(Sunan Abu Dawud, 討伐書, 2639號 - 哈散標準的聖訓)
Muhanmo shengren dang zai luxing shihou shichang guan zai bieren de hou mian. Ta hui cuojin rou de ren you jichi ta you qidao wei ta.
(Sunan Abu Dawud, Taofa Shu, 2639 hao - hasan piaozhun de shengxun)
Mafhumnya:
Nabi Muhammad s.a.w semasa mengembara selalu memerhatikan belakang orang lain. Baginda akan membantu di belakang orang yang lemah dan menyokongnya serta berdoa demi nya.
(Sunan Abu Dawud, Kitab Jihad, Bil. 2639 - hadis bertaraf hasan)
Hadis ini mengajarkan kita erti persaudaraan dan persahabatan sesama umat manusia dan umat Islam. Saudara-saudari yang dikasihi, semoga kita sentiasa menjadikan akhlak nabi kita Muhammad s.a.w sebagai panduan untuk kita menjalani kehidupan. Saya terlupa saya ada banyak terjemahkan hadis-hadis dan beberapa bahan dalam bahasa Cina. InshaAllah saya akan menampalkannya di sini untuk tatapan dan renungan bersama selain kita berhibur dan berehat sambil belajar bahasa Cina.
Kalau berminat hendak menterjemahkan kitab-kitab hadis sunnah, mengembangkan pembelajaran bahasa Arab melalui wahana bahasa Cina dan perundangan Islam ke bahasa Cina boleh kita berkongsi fikrah bersama. Saya sangat menghargai teguran, bantuan atau cadangan saudara-saudari untuk kita sama-sama mengembangkan Islam dan menyampaikan rahmat Allah ke seluruh alam.
No comments:
Post a Comment