalah seorang penganut agama Kristian beraliran Metodis.  

Matlamat Gerakan Umar Bai
  • Anti orang asing.
  • Anti penjajahan.
  • Anti kepercayaan karut.
Beliau mengetuai pergerakan anti-khurafat. Disebabkan beliau beragama Islam dan keluarga beliau mungkin mempunyai pengaruh besar kepada tindakan beliau ini. Pemahaman beliau adalah, amalan khurafat dan karut dalam kalangan orang Cina itu merupakan suatu tindakan keberhalaan yang syirik dan haram bagi akidah beliau dan penganut agama Islam. Ahli parti Guomindang bukan Islam seperti Huang Shaoxing yang juga rakan beliau turut menyokong tindakan beliau. Mereka bersetuju dengan tindakan ini walaupun mereka tidak menganut agama Islam.

Ahli parti Guomindang dalam kelompok panglima perang Guangxi mungkin mempunyai matlamat yang sama dengan musuh mereka, Komunis China. Mereka mahu menghalau keluar kuasa asing dari China dan mereka sama-sama tidak percaya dengan "pemujaan" berhala. Ahli parti Guomindang dan parti Komunis sama-sama menyerang orang asing seperti orang Barat dan Jepun serta memusnahkan Gereja Kristian dan Tokong Buddha. Tindakan Komunis mengacau orang asing dan mengebom pusat keagamaan penganut Kristian serta Buddha tidak mendapat tentangan pihak Guomindang. Sebaliknya, Komunis dilarang memulakan perubahana sosial di Republik China. 

Duta British ada melaporkan bahawa Umar Bai pernah meminum wain dan memakan daging babi yang berlawanan dengan agama Islam yang dianuti beliau dan keluarga beliau. Umar Bai sangat tertarik dengan wilayah Xinjiang yang didiami keseluruhannya oleh umat Islam mazhab Hanafi. Beliau mahu menempatkan askar-askar Cina yang dipecata bagi mengelakkan wilayah itu dijajaah Soviet Russia seperti Turkistan Barat (Uzbekistan). Beliau menyampaikaan ucapan dengan menekankan bahawa kaum minoriti di China pun menderita ditindas penjajahan asing. Beliau memetik contoh bahawa orang Tibet ditindas bawah penjajah British, orang Manchu ditindas Jepun, orang Mongol bawah pentadbiran Republik Mongolia Luar dan orang Uyghur di Xinjiang (Turkistan Timur) menderita ditindas Soviet Russia. Beliau meminta Republik China membantu semua suku kaum ini menghalau pendudukan asing dari negeri mereka. Beliau sendiri mahu mengetuai ekspedisi merampas semula Xinjiang dan meletakkannya kembali bawah pemantauan Republik China, dengan gaya Zuo Zongtang yang pernah membawanya kembali ke pemerintahan empayar China semasa rusuhan Muslim Dungan (Mongol).    

Umar Bai bersekutu dengan Huang Shaohong dan merancang untuk menakluki Xinjiang. Semasa Pemberontakan Kumul, Chiang Kai Shek sudah sedia menghantar Huang Shaohong dan tenteranya bagi membantu panglima perang beragama Islam, Ma Zhongying, melawat Sheng Shicai, namun presiden Chiang mendengar bahawa Soviet Russia terlebih dulu berjaya menjajah Xinjiang, jadi beliau menarik balik tentera Republik China bagi mengelakkan insiden antarabangsa jika tentera China bertembung dengan tentera Soviet Russia. Keadaan ini menyebabkan Ma Zhongying berseorangan melawan Tentera Merah (Komunis). Huang Shaohong pula mengesyaki bahawa Chiang Kai Shek sebenarnya takut yang kelompok panglima tentera Guangxi mungkin akan memerintah Xinjiang sedangkan Chiang yang memimpin rejim tentera di Nanjing pula berada jauh di sana. 

Penutup

Walaupun Umar Bai garang dengan orang Kristian dari Barat dan memusnahkan institusi Kristian yang didirikan rakan-rakan senegaranya yang beragama Kristian di wilayah Guangxi, namun beliau menghantar anak lelaki beliau bernama Bai Xianyong ke sekolah Katolik di Hong Kong. Bai Xianyong kemudian menganut ajaran Buddha pula selepas bapanya bersungguh-sungguh menghapuskan biara-biara Buddha di kampung mereka di Guangxi. Bai Xianyong menjadi seorang pengarah teater di Amerika Syarikat. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...