Kita sudah biasa lah dengan bahasa Cina dialek Kantonis atau Fujian sebab komuniti Cina di Malaysia ini dari wilayah Guangdong dan Fujian sendiri. Loghat kita belajar hari ini adalah loghat wilayah Sichuan yang terletak sebelah Barat Daya negara China.
Loghat ni boleh difahami di wilayah berjiran seperti Hubei, Guzhou, Yunnan, Hunan, dan Shaanxi. Boleh juga digunakan di wilayah Tibet dalam kalangan etnik Yi, Qiang, dan Tibet kerana ia merupakan bahasa kedua mereka.
Apa yang bezanya dengan bahasa Cina standard? Bezanya dari segi perkataan dan sedikit sebanyak tatabahasa. Loghat Sichuan kini terbentuk dengan penghijrahan orang dari wilayah Hunan, Jiangxi, dan Guangdong ke Sichuan sejak zaman dinasti Ming.
Tengok perbendaharaan kata lah apa bezanya?
Ni kat kata kerjanya... tengok sedikit-sedikit...
Boleh nak guna apabila berbual, mana tahu kalau terjumpa orang Barat Daya di mana-mana.
躂 da jatuh
車 ce putar
煪 qiu asapkan
破 po turis
耍 sua main
膀 pang sentuh
豁 ho tipu
Nanti sambung senarai lagi ok.
No comments:
Post a Comment