Sunday 23 December 2012

Yusuf Ma Dexin


Baru-baru ni saya menerima mesej dari rakan saya, Muhammad Yunus dari Xinjiang. Beliau cuma tanya khabar kepada saya. Saya ingatkan beliau sudah berijazah dan pulang semula ke China. Rupanya baru diketahui bahawa beliau baru sahaja masuk ke tahun ketiga ijazah pertama. Saya lari balik ke rumah awal sebab saya terlalu sedih. Saudara saya Muhammad Idris dari Gansu sudah pulang ke China selepas menamatkan pengajian. Nampak macam bodoh pula, hahaha.

Dalam banyak-banyak budak ijazah pertama dalam musalla di asrama saya di Universiti Sains Malaysia, saya paling gembira kalau bersama saudara Idris. Saya rasa pengetahuan keagamaan beliau agak boleh tahan juga untuk budak-budak muda dari negara China cuma beliau tak tahu banyak perkara beliau tak boleh telan di kantin menurut mazhab Hanafi. Selain itu saya rasa sama bangsa dengan beliau dalam kalangan orang Melayu dan orang Arab jati dalam musalla itu. Semasa beliau dah nak pulang baru saya beritahunya, mazhab yang keluarganya ikut itu agak ortodoks. Beliau kena jaga-jaga dengan makanan. Saya malas hendak bersembang lebih-lebih dengan beliau sebab ada setengah budak Melayu dan pelajar ijazah lanjutan Indonesia di musalla suka buat-buat pelik dengan loghat Cina saya walaupun saya cuma gunakan bahasa Mandarin baku sahaja.

Apa saya melalut ni??? Saya cuma nak merekod tentang ulama di China sebab bila teringat kawan-kawan saya pun teringat juga kepada orang-orang alim. Dalam masukan ini, saya merekodkan mengenai Yusuf Ma Dexin 馬德新. Beliau seorang berketurunan Hui dari wilayah Yunnan di Barat Daya China. Beliau dikenali dengan kefasihan berbahasa Arab dan berbahasa Parsi serta pengetahuan agama Islamnya. Untuk pengetahuan anda, orang Islam di wilayah Yunnan dan wilayah Gansu adalah antara orang Islam paling taat di negara China. Sebab tu saya sayang kawan saya, saudara Idris sebab beliau kelihatan hadir di masjid dan di musalla untuk upacara salat. Saya tak peduli orang nak kata saya gila pun. Saya sayang saudara dan saudari yang rajin salat. Saya akan rasa sedih kalau kena tinggalkan mereka atau ditinggalkan mereka. 

Biografi Ringkas

Yusuf melaksanakan ibadat haji pada 1841. Beliau meninggalkan China melalui jalan darat sebab jalan laut di China ditutup disebabkan meletusnya perang Candu. Beliau memilih untuk pergi ke tanah suci Mekah bersama sekumpulan padagang Muslim yang mengikut jalan darat. Selepas melalui Sipsongpanna, beliau turun ke Burma di selatan dan mengambil sampan di sepanjang sungai Irrawaddy dari Mandalay ke Rangoon.

Melalui Rangoon, beliau baru boleh mengambil kapal wap terus ke Semenanjung Tanah Arab. Semasa di Mekah, beliau tinggal di Timur Tengah selama lapan tahun. Beliau pergi ke Kaherah di Mesir dan belajar di Universiti al-Azhar. Kemudian mengembara melalui empayar Osmaniah, menerusi terusan Suez, Iskandariah, Baitulmaqdis, Istanbul, Cyprus dan Pulau Rhodes.

Kepulangan ke China

Sebagai seorang Muslim terkenal di Yunnan, Yusuf terlibat juga dalam pemberontakan Panthay di Yunnan sebaik sahaja pulang dari berhaji. Pemberontakan Panthay di Yunnan ini berlaku pada 1856 hasil dari ketidakpuasan hati orang Islam dan kaum minoriti lain. Ia diketuai oleh seorang Islam bernama Sulaiman Du Wenxiu. Yusuf bagaimanapun tak bersetuju dengan kaedah memberontak Sulaiman. Yusuf tetap menyuruh penyokongnya membantu kebangkitan orang Yunnan itu dan kemudian beliau cuba untuk menjadi pendamai antara puak pemberontak dengan kerajaan pusat di Beijing.

Walau bagaimanapun, usaha Yusuf untuk membawa keamanan tidak berhasil. Kerajaan dinasti Qing masih menganggap beliau sebagai sebahagian daripada pemberontak dan pengkhianat. Beliau dihukum kerajaan pusat Beijing dua tahun selepas pemberontakan diredakan. Rekod orang Eropah menyatakan bahawa beliau sama ada diracun atau pun dipancung di Beijing.  

Karya

Sumber mencatatkan bahawa Muhammad Yusuf menghasilkan terjemahan al-Quran ke bahasa Cina yang pertama, serta beberapa kitab dalam bahasa Arab dan Parsi tentang ajaran Islam. Beliau terkenal dalam penulisan perbandingan kebudayaan Islam dengan falsafah Konfusius dalam usaha untuk mencari asas keagamaan dan teori bagi kewujudan bersama umat Islam dengan kaum bukan Islam di China.  

Pada masa yang sama, beliau turut mengutuk dengan keras penyerapan unsur-unsur ajaran Buddha dan Taoisme ke dalam pengamalan ajaran Islam di China. Beliau secara umumnya dianggap sebagai pemikir Islam ortodoks. Penulisan beliau memaparkan sikap positif terhadap aliran tasawwuf. Umumnya, beliau menghasilkan sebanyak 30 buah kitab. Ia boleh dibahagikan kepada lima kelompok:

Feqah dan falsafah

1. 四典要會 si dian yaohui empat tatacara bagi majlis
2. 大化總歸 da hua conggui perubahan besar tatkala berpulang
3. 道行究竟 daoheng jiujieng lintasan akhir
4. 理學折衷 lixue zhezhong pengajian lipatan dalam
5. 性命宗旨 xingmieng zongzhir tujuan hidup
6. 禮法啟愛據理質證 lifa qi ai juli jizheng adab munasabah bagi penilaian mahabbah

Takwim Islam dan sejarah

1. 寰宇述要 huanyu shuyao penerangan tentang dunia
2. 天方歷源 tienfang liyuen tarikh Arab

Pengenalan dan Penelitian Karya Ulama Lain

1. 真詮要錄 zhenquan yaolu penerangan sebenar tercatat
2. 指南要言 zhinan yaoyan petunjuk kepada keinginan dan kata
3. 天方性理註釋 tienfang xingli zhushi catitan penyebab kepada qiblat

Kitab-kitab diperkenal dan diteliti seperti dari Ma Zhu dan Liu Zhu....

Quran

寶命真經直解 baoming zhenjing zhijie kitab suci diwahyukan, merupakan terjemahan lima gulung awal maksud al-Quran ke dalam bahasa Cina.

Tatabahasa Arab

1. 納哈五 nahwu nahwu
2. 賽爾夫 sarfu saraf
3. 阿瓦米勒 awamile 'awamil

Lain-lain

朝覲途記 chaojin tuji atau catitan-catitan haji yang menggambarkan keadaan kota suci Mekah semasa beliau berhaji ketika itu, asalnya dalam bahasa Arab. Catitan beliau ini diterjemah oleh anak murid beliau iaitu ustad Muhammad Ali atau Ma Anli.

Sumber rekod saya dari wikipedia... Saya tak sempat nak baca catitan-catitan lain lagi. Terjemahan saya untuk judul kitab-kitab tu maafkanlah jika buruk. Saya pun kurang pasti betul atau pun tidak sebab tak baca lagi kitab-kitab tu. Kalau sudah baca, baru kita pasti apa yang judulnya cuba nak sampaikan.

Saturday 22 December 2012

好朋友只是朋友 - 郁可唯

Saya tempek lagu lah pulak. Ermmm, untuk muzik-muzik ni hati-hati lah sikit jangan ambilnya dekat hati. Saya ingat nak salinkan liriknya saja untuk bahasa Cina dan perbendaharaan katanya. Tapi dah lewat ni. Nanti saya tak bangun pula untuk Waktu Bersembang dengan Nya. 

 

Penyanyi lagu dikenali sebagai 郁可唯 Yu Kewei. Untuk pengetahuan kamu lah, ramai juga rakyat Malaysia berketurunan Cina yang menjadi penyanyi atau artis di Taiwan. Mungkin kalau kamu dengar radio siaran berbahasa Cina di Malaysia yang ada 2-3 stesen itu maka kamu boleh kenal mereka.

Lagu ni dari drama Taiwan, Office Girls dan tajuk lagu ini ialah 好朋友只是朋友 Hao Pengyou Zhishi Pengyou maksud lagu ini kawan yang baik, hanya ialah kawan sahaja. Mungkin dari saduran cerita orang Jepun. Orang Taiwan agaknya suka meniru orang Jepun, hahaha... Saya pun tak ada lah minat muzik melampau-lampau. Sekadar gunakan untuk membuat kerja saja. 

Pelakon dalam muzik video tu yang lelaki adalah orang Hong Kong, namanya 李燦森 Lee Chansam. Pelakon wanita heroin tu namanya 陳敏之 Chen Minzhi pun orang Hong Kong juga tapi katanya berasal dari wilayah Canton di Tanah Besar China. Ok lah, saya dah pening lalat. Terima kasih singgah ke sini dan menyokong. Dah boleh delete video lagu itu dari file saya, hahaha...   

Hati-hati dengan waktu salat.

Teori Realisme

Assalaamu'alaikum wa rahmatullah!

Buku tentang Teori Realisme

Apa khabar rakan-rakan sekelian? Saya dah hantar draf terakhir tesis saya. Sama ada saya akan diluluskan atau sebaliknya itu bergantung kepada belas kasihan Allah Ta'ala ke atas saya. Saya belajar pun tanpa sebarang biaya kerajaan mahupun biaya pinjaman kerajaan. Saya ditanggung sepenuhnya dari segi pengajian sama penginapan asrama oleh ibu dan bapa saya serta menggunakan wang simpanan saya yang tak seberapa. Saya sudah tak kisah lagi. Banyak sekali perkara terjadi dan ada yang sempat saya catatkan dalam bahagian blog yang lain. Saya malas nak campurkan jadi saya terpaksa lah menjaga banyak blog, hahaha. 

Bahagian blog-blog ini sahaja saya perbuat demi ajaran Islam dan perkembangan pengetahuan am rakan-rakan saya menerusi cara berhibur dengan kelas bahasa, hahaha. Erm, nak ambil derma bagi maintenance pun tak boleh sebab saya cuma dibenarkan mengambil derma dari sebangsa dan dah tentunya saya tak tahu siapa yang sebangsa walaupun ada setengahnya yang memakai gelaran yang pelik-pelik semata-mata nak membezakan diri dengan orang Melayu yang bukan peranakan. Bukan lah hendak bersikap assabiyah tetapi ia disebabkan oleh pesanan rasulullah s.a.w terhadap nenek moyang perempuan. 

Saya cuma nak menyuarakan bahawa saya rasa lega sekali selepas memadamkan akaun facebook yang baru saya buka semasa saya berada di asrama saya di Universiti Sains Malaysia, hohoho! Malas lah saya hendak mencapab (cari publisiti) dalam laman sosial dan baru-baru ini pun keluar pula berita tentang amukan di sebuah institusi di Amerika Serikat disebabkan oleh laman sosial. Saya akan menggunakan blog sahaja sebagai wahana penyampaian pemikiran saya walaupun saya tak berminat sangat nak menulis panjang-panjang, hehehe. Rakan sekelas saya dan rakan baik saya, saudari Ong ada mengatakan kepada saya tak perlu tutup pun akaun tetapi saya dah tutup saya tak akan mudah-mudahnya kembali. Saya cuma rasa rendah diri dan tak mahu lagi benda-benda dari pemikiran luaran atau dalaman saya terlepas kepada rakan-rakan baru saya kenali di musalla Tekun semasa belajar di peringkat postgraduate. Harap mereka tak membaca ke bahagian ni, haha. 

Urmmm, saya tak tahu nak beri ayat apa untuk rakan-rakan saya ya. Mungkin saya boleh ketengahkan teori realisme dalam sains atau ilmu kemasyarakatan yang pernah dipelajari. Takut lupa saja walaupun saya tak akan menyertai mana-mana parti politik. Jadi elok saya kongsi saja. Nanti kawan-kawan saya boleh lah menggunakannya untuk membingkaikan pandangan dunia dan politik kawan-kawan dalam bahasa Cina.

Sebentuk Ayat
  
我們讀過了現實主義吧。每個人都是這惡劣的啊...
Women duguo le xianshi zhuyi ba. Mei ge ren dou shi zheme elie ar...
Kita telah belajar tentang realisme lah. Setiap orang itu adalah hina jahat (mementingkan diri) lah...
 
Perbendaharaan Kata

我們 women kami, kita
讀過 duguo telah pelajari
現實主義 xianshi zhuyi teori realisme
每個人 mei ge ren setiap orang
都是 doushi pun
這麼 zheme sangat
惡劣 e lie jahat, keji
de punya

Sebenarnya ayat ini berasal dari perbualan saya dengan seorang rakan tentang kawan-kawan yang berkawan dengan kita sebab mereka bukannya ikhlas hendak berkawan. Sebaliknya mereka berkawan dengan kita disebabkan oleh sikap mengetengahkan diri mereka atau mereka menganggap diri mereka penting. Saya pernah menganuti ajaran Buddha dan mengamalkannya beberapa ketika sebelum saya membuat keputusan menganut ajaran Islam yang dianuti seluruh ahli keluarga dan nenek moyang saya ketika saya berusia 17 tahun kerana saya membuat penilaian berdasarkan kepada lima deria dan berada dalam tempoh pengajian tentang dunia dan akhirat. 

Perkara ini ada disebut dalam puisi tikaman cakera tajam berpulang oleh seorang sami Buddha berbangsa Melayu di Bukit Seguntang Mahameru di Palembang pada abad ke-10 masehi. beliau menyebut bahawa hal begini akan menghasilkan putaran ganas yang menyebabkan kesengsaraan kembali kepada diri kita kerana ia adalah sejenis dosa. Selepas rakan saya mengingatkan saya tentang teori realisme, saya terus teringat akan puisi purba tersebut. Teori realisme menyebut tentang sikap mementingkan diri sendiri orang ramai dalam pentas politik dunia demi survival masing-masing. Kalau berbuat baik dengan rakan, sebab awak ingin memenuhi kepentingan peribadi awak. Bukannya awak memang ikhlas dengan kawan awak. Maksudnya lebih kurang begitu lah. Awak boleh melihat kepada ahli politik utamanya di negara kita dan lihat bagaimana kelakuan mereka, hahahaa.  

Saya memadamkan akaun jaringan sosial saya disebabkan oleh perasaan tidak ingin menganggap diri saya penting walaupun tiada siapa peduli pun sebenarnya. Saya tak perlu rakan-rakan pun, sebab rakan saya Yang Maha Esa dan Maha Tinggi sentiasa temankan saya. Dengan beriman kepada Nya, maka saya beroleh teman sejati yang tak akan memperguna saya untuk matlamat duniawi mereka : )

Harap saudara-saudari saya terhibur dengan pembelajaran bahasa Cina. Saya menyokong anda semua untuk jalan dakwah. Belajar bahasa Cina rajin-rajin. Tak menyertai kelas berbayar pun tak apa. Awak semua masih boleh belajar dari persekitaran. Ia lebih baik daripada awak masuk kelas dan risau dengan peperiksaan atau ujian tetapi awak semua tak mendapat sebarang manfaat pun. Ramai rakan saya yang ambil minor bahasa Cina semasa ijazah pertama langsung tak pandai berbahasa Cina sebab mereka meniru dalam bilik ujian lalu mereka tak belajar apa-apa pun. Hal ini sangat mengejutkan saya.      
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...