Wednesday 23 November 2011

Jom Dengar Lagu Kejap: 天雨

Aduh, sudah hampir jam tiga pagi dan saya masih tidak dapat tidur lagi! Saya terpaksa membaca jurnal 60 mukasurat untuk kelas esoknya. Saya sudah membacanya sejak minggu lepas tetapi masih tidak dapat memahami apakah makna disebalik semua itu. Jadi jum dengar lagu sekejap.

Lagu hari ini tajuknya 天雨 tianyu maksudnya hari hujan disampaikan oleh penyanyi dari negara China bernama 馬天宇 Ma Tianyu. Lagu ni lebih kurang macam pengenalan kepada penyanyi ni sebab tengok pada tajuknya pun nak dekat sama bunyi dengan namanya. 

Video bukan saya punya, hakmilik pemuat naik cfanboys, lagu hak milik penyanyi dan syarikat rakaman

Beliau seorang etnik Hui dari wilayah Shandong dan beragama Islam. Umurnya saya rasa sebaya umur saya. Dengarnya, beliau berhadapan dengan kehidupan yang susah sebelum bergelar penyanyi. Saya baca kisahnya pun berasa kasihan. Beliau ada blog beliau sendiri. Saya tidak kuasa hendak sertai blog sina dan berhubung dengan artis ini sebab saya bukan minat penyanyi atau pelakon atau artis-artis ni macam minat dewa-dewi pun. Tapi saya dapati beliau seorang yang masih berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan kepada blog nya, saya nampak gambar arwah datuknya. Tak pasti sekarang beliau masih beragama Islam lagi sekarang tapi saya harap beliau terus setia dengan ajaran agama Islam. 

Gaya budak-budak Cina sekarang dan juga budak-budak Melayu setengahnya pun banyak nak serupa dengan gaya budak-budak Korea. Saya tak suka lah gaya rambut Korea seperti gaya rambut perempuan pula. Tapi, bukan rambut saya tak apa lah. Lagipun rambut saya sikat lah macam mana pun tetap akan kembali ke bentuk asal yang mengerbang, ahahahaha.

Beberapa hari ni papan kekunci atas talian untuk bahasa mandarin tak boleh pakai, saya terpaksa guna papan kekunci bahasa Kantonis. Tak reti eja bahasa Kantonis, saya cuma tahu bunyi saja. Saya dah suruh orang kedai komputer bantu saya pasangkan perisian bahasa Cina tapi mereka tak buat pun, susah betul!!! Bahasa Cina saya pun makin lama dah jadi teruk sebab selepas saya masuk ke ijazah sarjana muda, kawan saya sendiri kutuk orang Cina dan penutur bahasa Cina. Jadi, saya berasa tertikam juga. Saya terpaksa banyak berbahasa Melayu di asrama berbanding dengan berbahasa Cina sebelum ini. Saya dah tak bercampur dengan rakan berketurunan Cina lagi. Mereka pun tak berani datang dekat saya sebab saya dah selalu lepak dengan budak Melayu "muka ganas," hahaha. Lagipun bahasa Cina saya pun berbunyi asing juga. Saya menyedarinya selepas ditegur oleh rakan lain, tapi saya selalu tak mahu terima cakap mereka. Saya sakit hati sampai cuba nak belajar bahasa Hokkien dan cuba berbahasa Kantonis walaupun salah bunyi sebab takut dituduh pendatang haram :-(

Rakan-rakan dan saudara-saudari berbahasa Cina yang tersinggah lalu ke ruangan ini diharap tolong tegur saya jika ada terjemahan yang salah. Ia untuk saudara-saudari juga.

Harap tidak dengar dekat-dekat waktu salat... Tumpu perhatian kepada salat dan Tuhan, terima kasih!

Sunday 13 November 2011

Rekod Perkataan: Istilah Akademik Politik

Assalaamu'alaikum wa rahmatullah


Oleh kerana saya sedang menghampiri peperiksaan, makanya saya berasa sangat bosan dengan rencana dan makalah yang entah apa-apa ni. Bahasa Inggeris yang dipakai terlalu tinggi sedangkan tahap bahasa Inggeris saya cuma tahap budak darjah enam. Ini sedikit perkataan telah kita terjemahkan ke bahasa Kebangsaan dan bahasa Cina tapi saya kurang percaya lah dengan terjemahan komputer kerana terjemahannya teruk sekali berbanding dengan bahasa pasar saya. 

Untuk masa ini kita terpaksa menggunakannya juga kadang-kadang. Saya percaya ummat Cina dan ummat Timur lain juga perlu mengetahui pemikiran orang putih kerana mereka asyik menyakiti hati kita sahaja dengan penilaian dari kaca mata mereka yang terbatas walaupun saya rasa ada banyak jenis buku sebenarnya diterjemah ke bahasa Cina. Hanya sedikit asas sahaja sebagai tapak, yang lain boleh terus mulakan kerja. Dewan Bahasa Pustaka (DBP) pun tak tahu lah bagaimana kerjanya. Kita tak mahu peduli lah kepada mereka, badan ada pun gajah putih sahaja tidak ke mana-mana.

Pendahuluan sejarah 歷史上的先例 Lishi shang de xianli
Pelbagai kebudayaan 多元文化 Duo yuen wenhua
Pelbagai bangsa 多民族 Duo minzhu
Sistem perundangan 法制 Fa zhi
Teori integrasi 整合的理論 Zhenghe de lilun
Menekan kebangsaan 超國家 Chao guojia
Ideologi fungsian baru 新功能主義 Xin gungneng zhuyi
Sistem persekutuan 聯邦制 Lienbang zhi
Antara kerajaan 政府間 Zhengfu jien
Aliran liberal 自由派 Zhiyou pai
Dasar kerajaan 政策 Zheng cer
Dalam negara, domestik 國內 Guo nei
Pembahagian kuasa 權力下放 Quanli xia fang
Kedaulatan 主權 Zhu quan
Kesatuan Eropah 歐聯盟 Ou lien meng
Politik 政治 Zheng zhir

Harapnya sedikit sebanyak bermanfaat kepada saya lah utamanya selain daripada memberi manfaat kepada orang lain juga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...