Sunday 22 December 2013

Ajaran Tao

Assalamu'alaikum wa rahmatullah


Ramai orang di Malaysia terutamanya berpendapat bahawa orang Cina kebanyakannya menganut ajaran Buddha. Namun, sebenarnya orang Cina bukan sebenar-benarnya menganut ajaran Buddha sebaliknya mengamalkan fahaman persenyawaan tiga serangkai iaitu Taoisme, Buddhisme, dan Confucianisme. 

Suatu ketika dahulu, saya pernah bertanya kepada rakan saya berketurunan Cina dari Banting sekitar tahun 2004. Saya tanya beliau, "Adakah awak penganut ajaran Buddha?" Beliau menjawab, "Ya, keluarga saya penganut ajaran Buddha". Saya bertanya lebih lanjut, "Jadi, awak tahukah ajaran Buddha berasal dari mana?" Jawabnya, "Ya, mestilah. Buddha adalah seorang Cina!". Saya tak dapat bertanya apa-apa lagi selepas mendengarnya. Saya cuma tertawa kecil sahaja kerana saya berasa terkejut, haha. Saya sebenarnya pernah mengikut ajaran Buddha juga selama lima tahun kerana saya menghadapi masalah kekeluargaan dan konflik dalam diri yang berkait dengan penolakan diri saya terhadap masyarakat sekitar saya. Dua nya tahun saya mengikat benang suci di biara aliran Theravada yang diamalkan seperti di negara Thailand. Kemudiannya, saya menjalani amalan upasaka (orang awam) secara rahsia yang terdiri daripada membaca triratna, pancasila, dan lapan jalan mulia seterusnya cuba mengamalkan jalan mulia walaupun keluarga saya bukan penganut ajaran Buddha sebaliknya merupakan penganut agama Islam secara turun-temurun. Ajaran Buddha sangat berkait rapat dengan benua India dan agama kebudayaan Hindu.     

Oleh itu, saya meletakan ajaran Taoism sebagai maklumat awalan jika dibandingkan dengan ajaran Buddha kerana ajaran Buddha adalah ajaran yang masuk dari luar benua China. Taoisme merupakan agama orang Cina selain daripada adat-istiadat dalam Confucianisme.

Pengenalan

Untuk pengenalan kita ini, Taoisme sebenarnya adalah tradisi falsafah dan keagamaan orang Cina yang menekankan kewujudan harmoni dengan Tao. 道 Tao ini bermaksud "Jalan" atau 'Prinsip" dan boleh juga ditemui dalam falsafah Cina dan falsafah keagamaan selain daripada ajaran Tao. Dalam ajaran Tao, dijelaskan bahawa terdapat punca yang mengeluarkan tenaga bagi setiap yang wujud. Dijelaskan dalam kitab Tao Te Ch'ing jua bahawa "Tao yang boleh dijelaskan itu maka ia bukanlah Tao yang abadi".

Ajaran Tao mempunyai pandangan semesta yang diterbitkan dari aliran Yin dan Yang. Karya utama bagi agama orang Cina ini dikumpulkan dalam kitab 道德經 Tao Te Ch'ing. Ajaran yang terdapat dalamnya sangat kabur-kabur maknanya dan boleh ditafsirkan dengan pelbagai cara. Ia dikaitkan dengan tokoh zaman kuno bernama 老子 Lao Zi. Kitab utama ini kemudian dipakai bersama dengan karya 莊子 Zhuang Zi lantas membentuk dasar bagi ajaran Tao. Pada awalnya, ajaran Tao cuma diamalkan secara perseorangan sahaja. Tiada sistem seperti biara atau susunan masyarakat kebiaraan pun. 

Bentuk yang bersusunan masyarakat keagamaan pula kemudian berkembang dan mencabang menjadi aliran-aliran yang pelbagai. Aliran penganut Tao umumnya memberi sembah hormat kepada Lao Zi sebagai nenek moyang bagi tuk guru dan juga sebagai makhluk yang hidup abadi. Bersama dengan nenek moyang, terdapat lah juga pelbagai jenis amalan dan upacara seperti menghalau makhluk halus serta menenung nasib, amalan menurun, kesihatan buat umur yang panjang serta seterusnya mencapai tahap menjadi dewata kayangan.  

Asas Taoisme

Bentuk tata adab dan juga sembah hormat penganut ajaran Tao pun pelbagai bergantung menurut aliran keagamaannya juga. Namun secara umum, terdapat penekanan asas kepada 無為 Wu Vei atau tindakan yang dijalankan itu menerusi tiada tindakan atau semulajadi. Maksudnya segala perbuatan itu biar spontan sahaja. Konsep ini sebenarnya adalah konsep yang saya amalkan dalam hidup saya, haha. Kemudian, ada Tiga Khazanah yang bahasa Cinanya disebut sebagai  三寶 San Bao iaitu belas kasihan, bersederhana dan merendah hati. 

Taoisme mempunyai pengaruh mendalam terhadap kebudayaan Cina dalam beberapa abad lamanya. Upacara akan dijalankan oleh pertapa-pertapa Tao yang dipanggil Taoshi yang mengetahui selok-belok adat dalam agama rakyat Cina. Kadang-kala terdapat garis halus yang menyebabkan upacara adat menjadi kabur apabila terdapat juga persenyawaan dengan ilmu tilik nasib Cina, ajaran Buddha Dhyana, perubatan tradisional Cina, kungfu, jenis-jenis Qigong, Fengshui, dan juga ilmu kimia Cina dengan ajaran Tao. Ajaran Taoisme ini mempengaruhi masyarakat Asia lain seperti orang asli di Selatan China, orang Jepun-Korea, dan juga orang Vietnam.

Apabila sastera Lao Zi dan Zhuang Zi mula berkembang maka kedua-duanya dikumpulkan sekali dan diikat menjadi 道藏 Daozang. Ia diterbitkan pada masa-masa tertentu bagi pihak maharaja China. Beberapa kali nya dalam rentetan sejarah, ajaran Tao diangkat menjadi agama rasmi negara. 

Selepas kurun ke-17 M, ajaran Tao mula dianggap sebagai adat lapuk yang ketinggalan zaman. Sama seperti kegiatan keagamaan lain-lain, kegiatan upacara ajaran Tao turut ditekan oleh pemerintah Republik Rakyat China yang berfahaman Komunis. Ajaran Tao terus hidup dan diamalkan oleh masyarakat Cina di Taiwan, Malaysia dan lain-lain negara seberang laut dengan sedikit percampuran dengan unsur-unsur masyarakat tempatan tempat mereka bertempat tinggal.

Pada masa kini, ajaran Tao diiktiraf oleh Republik Rakyat China sebagai antara lima agama yang dibenarkan pengamalannya secara terkawal oleh pihak pemerintah.

Friday 13 December 2013

Kan Qi Lai - Nampaknya

Assalamu'alaikum wa rahmatullah

Fuhhh, bukannya senang juga nak mengajarkan bahasa yang kita sudah biasa bercakap, ya?! Kita tak tahu hendak mulakan dari mana atau tidak mempunyai tatacara susunan pula bagi pengajaran. Tujuan saya pun sebenarnya bukan hendak mengajar. Saya tak suka mengajar tapi saya suka berkongsi sahaja, haha. 

Frasa

Frasa hari ini saya hendak perkenalkan kepada rakan-rakan...

看起來...
Kan qi lai...
Nampaknya...

看起來不太難
Kan qi lai bu tai nan
Nampaknya tak begitu sukar.

看起來好像不難
Kan qi lai hao xiang bu nan.
Nampak seperti tidak sukar.

Kosa Kata

好像 hao xiang sangat seperti
tai begitu, sangat
bu tidak
nan susah, sukar

Saturday 7 December 2013

Dakwah ke Arah Pembinaan Tamadun Rohaniah

Assalamu'alaikum wa rahmatullah

 

Saudari ini memberi ucapan berkenaan kelemahan umat Islam serta kepentingan amar makruf nahi munkar... Beliau adalah saudari Wang Haitao... Tak larat nak terjemah lah... huhu...

Wednesday 4 December 2013

Latihan 2

Assalamu'alaikum wa rahmatullah


阿爸坐在客廳裡觀賞電視節目
Ah ba zuo zai keting li guanshang dianshi jiemu
Bapa duduk di ruang tamu memantau rancangan tv

青文是個勤勞的孩子
Qingwen shi ge qinlao de haizi
Qingwen seorang budak yang rajin

我家後面有一條小河
Wo jia houmian you yi tiao xiao he
Belakang rumah saya ada sebatang alur sungai

阿姨坐火車到吉隆坡去
A yi zuo huoche dao jilongpo qu
Makcik naik kereta api pergi ke KL


Latihan 1

Assalamu'alaikum wa rahmatullah

Saya tak tahu bentuk silibus yang diajar kepada orang kerana saya bukan seorang guru sekolah. Jadi saya gunakan model sekolah rakan-rakan saya supaya dapat dikongsi bersama, hehehe...

弟弟在吃早餐
Didi zai chi zaocan
Adik sedang makan sarapan

美美喜歡游泳
Meimei xihuan youyong
Meimei suka berenang

花瓶裡有三朵花
Hua ping li you san duo hua
Dalam pasu ada tiga tangkai bunga 

阿媽去市場買菜
Ah ma qu shicang mai cai
Emak pergi pasar beli sayur 

這是一面鏡子
Zhe shi yi mian jingzi
Ini adalah sebuah cermin 

Tatabahasa seperti tatabahasa bahasa Melayu pasar jadi tuan boleh teka maksud perkataan. Tuan-tuan budiman boleh gunakan semasa pembelajaran bersama rakan di masjid atau surau tuan-tuan.... Mahu ajar anak sendiri pun boleh jimat wang tidak perlu bayar lebih serta boleh bersama-sama berlatih, hahah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...