Saturday 28 June 2014

齋月一四三五伊年

大家好!!


明天我們將會三十天之久戒齋吧....

我還不清楚是否會把白衣穿上還是不穿儿...

齋月時最好的行爲就是 :
  • 念古蘭經
  • 做提儿爲的賽倆特
  • 修行還有冥想
哪... 我只想祝大家好運愿真主賜祐賜福給全世

真主請您原諒小物吧... 阿敏!

Saturday 14 June 2014

Imam Hu Songshan


Mukadimah

Saya rasa tidak begitu ramai orang biasa dengan tokoh China Muslim yang terlibat dengan kegiatan nasionalisme di China atau di China Taiwan. Saya pernah berkenalan dengan beberapa orang dari wilayah barat China. Semasa musim haji tahun 2005, saya pernah mengikut kumpulan Muslim dari negeri Gansu bersolat di Masjidilharam. Beberapa orang antaranya dari wilayah Gansu dan belajar di Universiti Islam Antarabangsa. Berjual beli dengan orang Uyghur juga, kemudian bertukar nombor telefon dengan mereka.    

Setengah lagi belajar di Nilam Puri di Kelantan. Saya kenal mereka semasa bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Mereka boleh bertutur bahasa Melayu. Mungkin kita berasa hormat kepada mereka disebabkan oleh komitmen mereka terhadap ajaran Islam walaupun negeri mereka cuma satu wilayah di negara yang bermajoriti bukan Muslim.

Kenapa saya berkongsi hal ini? Saya cuma berkongsi sedikit sorotan sejarah Republik China moden disebabkan oleh setengah orang Melayu tidak boleh membezakan pertubuhan Guomindang (nasionalis China) yang turut dianggotai oleh umat Islam di China, Taiwan dan Muslim etnik Hui di seluruh dunia. Saya harap biografi ringkas ini boleh mengurangi kejahilan mengenai kaum kerana kita dikenali begitu disebabkan bahasa pertuturan kita juga. Bukan semestinya menerusi fizikal, warna kulit atau sempadan negara yang sering berubah mengikut zaman. 

Cerita Kita: Arab Peranakan vs. Hui 

Biografi ini mengingatkan kita bahawa umat Islam itu bersatu dengan paksi kalimah Tauhid serta sama-sama hamba Allah. Kisah imam ini sedikit menyedihkan kerana beliau menerima layanan yang buruk kerana ciri fizikal beliau seperti seorang Cina. Perbezaan sepatutnya menjadi titik tolak perkenalan, bukannya menjadi satu titik negatif untuk kita menindas dan bersikap mementingkan diri. 

Di samping itu, kita mestilah menghormati sesama sendiri walaupun berbeza budaya, bahasa, fahaman agama serta ideologi politik. Saya mendapati, kebanyakan generasi tua keturunan Cina di Penang sebenarnya berideologi politik nasionalis Cina mengikut parti Guomindang atau pun sekurang-kurangnya bersimpati dengan pertubuhan itu. Mereka bukan pengikut fahaman Komunis. Saya pernah terdengar perbualan seorang Melayu yang kelihatan seperti seorang India Muslim di CIMB Bank di USM. Saya agak mungkin dia orang negeri Perak. Di sebelahnya, seorang pelajar phd dari China. Pelajar itu bersembang mesra dengan lelaki Melayu itu selepas dia memperkenal dirinya sebagai seorang Muslim (etnik Hui). Selepas itu, lelaki itu terus memberikan komen negatif apabila pelajar itu bertanya mengenai sekolah jenis aliran Cina. Saya boleh melihat raut sedih di wajah calon phd Muslim dari China itu. Saya kenal pelajar itu walaupun tidak pernah bertegur sapa. Walaupun etnik Hui di China bukan etnik Han (Cina), namun bahasa, keturunan dan budaya mereka,  adalah bersifat China.

Keadaan peranakan Arab lama di sini pun begitu. Kami mungkin terserap ke kebudayaan Melayu, Thailand, Myanmar atau kebudayaan Indonesia kerana nenek moyang kami berada di rantau tersebut sebelum kurun ke-19 M. Kesetiaan kami kini dibentuk oleh sejarah tempat nenek moyang kami jatuh. Keturunan peranakan Arab yang lelaki mengikut adat boleh menikah dengan wanita bangsa lain atau bangsa sendiri. Sebaliknya, wanita kami dilarang menikah lelaki bangsa lain walaupun seagama. Begitulah adat kami seperti yang disebut oleh orang-orang tua. Datuk sebelah bapa saya sendiri pun berkahwin dengan saudara-mara sendiri seperti sepupu dan cuma nenek saya saja bukan dalam kalangan keluarga. Datuk saya bernikah dengan nenek saya selepas bercerai dengan isteri pertama beliau, sepupu sebangsa. Seperti etnik Hui, saya pun menghadapi masalah kerana cara fikir saya berbeza dan pergaulan saya juga berbeza dengan cara rakyat berbangsa Melayu. Bapa saya didaftar sebagai bangsa Melayu pada 1948 mengikut sistem negara-bangsa oleh rumah pasung British kerana negeri Kedah cuma negeri naungan empayar British. Cuba rujuk surat beranak datuk dan nenek anda yang lahir pada 1930-an? Bezakan bahagian bangsa/kerakyatan mereka yang dari Pulau Pinang (negeri Selat) dengan negeri-negeri Melayu "tidak bersekutu"? Kami cuma mengetahui hal keturunan menerusi orang-orang tua yang membaca nama datuk-datuk. Manakala saya sendiri meminta bantuan dari India dan Pakistan untuk mengesan nenek-nenek moyang. 

Etnik Peranakan Arab sudah berada di beberapa rantau di Malaysia, Thailand, Myanmar dan Indonesia semenjak beberapa abad sebelum kedatangan British dan Belanda. Dalam awal kurun ke-19 M pun masih terdapat orang Arab yang berhijrah ke sini dari Mesir, Yaman, Madinah dan Mekah. Mereka dipandang oleh kami sebagai pendatang baru. Terdapat beberapa gelombang kemasukan sehingga terdapat juga kerabat diraja serta keturunan menteri-menteri yang berkahwin dengan etnik Arab. Sama seperti di Brunei, Serawak atau Indonesia, setengah keturunan Arab di negeri Kedah pun menerima gelaran Wan dari pihak istana. Penggunaan gelaran seperti Syed itu masih baru di sini untuk merujuk orang Arab Peranakan keturunan Fatimah r.a dan Ali r.a. Kami biasa menyebut diri sebagai bani Hashim sahaja kerana mengikut keturunan sebelah lelaki. Bukan mengikut keturunan perempuan. Kebanyakan "Wan" Arab Peranakan menukar gelaran diri disebabkan bimbang salah faham kerana 'Wan" merupakan gelaran untuk mereka yang dilantik menjadi penghulu (bertindak seperti gabenor) wilayah-wilayah jajahan sultan. Biasanya, orang Arab dari Pakistan, Yaman, Iraq, Asia Tengah dan India. Golongan wanita saja yang digelar Syarifah. Kini, kami menolak sebarang gelaran disebabkan tiada masa untuk perkara-perkara leceh. Kakak sulung saya pun melanggar adat berkahwin dengan lelaki Melayu dari Perlis. Begitu juga kakak ketiga saya, berkahwin dengan lelaki keturunan India dari negeri kami sendiri.

Biografi Ringkas Imam Hu

Nama beliau 虎嵩山 Hu Songshan. Beliau menganggotai pertubuhan persaudaraan Cina Muslim (Yihewani). Nama Muslim beliau, Sa'aduddin. Bapa beliau adalah seorang Syeikh bagi cawangan tariqah Naqshabandi di China.

Walaupun berlatarbelakang Sufi, namun beliau tidak berminat dengan Tasawwuf. Beliau sendiri menghancurkan makam bapa beliau di mukin Tongxin, rantau autonomi Ningxia. Beliau berhaji di Mekah pada 1925, dan beliau langsung tak merasai kesatuan umat Islam disebabkan layanan perkauman oleh Muslim dari benua-benua lain. Jadi, selepas itu beliau pun berkeputusan untuk menyokong nasionalisme Cina di negara beliau selepas pulang. Bangsa Arab pun boleh jadi perkauman dan jika kita semua tidak meninggalkan sifat Taghut ini, maka kita pun gagal lah sebagai hamba Allah.

Imam Hu berhenti terus berkempen untuk negara Islam dan pemisahan diri dari China. Beliau berkempen pula untuk China bersatu dan kukuh. Beliau melihat etnik Hui (Muslim Peranakan) dan etnik Han (Cina) turut mengalami layanan yang sama serta dipandang hina oleh orang asing. Beliau pun bersama dengan parti Guomindang membawa penduduk pelbagai etnik di China untuk bersatu. Beginilah orang Cina dan yang berbahasa ibunda Cina tanpa mengira agama di seluruh dunia bersatu secara politik dan sosial pada awal abad ke-19 M.

Imam Hu menentang imperialisme asing di China serta menentang penjajahan regim tentera Jepun di China dalam perang Sino-Jepun 1937. Beliau mengeluarkan fatwa supaya bendera Republik China diberi penghormatan setiap kali selesai solat Subuh ketika itu. Beliau berkhutbah bahawa mencintai watan (China) itu sebahagian daripada iman.

Yang menarik untuk disoroti pada diri tokoh ini adalah beliau menolak penglibatan pengaruh asing di China serta mempromosi pendidikan untuk semua. Beliau menyuruh pelajar-pelajar Muslim supaya jangan memandang rendah bahasa Cina. Sebelum itu, pelajar Muslim cuma mengaji Quran dan belajar bahasa Arab saja di madrasah mereka. Beliau membuat penambahan subjek-subjek lain lagi seperti matematik, bahasa asing dan sains moden. Beliau turut berusaha menterjemah teks-teks mengenai Islam ke bahasa Cina.

- 馬天寧 

Ma Tianning, 18 Jun 2011, hari Sabtu.

Kepercayaan China


Sebenarnya, banyak jenis kepercayaan di China serta dalam kalangan masyarakat Cina. Sebelum itu, minta maaf juga, saya sebenarnya lebih banyak terdedah dengan ajaran Buddha (Theravada dan Mahayana) serta kurang pula terdedah kepada ajaran Tao atau kepercayaan rakyat Cina. Beberapa jenis dewa Cina, saya kenal tetapi tidak begitu terperinci. Saya pun kurang pengetahuan mengenai spiritual China tapi lebih terdedah kepada spiritual Hindu menerusi ajaran Buddha... Mungkin sesuatu istilah berlainan menurut rantau tetapi benda yang serupa... Saya cuma mengumpul rujukan sambil cuba untuk tidak prejudis atas prinsip kemanusiaan...

Pandangan Tradisi Cina

Bahagian Pertama: Rohaniah

Ajaran Tao
Jenis Tao

Bahagian Kedua: Kemasyarakatan

 

Lembah Tarim

Source Pic: Flickr

 

Judul lagu berbahasa Turki Uyghur ini adalah Lembah Tarim. Lembah ini terletak di selatan wilayah Xinjiang di Barat China. Tempat ini khabarnya begitu indah dan mempunyai kawasan industri minyak dan gas. Penduduk purba di situ seperti orang Tochara dan orang Yuezhi. Mereka lebih rapat dengan India Utara, Afghanistan dan empayar Parsi lagi.

Friday 13 June 2014

波斯文的詞彙: 阿



這就是些波斯文的詞彙給你們吧...

الف 阿

آب Āb
آب ایسثادہ Āb Īstadah 死水
آب باراں Āb Bārān 雨水
آبپاشی Āp Pāshi 灌溉
آب خورہ Āb Khureh 杯子
آب و دانہ Āb va Doneh 命運
آب جوش Āb Jūsh 海水
آبکاری Āb Kori 摘除 
آب مقط Āb Megat 蒸餾水

Thursday 12 June 2014

Destiny of Love


Hai, apa khabar? Saya menghadiri majlis bacaan surah Yasin di masjid perumahan saya tadi mengikut adat orang tempatan. Saya tidak biasa membaca Quran beramai-ramai kecuali jika meminta pembetulan tajwid saja. Untuk pengetahuan anda, hari ini 15 Sya'aban 1345 H. Sejak 11 Sya'aban lagi, bulan mula mencerah. Sehingga kelmarin, bulan di tempat saya kelihatan terang penuh. Kelmarin, saya mendengar siri ceramah oleh Ustad Hanif. Saya rasa ceramah Isra' Mi'raj bersifat rohaniah untuk memperbaiki amalan jadi saya buat catitan lah. Tapi maaf cuma bahasa Cina, haha...

Cuma masukan maklumat mengenai siri televisyen saja lah. Saya kurang buat masukan itu hari sebab hubungan Malaysia dan China kurang baik kerana isu MH370 itu. Saya tiada kena mengena dengan isu itu dan tidak membuat dosa pun dengan penumpang-penumpang pesawat itu jadi, saya tak perlu membuang masa dengan isu geopolitik tersebut. 

Saya kurang berminat membaca novel percintaan, hehe. Tapi jika menonton siri televisyen, saya pasti tonton sahaja yang menarik perhatian saya.  Siri TV ini dari negara China dibintangi oleh dua-dua pun pelakon yang diminati saya. Judul drama in Destiny of Love, hasil dari cedokan novel online terkenal. Cerita ini mengenai kehidupan urban di China dengan tema pemikiran generasi kini memandang perkahwinan itu bukan semestinya satu kemestian.

Watak utama hero, Lu Xinuo seorang eksekutif pengurusan hartanah yang begitu degil dengan pendapat bahawa institusi perkahwinan itu membuang masanya saja. Dia mempunyai persepsi bahawa wanita cuma nak berkahwin sebab hendak cari makan saja. Dia dan adik sepupu, Jingu serta kawannya, Chen Shufeng hidup gembira membujang sambil berfoya-foya. Kemudian Chen Shufeng berkahwin juga dengan Yang Yang. Tapi kemudian, sebab pihak ketiga mereka pun bercerai.

Kemudian, heroin, Liu Lin seorang wanita pekerja kolar putih yang bosan dengan ibunya yang suka menekannya untuk kahwin. Dia berpendapat wanita mestilah merdeka dan berintegriti. Dia lebih suka membujang daripada menghabiskan masa mencari teman lelaki. Bagaimanakah pandangan Lu Xinuo dan Liu Lin berubah bila mereka bertembung dan jatuh hati? Boleh tonton sendiri di NTV7, pun ada sarikata jadi kawan-kawan boleh faham lah, haha. Watak Lu Xinuo dimainkan oleh Su Youpeng dan Liu Lin oleh Qin Lan. Su Youpeng kini tinggal di Taiwan tetapi dia dari Tanah Besar China. 

Saya memang tak minat drama Korea atau hiburan Korea disebabkan saya tak faham, gaya artis yang pelik dan generasi saya dari tahun 80-an memang tak pernah didedah dengan budaya hiburan Korea. Saya dapati setengah remaja kini begitu tidak matang dan terlalu obses dengan hiburan sehingga tidak boleh membezakan realiti dan khayalan. Saya pun pernah melalui zaman remaja tetapi saya tidak pernah menjadikan gaya hidup dalam novel atau drama sebagai paksi kehidupan.

Saya turut menonton drama-drama televisyen berbahasa Cina tempatan serta dari Singapura. Setengah rakan keturunan Cina di Utara tak begitu gemar orang Singapura tapi saya rasa semua orang pun manusia juga, haha...

Wednesday 11 June 2014

奈比的任務


2014 年 5 月 11 日
20:00-20:40 下午

今晚的教訓... 奈比的任務...

有兩件事的...

1.  教人們最高的這一句子

"لا إله إلاالله"

"萬物非主唯有真主!" 這就是凱里麥, 話語的意思! 

我們天下裡其實有千萬個奈比... 從阿丹至穆合末不知道幾多人的了。我們以爲只有幾個人的因爲時間己經很久過去。所以幾多人都被現代世忘記的了。我們穆斯林必要認識廿五個奈比。我們感覺得現代世很快到來呀。可是古代的事好像很久发生對嗎? 不認識真主的話我們都以爲自己是老天, 成變個無神論者。 這就是信仰。信仰對真主。

2. 聯繫真主的方法

我們叫做這個 "العمل", 還是業... 我們信心穆合末聖人的夜行登霄。他行橫時間... 然後按照一些圣训的说法。他看到的了, 末來的時候, 天堂裡有那麼多窮光蛋。我們的現業將會陪我們以中陰 (عالم البرزخ) 時。中陰那個時候應該是好孤獨... 很寂寞的。寂寞寂寞也是很惨人... 所以當時我們正在呼吸還有機會, 我們都需要趕快做業尋找末來的朋友。在有命就是做業的時... 不是死後... 

反正想找知識的方法就是在清真圈裡。需要 تلقي 需要 مشفهة 才我們傳統找識的方法。谷歌不是找到答案的地方而是只一個找暗示的工具。如果我們有問題的話, 我們問到别人因爲想把自己的業修好還是只想找煩事的。記住一賜樂也的故事昵? 當時他們問了那麼多的問題因爲他們不太信心摩薩 - (古蘭經 卷一; 黃牛章 67-73) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...