Wayang kulit dari negara China dimainkan di Zhejiang, Shanghai...
Menurut sumber maklumat lagenda, wayang kulit berasal dari dinasti Han apabila salah seorang selir kepada maharaja Wu Di meninggal dunia sebab kesakitan. Maharaja sangat sedih, lalu dipanggil menteri-menteri dan pegawai istana minta dihidupkan semula selir tercinta itu. Para pegawai istana membuat bentuk selir tersebut menggunakan kulit keldai. Sendi-sendinya digerakkan menggunakan 200 keping kulit kering dan dipakaikan baju yang dilukis atas kertas. Mereka menggunakan pelita minyak dan membuatkan wayang dari patung kulit itu digerakkan jadi ia nampak seakan-akan hidup.
Persembahan wayang menjadi terkenal semasa dinasti Song awal apabila hari cuti ditandakan dengan permainan wayang kulit. Semasa dinasti Ming, ada lebih kurang 40-50 kumpulan wayang kulit di kota raya Beijing sahaja.
Semasa kurun ke-13 M, wayang kulit menjadi kegiatan riadah di khemah-khemah tentera Mongolia. Ia tersebar dibawa oleh orang Mongol yang menakluki negara-negara jauh seperti di Parsi, Arabia dan Turki. Kemudian ia diperkenalkan pula di negara-negara Asia Tenggara seperti di Thailand, Malaysia, Kemboja, Vietnam dan Indonesia.
Pentas wayang awal sekali mempunyai tabir yang diperbuat daripada kertas daun sutera. Tuk dalang umumnya menggunakan kesenian ceritera bagi menceritakan mengenai peperangan antara kerajaan purba di empayar China atau kisah-kisah dari kitab-kitab agama Buddha. Hari ini, patung wayang dibuat dari kulit dan digerakkan dengan batang lidi bagi memberi kesan lebih dramatik untuk cerita-cerita lagenda dan juga cerita zaman purba China. Di wilayah Gansu, permainan wayang kulit diikuti oleh bunyian Daoqing, sementara di Jilin pula ia menggunakan bentuk bunyian seperti wayang China moden.
Wayang kulit tradisional China pernah ditayangkan dalam filem arahan Zhang Yimou berjudul To Live pada 1994.

No comments:
Post a Comment