Sunday 19 May 2013

Gabenor Yeong Zensin


Gabenor Yeong Zensin 楊增新 dilahirkan pada tahun 1859 di Honghe dalam wilayah Yunnan. Beliau berkhidmat dengan kerajaan pada 1867 dan menjadi gabenor wilayah Xinjiang selepas Pemberontakan Sinhai 1911 sampai pada 7 Julai 1928 apabila beliau mati dibunuh.  

Gabenor ini merupakan seorang Muslim bangsa Han dan mempunyai hubungan juga dengan keluarga-keluarga Muslim di wilayah Yunnan. Beliau ini mahir dalam perundangan Islam dan juga kebudayaan Islam.

Majistret Gansu

Semasa menjadi majistret di wilayah Gansu, beliau pernah menulis satu karangan mengenai pecahan aliran Tasauf Naqsyabandi di wilayah itu dengan tarikh tandaan 1897.

Gabenor Xinjiang

Yeong Zhensin merampas kuasa di wilayah Xinjiang dengan sokongan Syeikh Ma Yuanzhang dari aliran Tasauf Jahriyyah. Disebabkan sokongan syeikh maka beliau mendapat bantuan tentera bangsa Hui, terutamanya dari kelompok tarekat Naqsyabandi Jahriyyah dan masjid-masjid bawah jagaan mereka.

Jeneral Ma Anliang, bekerjasama dengan Yang Zhensin semasa beliau menjadi majistret dan cuba menahan serta menghukum imam Ma Wanfu dari gerakan Ikhwani. Ma Qi, yang merupakan salah seorang bawahan Ma Anliang bagaimanapun membantu imam Ma Wanfu dan menghantarkannya ke Xining. Ma Anliang dan Yeong Zhensin kedua-duanya masih tebal dengan sokongan kepada pihak diraja serta tidak mempercayai sistem republik. Mereka sudah terbiasa dengan sistem pemerintahan dinasti Qing dan berkhidmat dengan ketenteraan dinasti Qing.

Yeong mengalahkan revolusi yang menyebabkan gabenor Xinjiang sebelum itu, Yuan Dahua lari ketika pemberontakan 1911. Revolusi Yili dan Kelao Hui juga dihapuskan oleh Yeong. Yeong melantik Ma Fusiang menjadi komander tentera yang mengawal 2000 orang askar China beragama Islam. Mereka ini membantu Yeong menghapuskan lawan politik Yeong.

Presiden Republik China, Yuan Shih Kai mengiktiraf kedudukan beliau di Xinjiang sebagai gabenor. Disebabkan hal itu, maka Yeong membantu menyokong Yuan Shih Kai yang katanya ingin menghidupkan semula sistem pemerintahan beraja di China dengan menjemput pemberontak anti-presiden Yuan ke satu jamuan makan sebelum mereka dipotong kepala pada Tahun Baru, 1916. Gabenor Yeong percaya sistem pemerintahan beraja sahaja yang terbaik bagi negara China. Pengembara Barat ke China menyatakan dalam pengamatan mereka bahawa gabenor Yeong merupakan bekas pegawai istana dan bukannya seperti gabenor republik China yang menjaga wilayah-wilayah lain. Yeong Zhensin kemudian dinaikkan pangkat menjadi Yideng Bo atau lebih kurang Dato' Seri di sini oleh presiden Yuan Shih Kai. 

Pada 1917, presiden Li Yuanhong melantik Fan Yaonan bagi memerhatikannya dan kalau boleh menggantikannya. Yeong selalu lah memerhatikan sebarang pecahan kuasa di kerajaan Beiyang bagi mengelakkan masalah. Pentadbiran Yeong memastikan keadaan rantau Barat China berada dalam keamanan jika dibandingkan dengan rantau lain di China yang asyik berperang. Walau bagaimanapun, Yeong memerintah secara kuku besi dan menghukum ramai pencabar politiknya. Cukai yang dikenakan kepada orang Turki Kazakh dan orang Turki Uyghur direndahkan. Kelompok minoriti dilarang daripada disakiti dan sering mengingatkan rakyat supaya berhati-hati dengan Soviet Russia. Kata beliau, "Berhati-hati bila bergaul dengan orang yang langsung tak beragama dan yang akan menyakiti serta menyesatkan wanita-wanita mereka". Gabenor Yeong sangat bergantung kepada orang Hui dan orang Hui China yang menguatkuasakan peraturan yang dikeluarkan pejabatnya di wilayah Xinjiang. Orang Han dan orang Uighur tak suka dengan mereka disebabkan kedudukan mereka tinggi dalam ketenteraan di Xinjiang serta kerajaan Yeong.   

Ketika zaman pemerintahan Yeong, ada beberapa pecahan orang Turki Uighur yang tidak berkahwin campur dengan etnik lain dan sangat menentang Yeong Zhensin walaupun sama-sama beragama Islam. Contohnya orang Turki Uighur puak Agtachilik selalunya memotong buah tembikai di hujungnya sambil membaca bismillah sebelum memotongnya. Tetapi orang Turki Uighur puak Qarataghlik pula memotong buah tembikai tanpa baca bismillah. Puak Qarataghlik yang tak kuat beragama menyokong pemerintahan China sedangkan Agtachilik tidak suka dengan pemerintahan China.

Pada 1 Julai 1928, gabenor Yeong mengiktiraf kerajaan Nasionalis di ibu kota, Nanjing. Enam hari kemudian beliau dibunuh dalam satu cubaan rampasan kuasa oleh Fan Yaonan di kenduri makan-makan. Fan berada dalam kedudukan tinggi juga dalam rejim pemerintahan Yeong tetapi Yeong tak pernah percaya kepada Fan. Motifnya mungkin sebab Yeong menafikan kemasukan Fan yang menyokong golongan nasionalis Cina ke dalam Lembaga Penasihat Nasionalis yang diadakan bagi menyelia wilayah Xinjiang. Kematian Yeong kemudian dituntut bela oleh Jin Shuren tak lama lepas itu. Sebab susah hendak menghalau Jin dan kekurangan tenaga tentera, maka kerajaan nasionalis Nanjing terpaksa mengiktiraf Jin Shuren menjadi pengganti gabenor Xinjiang.

Ma Fusing pula dilantik menjadi Titai di Kashgar dari 1916 sampai 1924. Kemudian Ma Fusing dibunuh oleh Ma Shaowu pada 1924. Ma Shao dilantik menjadi pengganti Titai Kashgar.

Kenyataan Gabenor Yeong tentang Askar Hui

Sebab ketiga adalah ketika itu kaum Muslim Turki sedang memberontak pada awal-awal pemerintahan maharaja Guangsu, "Pecahan Lima Tentera Atasan" yang dipimpin gabenor jeneral Liu Jintang yang melalui kawasan laluan itu semunya tentera kaum Hui. Ketika itu, komander tentera Hui Dungan seperti Cui Wei dan Hua Dacai merupakan askar-askar yang menyerah sebelum dilantik semula. Keadaan ini terjadi bila orang tawanan itu membuat pencapaian besar. Apabila Cen Shuying berada dalam ketenteraan di Yunnan, tentera orang Islam yang digunakannya itu banyaknya disertai oleh pemberontak dan disebabkan mereka lah pemberontakan Muslim di Yunnan reda. Hal ini menjadi contoh bahawa tentera Muslim boleh digunakan secara efektif walaupun semasa pemberontakan Muslim sendiri. Tambahan lagi, dengan penubuhan Republik China, puak Tungan (Hui) langsung tak menunjukkan sikap yang tak setia.  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...