Thursday 21 July 2011

Loghat Sichuan

Assalaamu'alaikum wa Rahmatullah!

Kita sudah biasa lah dengan bahasa Cina dialek Kantonis atau Fujian sebab komuniti Cina di Malaysia ini dari wilayah Guangdong dan Fujian sendiri. Loghat kita belajar hari ini adalah loghat wilayah Sichuan yang terletak sebelah Barat Daya negara China.

Loghat ni boleh difahami di wilayah berjiran seperti Hubei, Guzhou, Yunnan, Hunan, dan Shaanxi. Boleh juga digunakan di wilayah Tibet dalam kalangan etnik Yi, Qiang, dan Tibet kerana ia merupakan bahasa kedua mereka. 

Apa yang bezanya dengan bahasa Cina standard? Bezanya dari segi perkataan dan sedikit sebanyak tatabahasa. Loghat Sichuan kini terbentuk dengan penghijrahan orang dari wilayah Hunan, Jiangxi, dan Guangdong ke Sichuan sejak zaman dinasti Ming.

Tengok perbendaharaan kata lah apa bezanya?
Ni kat kata kerjanya... tengok sedikit-sedikit...
Boleh nak guna apabila berbual, mana tahu kalau terjumpa orang Barat Daya di mana-mana.

da jatuh
ce putar
qiu asapkan
po turis
sua main
pang sentuh
ho tipu

Nanti sambung senarai lagi ok.

Wednesday 6 July 2011

Macam mana nak guna perkataan 是 shi?

Assalaamu'alaikum wa Rahmatullah!

Kita belajar macam mana nak guna perkataan 是 shi pada larut malam ini. Maksud perkataan ini, ialah atau adalah. Dalam bahasa Cina cuma ada perkataan ini sahaja untuk menunjukkan sesuatu. Sebenarnya, dalam bahasa Melayu pun tak ada penggunaan kata ialah atau adalah. Kata ini direka khas untuk terjemahan bahasa Inggeris yang ada be-verb macam is, am, atau are tu. Bahasa Cina dan bahasa Melayu sama-sama bahasa orang Asia tak ada lah macam bahasa orang Eropah atau bahasa sebelah Barat seperti bahasa Urdu atau Farsi.

Tak nak cakap panjang-panjang. Kita nak tengok contoh macam mana, ya?

contoh

1. 穆斯林。
      Wo shi musilin.
     Saya ialah Muslim.

2. 他馬來西亞人
      Ta shi Malaixia ren.
     Dia ialah orang Malaysia.

3. 王喜香港來的人。
      Wang Xi shi Xiang Gang lai de ren.
      Wong Hei adalah orang Hong Kong.

4. 何先生小弟的老師。
       He xiansheng shi xiao di de laoshi.
      Encik Hoe adalah guru kepada adik lelaki bongsu.

Perbendaharaan kata

de punya
He Hoe, nama keluarga
lai datang, mari
老師 Laoshi cikgu
馬來西亞 Malaixia Malaysia
穆斯林 Musilin Muslim
ren orang
shi ialah, adalah
王喜 Wang Xi Wong Hei, artis Hong Kong
小弟 xiao di adik bongsu
香港 Xianggang Hong Kong
先生 xiansheng encik

Dalam pembelajaran apa bahasa pun, perbendaharaan kata sebenarnya tak begitu penting lah sangat. Awak boleh lah melancarkan dahulu percakapan dengan perkataan-perkataan yang terhad dalam ingatan awak. Apabila dah lancar baru awak tambahkan perkataan untuk membantu perbincangan panjang awak dengan rakan.

Pastikan awak berlatih bercakap dengan kawan-kawan, ah pek ke ah soo kat kedai runcit, kat pasar, dan cuba fikir dalam bahasa Cina terus bila awak dah ada sikit pengetahuan dalam beberapa perkataan. Anggap awak sedang bermain-main dengan kawan-kawan awak, kalau salah sebut atau tatabahasa, awak pun boleh ketawa sekali lah, haha. Tatabahasa Cina tak susah sangat, hantam saja lah... Diharapkan masukan pendek ini bermanfaat, sila gunakan sebarang perkataan yang ada dalam masukan-masukan dan bentukkan ayat sendiri jika ada masa lapang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...