Saturday 8 February 2014

Perbualan: Beriadah

Assalamu'alaikum wa rahmatullah


Terasa bersalah pula kerana tidak mengemaskini bahagian ini. Harap rakan-rakan saya dapat maafkan saya. Bagaimanakah cuti Tahun Baru Cina anda? Adakah anda mendapat banyak wang saguhati bertuah? Saya belum kahwin lagi jadi saya tak boleh beri anda angpau, jadi rakan-rakan yang dah kahwin tu marilah kasi saya angpau, haha.

Saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baru dan Selamat Menyambut Musim Bunga bagi mereka yang merayakannya. Saya cuma pulang ke kampung di Utara bersama ibu saya pada cuti perayaan Tahun Baru. Kami melawat saudara-mara saja lah. Tahun ini adalah tahun Kuda. Bagi saya yang lahir di tahun Harimau, keadaannya biasa-biasa saja. Unsur api diperlukan buat menangkis perkara yang melibatkan kekejian atau kedengkian sekeliling kita. 

Baiklah sebelum masuk waktu Isya ini saya cuba membuat masukan ringkas sahaja buat perkongsian dengan rakan-rakan. Kalau hendak menonton perlawanan sukan atau bersembang fasal sukan dengan rakan-rakan anda berbangsa Cina atau yang berasal dari China silalah guna buat bersembang...

Perbualan

Bahagian Pertama

問: 你喜歡什麼運動
W: Ni xihuan shenme yundong?
T: Awak suka sukan apa?

問: 你會游泳?
W: Ni hui youyong?
T: Awak reti berenang?

答: 我喜歡打沙灘排球。
T: Wo xihuan da shatan paiqiu.
J: Saya suka bermain bola tampar pantai.

運動有益於身體健康。
W: Yundong youyi yu shenti jiankang.
T: Sukan itu baik untuk kesihatan anda.

Bahagian Kedua

A: 比賽開始了!
    Bisai kaishi le!
    Permainan bermula lah!

B: 誰和誰比?
    Shei he shei bi?
    Siapa lawan siapa?

A: 他打得真好!
    Ta da de zhen hao!
    Permainannya bagus sekali!

B: 好球!
    Hao qiu!   
    Bagus sekali sepakannya!

A: 你希望誰贏?
     Ni xiwang shei ying?
     Awak harap siapa yang menang?

Saya minta maaf, saya tak reti pakai tulisan bahasa Cina ringkas. Saya faham bahawa di Malaysia anda gunakan ideogram yang sudah dipotong. Saya tak belajar di sekolah jenis kebangsaan Cina sebaliknya saya cuma diajar menggunakan ideogram sama seperti di Taiwan, Hong Kong dan yang dipakai Nasionalis China sebelum pemecahan Republik China dengan Taiwan. Petang tadi saya pun bersenam dan beriadah juga. Saya cuma berlari dan membuat lompatan sahaja. Tadi kita beriadah jasmani. Sekarang masa riadah rohani pula, membaca Quran, haha. Gambar atas itu hiasan saja tiada sebarang motif, haha.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...